October 1, 2016

Kek STRAWBERRY Cheese Meleleh

Hari ni akak siapkan satu order SNOW CHEESE setelah sekian lama tak buat. Fokus pada order yang satu ni je sebab akak rasa nak buat benda lain. Nak buat tart shell la.. nak buat mee kicap la.. adoi memacam yang nak nye!

TQVM Pn Jue...

Tapi pagi2 hari macam terbayang2 kek coklat larva yang berhantu katanya tu la.. teringat kek pandan cheese meleleh dari FB Azlina Ina yang femes di kalangan sisters yang masing2 graf rajin tak macam akak ni... Aishhh!! Tak boleh jadi. Sementelah tengah nak buat kek cheese juga, baik la tumpang semangkuk. Akak pun buka la resipi chocolate larva Azlita Masam Manis.. Pastu resipi kek pandan Ina tu.. Tengok2 nak buat kek ceklat bahan tak cukup korum lak.. So, second option la jawabnye..huhu!

Mai la tengok resipi kek pandan kukus Ina ni macamana buatnye.. Kek ni dapat belasan ribu shares di FB as per todate.  Tapi.. tapi.. akak tetiba potong stim bila nampak paste stoberi di kotak pewarna akak. Terus capai hat tu dan tukar jadi kek stoberi pink kukus.. hihi!


RESIPI KEK SPAN (STRAWBERRY) KUKUS
(Perisa boleh diubah ikut citarasa)
Resipi asal: Azlina Ina (Kek Pandan Kukus)
Olah sikit2: Akak Siti

Bahan2:

(I)
4 biji telur (akak guna B je.. biasanya utk kek guna A)
1 cawan gula halus/kastor
1 sb ovalette
1 sk emulco/paste strawberry (atau lain2 ikut citarasa)
1 sk pewarna pink

(II) - ayak sekali
1 3/4 cawan tepung (akak guna 1 cawan self raising flour + 3/4 cawan tepung gandum)
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 sk cream of tartar (tak letak pun takpa)

(III)
4 sudu besar minyak masak

Cara2:

1) Masukkan semua bahan (I) kedalam mangkuk dan putar sehingga kental (bukan gebu), dan jika diangkat adunan akan jatuh perlahan2..
2) Masukkan bahan ayak (II) dan putar hingga sebati. Matikan mixer
3) Masukkan minyak masak dan kacau laju. Ini untuk membuang angin dan mengelakkan adunan mendap di tengah2.
4) Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas plastik untuk kukusan. Tutup permukaan bekas kek dengan plastik. Boleh je gunakan plastik biasa yang dapat waktu membeli belah tu ya.. Asalkan bersih. hehe!
5) Didihkan air kukusan terlebih dahulu.. Kemudian kukus kek selama 20 minit atau sehingga masak bergantung kepada saiz bekas. Jika kecil masa lebih singkat dan sebaliknya. Kecilkan api terlebih dahulu, baru buka penutup dan periksa kek samada sudah masak atau belum dengan menggunakan lidi, tester atau pisau. Jika lidi bersih tandanya sudah masak, jika melekat pada lidi tanda belum masak, perlu teruskan mengukus lagi.
6) Keluarkan kek yang sudah masak dan terus terbalikkan di atas papan kek, kemudian balikkan semula bagi mengelakkan kek mendap atau kecut.
7) Bila dah sejuk, baru boleh potong dan tuang dengan krim cheese. SIAP!



RESIPI CREAM CHEESE LELEH.

Bahan2:

250g cream cheese
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan whipping cream/susu cair
Cheddar cheese - sagat

Cara2:

Mix semua bahan sehingga kembang dan pekat.
Tuang pada kek sebagai filling dan topping. Untuk topping boleh dicairkan lagi dengan menambah susu cair ke dalam adunan.
Tabur dengan cheddar cheese yang disagat.

1 comment:

Nina Farhana SuperStar Shaklee said...

Sekali je pernah try buat. Tp kek bantat. Trus xnak buat dh. Huhu. Teringinn pulakk rasee nak makann 😣😣 kene seruu aura rajn dtg ni😂