Pages

May 24, 2017

Kek Span Lembut Gebu

Semalam dan hari ini macam2 resipi kek span akak cuba demi nak menghasilkan sebijik kek snow cheese yang sedap.

Bukan tak biasa buat kek snow ni.. Cuma akak nak perbaharui rasa. Sementelah akak pun rasa dah agak lama tak buat kek ni. Cari punya cari, buat punya buat sebanyak 3 kek, akhirnya akak berkenan pada yang satu ini. Texturenya sangat lembut, gebu, sedap macam cotton cheese cake tuuu.. walau sedikit manis berbanding kek span koleksi akak yang biasa digunapakai.


Resipi ni akak dapat di MAHN, dan page Jom Belajar Buat Kek. Sumber asal ialah Suzy Esazyla. Tajuk asalnya pula ialah Snow Cheese Cake with Strawberry Jam.

Nin ja yg akak dapat tunjuk... Dah hampir sebijik saiz 8" hat balance dah masuk ke perut akak. Tu pun akak makan secara berhemah. Kalau tidakk...... gambaq ni pun tak sempat jumpa tau.. ehehe!

KEK SPAN (SPONGE CAKE) GEBU

Bahan2:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
7 biji telur (sy guna A)
1 1/2 sb ovalette
20 sb gula kaster (dlm 250g)
120 ml air biasa (paip)
120 ml mentega cair
Sebarang perisa (dlm 1 sk) dan pewarna
* Jika buat span coklat, tambah 2 sudu serbuk koko dan bancuh dalam air yg 120 ml tu...
Adunan untuk loyang - 9" lebar x 3" tinggi (sy guna 8 1/2" dgn berat 700g dan extra 300g guna loyang 8")

Cara2:

1) Putar telur, gula, ovalette dan tepung selama 10 min ke atas (sy cuma 5 min) sehingga gebu. Guna maximum speed, tapi jangan terlebih putar.
2) Masukkan air, pewarna dan perisa. Adun perlahan sahaja sehingga sebati.
3) Masukkan mentega cair dan kacau secara kaup balik.
4) Panaskan oven terlebih dahulu selama 10-15 minit dengan suhu 170C. Bakar kek selama 45 minit
5) Bila masak, segera terbalikkan atas redai, keluarkan loyang, biar dalam 1/2 min saja. Kemudian terbalikkan seperti asal.



May 21, 2017

Cerita Ceriti

Assalamualaikum...

Udah bersawang di sana sini... Habuk toksah nak kira.. Akak selalu tak sempat.. takpun jadi mengantuk kalau mula nak update sesuatu... So sementelah tak ngantuk, saja akak tepek gambor2 ni buat penutup segala habuk kat lantai blog nan sendu ini...huhuhu!

Kuih Talam Keladi berlauk hasil PJJ dengan Cikgu Garang 😃  Nampak sedap kan.. Tapi tak sempat bagi orang lain rasa lagi..
Brownies kedut dengan topping ganache + choc rice crackers atau almond flakes masih dijual seperti biasa... 
Ubi rebuih bulan2 lepas..herrrr
Pulut kuning kuah kari kegemaran beta...
Kek buah kukus hasil PJJ juga... Sodap ni.. Raya boleh jual 😊😉


Brownies tanpa topping..


Itu je... babai... Jumpa lagi!!!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
ALLHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN.... AAMIIN!



Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...