April 5, 2017

Bingka Ubi Kayu Gula Merah Sedappp!!

Assalamualaikum!!!
Lama sungguh ku tak buka ini pintu... harap tak bersawang dan berkepam di dalamnya..huhuhu!

Hari ni akak nak tulis resipi BINGKA UBI KAYU aka BENGKANG UBI dengan manis sederhana. Harap tak hibernate lama kat draft udeh la yerr... Sebenornya itulah kejadian selalu. Tulis title, letak bahan, pastu tinggal...

Kisah bermula dari penemuan ubi kayu besor anak orang kat tepi pagar rumah ni. Idakle tak bertuan..eheh! En Abe kita yang tanam lebih setahun yang lepas kot. Dari haritu nak tarik, tapi tanah tengah keras sebab musim panas. Minggu ni straight hari2 hujan, jadi bolehla di mulakan projek menggali secara manual. Terkejut oii nengoknya! BESAQQQ... 😆😂

Memang ramai peminat bengkang ubi sebab tak banyak tempat jualnye. Kadang jualpun, tak sedap sangat...keras, tak cantik dan lain2. Baik buat sendiri, sedap idak kita puas. Ada jiran jemuran atau kawan2 terdekat, boleh sedekah sikit2.. Baru aman makmur kejiranan kita..hehehe!


BINGKA UBI KAYU GULA MERAH

Bahan2:

4 cawan ubi kayu yang telah diparut
2 cawan santan pekat (Santan asli RM2 akak jadikan 2 cawan)
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir (akak guna brown sugar)
3/4 sk garam

Cara2:

1)  Hancurkan gula merah dengan santan dan tapis.
2)  Masukkan ubi (tak perlu tapis kalau parutan biasa), gula pasir dan garam
3)  Gaul sebati, masukkan ke dalam loyang saiz 8 1/2" atau 9" yang telah dilengser minyak di permukaan dan tepinya. Bakar.
4)  Boleh periksa menggunakan dawai tester atau lidi. Jika dah tak melekat, boleh angkat.
5)  Potong bila dah sejuk

Cara bakar:

1) Kalau guna oven, set pada suhu 200C dan bakar selama 45-50 min atau sehingga masak dan warna cantik ikut citarasa
2) Kalau guna periuk besar macam akak tu, letakkan tungku di dalam periuk. Gunakan api sederhana kecil. Letakkan loyang di atas tungku, tutup periuk dan bakar selama 50 min
3) Boleh juga guna magic pan (pan ajaib) dengan masa yg lebih singkat selalunya.
4) Untuk pressure cooker elektrik, boleh set kepada bake dan ikut masa yg ditentukan kemudian boleh test samada dah masak atau belum bila dah selesai. Jika belum cukup cantik, bakar lagi sebentar.

Gambar peristiwa:

Tu diaaa...
Saja masak macam ni... elok je kejadian. Dalam ni letak tungku dapur tu, baru letak loyang



Calit2 sikit dengan majerin atau butter di permukaannya sebelum bakar
SIAPP!!! Tapi nanti dia turun sikit bila dah sejuk.