October 13, 2016

Dessert Sagu Longan

Dessert untuk buka puasa 10 Muharram yang lepas..

Sedap dan nyaman je makan benda2 macam ni untuk berbuka.. juga waktu musim panas kan.. Tambah ais dan buahan, tambah la sodap eh..

Idea buat ni akak dapat dari MAHN, gedung resipi2 istimewa di FB...hihi!


Resipi Sagu Longan

Bahan2:

250 g sagu
500 ml air (saya tambah lagi sikit ikut kesesuaian)
150g gula pasir
Daun pandan
Pewarna/sirap ros
Buah longan dalam tin

Kuah santan
250 ml santan - boleh guna kotak atau fresh
1/2 sk garam

Cara2:

1) Cuci sagu dan tapis
2) Masak air, gula dan daun pandan  sehingga mendidih. Tuang sagu dan masak terus sambil dikacau .sehingga menjadi pekat dan warna sekata (tiada bintik2 putih). Tambah air jika perlu atau biarkan bertutup sebentar sehingga masak sekata.
3) Angkat dan sudukan ke dalam bekas ikut keperluan dan citarasa
4) Masak bahan kuah sambil mengacau supaya santan tidak pecah. Bila sudah mendidih, matikan api.
5) Tuang kuah santan ke dalam bekas berisi sagu dan tambahkan dengan longan.

Nota:
Boleh tukar kuah dengan susu cair.. dan untuk lebih sedap, makan sejuk atau diletak beberapa biji kiub ais ke dalamnya. Boleh juga ditambah sedikit sirap gula melaka jika suka.





No comments: