Pages

March 31, 2016

Kek Coklat & Brownies...

Sepinye lah ye... huhuhu!
Cuba untuk berkarya.. melawan antu M yang lama menyinggah.. Tapi bila angin luar yang bercampur hangat cuaca masuk, tak jadilah..  heeee. Memang dasar..

Alhamdulillah masuk juga 1-2 order..

Minggu lepas, buatkan Kek Russian Black n White citarasa sendiri... TQVM ya Ismalia! :)


Berat keseluruhan 3kg+

 ... lepas tu buatkan diri sendiri cheesetart.. hehhh!

Hari ni deliver brownies kekacang pula... TQVM Cikgu Nisa & gang! :)
Pilihan 8" (standard size) atau 10" (optional)

Maaflah kalau ada sesapa yang cuba contact atau whatsApp akak time akak tido atau duk berlegar2 di jalan raya maupun sekolah atau hospital... dan tidak berjawab seperti yang diharap2kan. Takda speedy reply gitu.. Kadang akak dalam kondisi 'hibernate' mode dalam musim panas.. ;)

March 20, 2016

Spaghetti Carbonara yang Simple


Takda modal nak masak apa untuk anakanda boboiboi tengahari tadi. 

Sejak boboiboi masuk movie, tahap konsentrasi Fawwaz terhadap boboiboi semakin meningkat. Tapi Abi dah warning jangan bawa ke panggung wayang! Tup tup.. masa ummi ambil dia di kelas tadi, cikgu sibuk suruh dia tunjuk borang kat ummi. Rupanya borang nak bawa kanak2 tu tengok Boboiboi... Hehe.. nampaknya bakal terlepas la dia kali ni... Silap2 ummi join sama nanti sambil belanja popcorn.. :D

Balik2 ummi masakkan spaghetti carbonara from Italy ya.. bukan dari Pizza Hut macam selalu. Haritu ummi tetiba skodeng youtube pasal pasta ni.. Duk tercari2 camna nak buat macam Mrs Vanelli's yg sodap tu. Tengok juga camna Italian buat spaghetti carbonara kat Jamie Oliver. Oh macam tuuu,.... sonang je. Bukan macam nak buat mee goreng! Tapi makcik ni takda bahan2 yang cukup.. jadi apa yang ada je lah. Contohnya, instead of parmesan or cheddar, makcik guna cream cheese yg buat kek tu je.. hahahaha!

Tapi sedap la jugak rasanya... Next time guna bahan yg betul. Ini kali tulis dulu..



SPAGHETTI CARBONARA
(2-3 orang makan)

Bahan2:

Secekak spaghetti 
1 biji telur
1 biji kuning telur sahaja
Parutan keju parmesan secukupnya (ikut suka nak banyak cheese atau tidak)
Sedikit garam halus
Serbuk lada hitam (saya guna lada sulah) - tabur ikut citarasa
1 ulas bawang putih - ketuk
1/2 biji bawang holland (yg hijau tu.. potong dadu) - ini saya tambah sendiri
Minyak zaitun (atau butter)
Meat slice (potong kecil) - saya tak letak pun 
Oregano - saya tambah

Cara2:

1.  Rebus spaghetti sehingga lembut. Bila dah lembut jangan matikan api dulu, lakukan langkah 3.
2.  Sementara merebus spaghetti, masukkan telur, kuning telur, parutan keju, garam dan lada sulah ke dalam mangkuk. Kacau sebati dan ketepikan.
3.  Panaskan minyak zaitun/mentega dan masukkan bawang putih dan bawang holland. Masukkan juga meat slice dan kacau2 sehingga layu.
4.  Masukkan spaghetti yang masih panas dan gaul. Jika agak kering, tambah dengan air rebusan spaghetti 
5.  Mastikan api. Tuang adunan telur ke dalamnya dan gaul cepat-cepat sehingga rata. Telur akan masak sendiri dengan kepanasan spaghetti tu.
6.  Siap untuk dihidang panas2. Kalau suka boleh parutkan lagi keju


NOTIS:

JANGAN CURI PINGGAN SAYA YA DAN MASUKKAN RESIPI LAIN PULAK KAT FB TUUU... AI TAK SUKA!!


March 19, 2016

Juicing... untuk sihat

Alhamdulillah..

Hari ni dah relaks sikit selepas 3 hari berjalan2.. Dah mula terima order untuk hari2 akan datang..

Panas2 ni eloklah bertapa kat rumah je.. Jadi, hari ni akak buatkan jus untuk penyejuk jiwa kekanda.. Jus epal + daun belalai gajah untuk kesihatan.. dan strawberry hasil kajian haritu dah selamat dikeluarkan dari peti sejuk dan menjadi jus yg masam2 sedap hehe!


Potong buah epal - buang kulit. Kalau ikut orang2 jual tu kata 1 biji epal + 20 helai daun belalai gajah
Campur air sedikit dan blend halus... jangan campur gula. Tapi kadang2 akak letak secubit garam bukit bila buat jus buah.. nanti warnanya nampak kekal cantik..
Hasilnya... Selalunya seminggu sekali akak buat utk abe..

 Ni balance strawberry yang akak rendam dengan cuka minggu lepas.. Nampak masih elok walau taklah fresh sangat. Tapi, berbanding dengan keadaan yang selalu dilalui, lambatlah ia jadi 'rotten'..



Belanja selfie masa kat Langkawi.. belakang tu abi tgh pujuk Fawwaz mandi laut... tapi tak berjaya eheh..



March 15, 2016

Blueberry Cheesecake Yang Nyaman dan BFF Ku

Baru beberapa jam my best friend forever ku hantar ke airport.. kini dah pun selamat tiba di rumah masing2 di Sri Gombak dan Hulu Selangor. Geng akak dari zaman sekolah menengah di KL (Convent Bukit Nanas & Sri Aman PJ).

Datang ke sini semalam (Ahad). Total 2D1N jer.. sembang tak habis! Hahaha!!!

Jadi, sebagai hidangan akak taklah masak beria2. Orang2 perempuan ni senang nak jaga kan.. mana boleh makan lebih2.. hahaha alasan!!  Akak buatkan BLUEBERRY CHEESECAKE yang mengundang duka nestapa sesiapa yang melihat gambar sahaja dan mee kari.  Untuk hari ini pulak akak jamu dengan makanan popular Jawa iaiatu PUNTEN bersama sambal tumis cili padi dan rendang ayam. Dessert tengahari sempat juga buatkan BUBUR SOMSOM yang nyaman sejuk sesuai untuk cuaca sekarang.

 Kek ni je yang sempurna gambarnya . hehe!  

RESIPI CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE

Bahan2:
Dicadangkan menggunakan acuan springform berdiameter 7 inci

Bhn A
12 keping biskut digestive (atau 200g biskut oreo)
100g mentega (cairkan)

Bhn B
250 g cream cheese
2 cawan whipping cream yang dah siap menjadi kental *
120 g gula kaster
1 sudu besar jus lime/lemon

Bhn C
15 g gelatin halal
100 ml air panas
- campur dan kacau sehingga sebati

Topping
Krim putar/Fresh cream
Blueberry filling - saya guna pie filling yang ada butiran blueberry dan kurang manis

Cara2:

1) Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk.
2) Cairkan mentega dan tuang ke dalam bekas biskut. Gaul sebati dan tekan2 biskut sehingga rata. Simpan dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
 3) *Saya menggunakan whipping cream/fresh cream yang sudah saya putar hingga kental. Kalau tak ada, putar 200 ml non-dairy whipping cream sehingga menjadi kental (bertanduk). Ambil 2 cawan.
4) Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula dan jus lemon sehingga sebati. Masukkan gelatin dan kacau rata
5) Masukkan whipping cream dan gaul sebati. Saya guna hand whisk je.
6) Tuang adunan tersebut ke dalam loyang berisi biskut (base) tadi. Ratakan. Simpan semula ke dalam peti sejuk (bahagian bawah ye!) dalam 3-4 jam.
7) Selepas 4 jam, keluarkan kek dari loyang. Sapukan atasnya dengan sedikit krim putar. Lepas tu tuang blueberry filling. Buat perlahan-lahan supaya kemas,

Shihan, Aleng & Me..
Sebenarnya ada beberapa lagi yang tak ada dalam kategori 'geng kicap' .. dulu masa kat asrama kami sentiasa berkongsi sebotol kicap kalau makan di dewan makan.. Peristiwa thn 80an.. Itu lah asalnya... hehe!

Kita kawan sampai kecut dan kerepot.. pinjam ayat mu leng! :D

March 12, 2016

Brownies yang Mengiurkan

Bismillahirrohmanirrohim..

Terencat tidur ummi... baru je lelap seminit dua tatkala betul2 capai tahap lena, tetiba terkejut dengan suara Fawwaz memanggil namaku dari toilet.. Dupdap jantung rasanya. Mujo takda sakit jantung noh.. Alahai anak.. memang macam ni lah dia. Itu pasal lah mak ni tak boleh nak bambam macam dia.. ahahaha.

Terus buka balik laptop kat atas kepala ni. Tadi mula nak taip ngantuk benar rasa.. 

Hari ni sedari buka mata sampai ke tengahari tak duduk diam rasanya. Bermula dengan deko brownies, buat house chores, gosok baju yg tak habis2, buat cheesecake, layan anak makan, basuh dan kemas perkakasan.. ahh macam2 la. Nak sapu dan mop pun belum sempat la.. Ngantuk pulak.  

Cuti sekolah ni akak tak buka order pun. Ada order akak terpaksa tolak. Sebab kebanyakan tarikh yang diberi akak takda, nak cuti2 Malaysia. The only order yang akak ambil untuk hari ini dari jiran setaman tapi tak kenal la ..huhu. Untuk hantaran bertunang. Seronok akak buat brownies tu sebab dia dah setkan nak deko macamana. Memang mengiurkan.. Tapi takla terfikir nak buat untuk diri sendiri.. hihi.

Terima kasih Pn Rozana atas order. Terkejut tapi suka tengok bakal pengantin yang comel macam budak sekolah lagi.. dan memang pun masih muda. Semoga bahagia ya!! Aamiin.


Sebenarnya first time akak buat deko macam ni. Ada kitkat bites, marshmallows dan strawberries juga choc ganache. Selepas ni kalau ada yang mau senang akak nak buat anggarannya. Akak risau dengan keadaan panas di rumah sekarang yg kadang mencapai 38C di luar banyak bahan senang melt dan juga rosak. Lagi2 macam coklat tu kan..


Risaukan strawberry yang terpaksa dibeli awal, akak pun buat research sikit macamana penjagaannya. Maklum, selalu beli tu sekejap je lebam selepas dicuci. Kadang dahla terpaksa beli yang tak berapa fresh sebab takda pilihan.

Petuanya:

Rendam strawberries di dalam mangkuk berisi cuka + air (nisbah 1:4) selama lebih kurang 20 minit dan lap kering2. Simpan di dalam bekas kedap udara di dalam fridge. Sebaiknya lapik dengan tisu atau kitchen towel. Pastikan juga tiada yang sudah lebam atau tak elok bercampur di situ kerana mudah jangkit pada yg lain.

Strawberry mudah serap air dan akan mudah lebam kerananya. Sebab tu kena lap kering2.

Sekian.. :)




March 5, 2016

BUBUR SOMSOM YG LEMBUT

Projek semalam.. Panas lit lit kata orang sini, memang nyaman tekak makan benda ni.. Bubur orang Jawa. Biasanya kalau lepas atau semasa kenduri kahwin, kami buat bubur ni.. Kejap tadi baru selesaikan balance yg ada.. Alhamdulillah...


Resipi daripada mak.. memang mabeles. Akak buat untuk 7 orang makan, tapi akak sendiri entah berapa kali ulang daa.. eheh. Nak masaknya kenalah menahan sabar sikit sebab ambil masa banyak juga.. Sirap gula tu pulak kalau purely guna gula gerek a.k.a gula melaka akan jadi pucat jernih macam gambar di bawah. Nak kena campur gula merah sikit baru nampak lebih berseri. Tak perlu tambah gula putih..

Biasanya bubur somsom ni berwarna putih.. Tapi ramai juga yang buat dengan warna hijau dan diletak pandan. Akak cuma guna pandan paste kopoe2 tu jer..


BUBUR SOMSOM

Bahan2:

2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung ubi
6 cawan santan (akak guna 1 kotak kecil santan + selebihnya dengan air)
Perisa pandan & pewarna (optional)

Cara2:

Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati hingga tiada ketulan tepung.


Masak dengan api yang perlahan dengan sentiasa mengacau sehingga menjadi pekat, berkilat dan tidak melekat di tepi periuk.
Tutup periuk, kecilkan api dan biarkan sehingga lebih kurang 45 min - 1 jam. Sesekali boleh di kacau supaya masak rata dan tutup semula.
Bila dah nampak berkilat dan cukup masak boleh matikan api. Kalau kelihatan masih agak cair (kerana perpeluhan), boleh buka penutup dan kacau sehingga likat baru matikan api.


Tuang ke dalam bekas berukuran 8"x 8" atau 9"x 9" atau boleh juga sendukan terus ke dalam beberapa mangkuk atau bekas. Pastikan benar2 sejuk sebelum makan.
Cara menghidang ialah dengan memotong terlebih dahulu (jika diletak di dalam bekas besar) dan dituang sirap gula merah.
Untuk lebih nyaman, sejukkan air gula atau letakkan ais kiub.

Sayang nak buang hat melekat2 tepi periuk, tu yg rupa gini.. hehe
SIRAP GULA

Bahan2:

5 keping gula gerek/melaka
1 senduk gula merah
Daun pandan
Air secukupnya

Cara2:

Masak kesemua bahan hingga mendidih.
Tapis dan sejukkan.
Jangan makan manis2 sangat.. sila campur air kalau terlalu manis ya.. ;)


March 1, 2016

CHURROS version KRUP KRAPPP

Dah lama tak men'churros'.. Ada abe kat rumah ni hari2 fikir nak makan apa di petang hari je.. Pagi dan tengahari kadang mak tapau je.. huhu. Tapi menjelang petang mesti ada sikit kerajinan. Best rasa sambil bersantai2 mengadap tasik dan menikmati tiupan angin petang yang nyaman. Bulan2 macam ni duk dalam rumah agak kecacingan berbanding duk luar rumah masa petang2 gini..


Petang semalam akak berprojek dengan kuih NONA MANIS yang silap teknik. Masih ada lagi separuh terperosok kat peti sejuk.. herrr. Petang ni pulak tekak rasa teringin nak makan benda bergoreng tapi ringan. Maka jadilah CHURROS tu...

Kali ni akak cuba ikut cara lain pula. Ambil dari blog Bicara Kak Noor. Meh tengok. Sedap.. rangup kejadiannya dan lembut di dalam. Tak cepat lembik pun.. Akak buat separuh adunan je.. Lebih dari cukup untuk makan berdua. Fawwaz baru kenyang makan nasi, jadi memang tak minat la. Abe lak makan sikit je sebab takut kot tengok gula. Walau entah kali ke berapa buat, duk la tanya apa benda lagi.. hmmm. Cer letak cucoq udang, sepinggang kejap licin mak tak risau nak buang dah.. ehehhh.



CHURROS RANGUP KRUP KRAP

Bahan2:

1/2 cawan air
50g mentega
1 cawan tepung gandum
Secubit garam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara2:

Masak air bersama mentega sehingga mentega cair dengan api sederhana kecil.
Masukkan tepung bersama garam sedikit demi sedikit sambil mengacau. Gaul adunan hingga sebati dan tak melekat di tepi kuali. Matikan api dan sejukkan.
Pastikan adunan tepung benar-benar sejuk baru masukkan telur. Gaul hingga betul2 sebati.
Masukkan ke dalam piping bag yang diletakkan nozzle berbentuk bintang terbuka atau apa2 sahaja yang sesuai (jika tiada nozzle, masukkan saja ke dalam piping bag atau plastic bag dan potong sedikit di hujung atau bucunya).
* Akak guna double piping bag bimbang terbojot.. :D
Panaskan minyak dengan api sederhana (tetapi jangan terlalu panas).
Paipkan adunan di atasnya dan potong dengan menggunakan gunting.
Goreng sehingga warna keemasan.


CARA MENGHIDANG

1) Gaulkan pada gula halus yang dicampur sedikit serbuk kayu manis (cinnamon).
2) Celup pada sos coklat - cairkan coklat masak + susu cair atau whipping cream.



Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...