December 19, 2016

Tempahan Disember 2016

Cuti sekolah, macam biasa tak berapa mengalu-alukan order sebab sibuk balik kampung dan berjalan2. Tapi kali ni, bos bagi cuti 7 hari je untuk balik kampung sebab dia yang nak berjalan lebih.. huhuhu! Terpaksalah akak dan hero nan satu pulang ke teratak kami yg comel ini membawa 1001 rasa terpendam. Ada kisah duka di kampung sebenarnya. Tapi... kehidupan perlu diteruskan.. 😢❤

Dapatlah akak terima order sikit2 sambil melayan kerenah hero yang kebosanan di rumah... Ajak keluar berjalan pun, baru satu dua pit stop dah ajak balik.. abis camno??

Order pertama diterima dari customer yang manis dari KL, membahasakan diri Kak Iza. Chocolate moist with cream cheese coating and chocolate ganache topping. Minta berat 2 kg, cuma silap akak tak tanyakan expected size. Alhamdulillah, menurut K.Iza kek just nice untuk tetamunya yang agak ramai dan mereke suka.. hihi!! TQVM sis..😇😘

Harga kek 2kg RM95, 1kg RM65

Order seterusnya dari customer no 1 akak, yg setia bersamaku..hihi! Ordered kek marble besar sikit untuk makan kenduri (akak buat 10" dgn berat 1.5kg). Tak lupa juga 50 pcs cheese tart chocolate filling.  TQVM Fizah!!

Cheese tart akak dari shell ke filling semua akak buat sendiri.. cream cheese jer akak beli. Ada ke org buat cream cheese sendiri ekk? Tu kilang namanyer.. hehe..
Cheese tart lobih cheese (tak buncit pon!), RM1.10 sebiji.. takleh murah lagi mcm org len juai.. nanti dpt modai penat jer.. :P
Tumpang posing... balance marble cake, buat makan sendiri...

Order ke 3, oleh Sis Iejan dari Sg Korok, pengantin baru yang comei.. Berseri2 wajah pengantin, terpaksa amik sendiri kek ke rumah akak. Sebab nak half way janji pun, anak tengah tak sihat. Mujur akak dapat siapkan juga sebab masa nak buat tu badan tak sihat, pening2 lalat... Iejan ordered 50pcs choc cuppies saiz 2 oz.


Akhir sekali, sebelum akak balik kampung, ambik order 2 biji kek sarang semut dari the one n only customer yang suka kek/kuih ni. Sorry la dear, no akak simpan dan tulis rekod juga.. Tapi entah kenapa, walau dah kali ke 3 order kek ni, masih akak tak ingat dan tulis nama.

Akak sebenarnya tak pandai sangat menyarang sekarang ni. Kalau dulu2, menjadi juga lubang2 tu walau sekadar guna magic pan. Tak tau di mana silapnya, sebab resepi yang sama juga diguna. Tapi untuk sis yang sorang ni, akak tak sampai hati nak tolak. Terima kasih sangat2 sebab tak serik (tak taula pasni..heh heh!!).

RM20 untuk satu biji saiz 8" (bakar)
Buat extra untuk sendiri..
Tahap gini jer.. tapi akak rasa dah hari ke-3 ni, lembut moist gitu.. cuma tang maneh melenceh tu laaa.. sebab akak tak pandai nak adjust resepi.. takut tak jadi..
 

Jadinyaaa... sejak semalam akak dah relaks2 jer layan drama TV. Kemas apa yang patut.. Esok Fawwaz yang makin kuat meragam lepas baik demam sakit perut tu ada appointment dengan psikiatris di HSB. Lepas tu baru boleh balik kampung sekali lagi. Kampungku yang jauh nun di sana... Dengan penampilan khas en abe yang lebih suka merelakan bini dia balik merempit sendiri ehehehe.. I tak kisah, lagi suka sebab.... meme sukalah!!  ðŸ˜…😄😄 



TERIMA KASIH SEKALI LAGI BUAT PELANGGAN2 AKAK YO!!

Sekian, 
Baker Sepi... hihi!


December 10, 2016

Kek Marble yang Lembut dan Moist

Hari ni test satu lagi resipi kek marble.. Dari nak masuk tidur semalam dah pasang angan2 nak buat ujikaji kek yang satu ni. Dari haritu lagi akak cuba menggali resipi yang tersedap, sebab kawan merangkap customer paling loyal order untuk kenduri hari Isnin esok. Asalnya nak brownies macam biasa, tapi akak bagi option kot nak yang lain.. kot jemu dah dengan brownies..hihi!

Resipinya agak simple. Kejadiannya sangat lembut. Texture kek macam kek surabaya yang boleh beli di the Baker's Cottage, bakeri yang dah lama akak tak masuk.


KEK BUTTER MARBLE GEBU
Resipi asal: Nazra Queen (FB/MAHN)
Olah semula: Cik Siti

Bahan2:

180g gula castor
220g tepung gandum
1-2 sudu makan ovalette - akak guna 1 sudu besar
5 biji telur
50ml susu kotak
1 sk esen vanilla
150g mentega - cairkan
2 sudu besar serbuk koko

Cara2:

1) Masukkan kesemua bahan KECUALI mentega ke dalam mangkuk pengadun dan pukul sehingga kembang dan gebu. Guna speed maximum dalam 5 minit.
2) Masukkan mentega cair dan kacau menggunakan spatula hingga sebati
3) Alas dasar loyang dengan baking paper. Tepi loyang biarkan tanpa alas juga minyak (gris). Saya guna loyang 9" sementara pemilik resipi guna 8".
4) Bahagikan adunan kepada 2, sebaiknya yang plain lebih banyak. Satu bahagian pula dimasukkan serbuk koko dan kacau sebati.
5) Mula2 masukkan adunan 'plain', kemudian tompok-tompokkan adunan coklat. Kacau dengan pisau untuk mencorakkan kek.
6) Panaskan over terlebih dahulu selama 10 minit. Bakar dengan suhu 160C selama 40 minit atau hingga masak.

Gambar peristiwa

Masuk kesemua bahan kecuali mentega
Pukul sehingga kembang, gebu dan berwarna pucat begini
Gaulkan dengan mentega cair
Bahan yg dicampur serbuk koko. Saya letak sedikit chocolate emulco, tapi agak merosakkan rasa. Jadi, lebih baik tak letak
Mulakan dengan adunan putih (plain)

Selepas dicorakkan.. terbanyak yg coklat pulak..huhu
Dah masak... 
Resipi Ina (kiri) vs Nazra (kanan).. hat ina punya rasa lebih klasik sebab guna majerin.. Nazra punya pula lebih soft dan halus.
Kedua-duanya sedap laa... Cuma akak masih tercari2 rasa yang pernah akak makan dalam cenderahati kenduri kawin lama dulu... belum jumpa.. hehehe!

December 7, 2016

Kek Marble Gebu Ina

Mood nak baking yang tenggelam timbul..

Hari ni akak sempat siapkan tartshell lebih kurang 58 biji saja.. Cukuplah tu..

Walau cuti sekolah dan macam free je takda banyak komitmen, akak rasa hidup tetap huru hara. Dengan nak melayan ragam seorang budak yg kebosanan sebab kena duduk di rumah saja.. Padahal bila keluar, baru sekejap dah ajak balik pulak. Ada je tak kena. Kadang niat keluar nak cari barang2 yang melibatkan banyak lokasi. Tapi baru kedai pertama, dah ajak balik sebab nak kencing la, sakit perut la.. memang tak selesai kerja mak, kita balik sajalah sebelum dia mengamuk.

Itu sebabnya akak tak dapat nak terima order atau mewar-warkan sangat yang akak ada je kat sini. Cukuplah satu dua dalam sebulan buat isi masa, lepas gian. Selebihnya, masak atau baking untuk diri sendiri ikut apa yang ada.

OKlah.. semalam akak testing resipi kek marble cikgu Ina. Kejadiannya sangat gebu..lembut.. sedap sudah pasti. Fawwaz pun suka nampaknya terutama masa panas-panas semalam,  Bahannya pula lebih kurang kek belang yang selalu akak buat dulu, cuma kek marble ni ada letak susu pekat.




KEK MARBLE GEBUS
Resipi oleh: Azlina Ina (FB)

Bahan2:

1 cawan majerin
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu pekat
2 biji telur
1 1/4 cawan tepung gandum * - ayak bersama
1 sk baking powder *
Esen vanilla - sy tambah
2 sudu besar serbuk koko

Cara2:

Pukul majerin dan gula hingga kembang (warna bertukar pucat)
Masukkan susu pekat dan telur. Pukul lagi dalam 5 minit
Masukkan tepung dan pukul sebati
Bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian tanpa pewarna dan satu bahagian dicampur dengan serbuk koko.
Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8" yang dilenser minyak dan alas dengan baking paper
Mulakan dengan adunan putih, kemudian adunan coklat secara tompok2. Kemudian kacau/corakkan dengan pisau.
Bakar dengan suhu 170C selama 40 minit atau hingga masak. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit.

P/S:
Kejadian kek ni sangat gebu serta lembut dan akan turun sedikit apabila sejuk.

Saja nak tunjuk tahap pucat atau tukar color majerin dan gula 


December 5, 2016

Apam Pisang

Kisah beberapa minggu yang lepas...

Memanfaatkan stok pisang sejuk yang sangat banyak diketika itu. Ada niat nak faraid kat kawan2 atau sedara.. rupanya niat tak kesampaian. Ada lagi sikit tu dalam freezer, tapi takkan nak bagi orang kan..huhuhu!

Simpan kat sini jelah resipinya supaya senang nak rujuk nanti.. Memang sedap. Untuk pencinta pisang.. Resipinya akak dapat dari MAHN.


APAM PISANG
Resipi asal: Reen Khan (MAHN)

Bahan2:

6 biji pisang masak ranum
2 cawan tepung gandum - ayak
2 biji telur A
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula
1 cawan minyak jagung
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder

Cara2:

1) Lenyek pisang, diikuti oleh semua bahan - saya guna blender utk lenyek pisang
2) Kacau sebati adunan tersebut dan masukkan ke dalam acuan. Sapu acuan terlebih dahulu dengan minyak sebelum memasukkan adunan untuk mengelakkan apam melekat
3) Kukus selama 20 minit

Nota:
Akak guna pisang awak je.. Biasanya kalau buat kek, akak guna pisang mas 

November 17, 2016

Lepat Jagung vs Pis Jagung


Projek mencuba resipi yg rare ni petang semalam..

Yang membuat resipi ni rare ialah kulit jagung tu.. yang digunakan untuk membungkus lepat ni. Rata2 kawan akak kata perkara yang baru masa akak share di FB.

Rasa pun sedap sebab originally jagung yang cuma dicampur sedikit gula. Cuma sebab masa sagat tu banyak air yang terhasil, akak campur sikit dengan tepung ubi dan tepung gandum. Masa nak makan juga kena tunggu sejuk baru kuih tu pejal cantik berbanding masa panas (kes tak sabor..ehehh).

Ada dua resipi di sini. Akak share resipi PIS atau PAIS JAGUNG.. Untuk lepat jagung, akak CnP saja resipi asal dari Pn Mas Cotek untuk rujukan akan datang. Nampak macam sedap, tapi semalam akak tak cukup masa nak menggodek2 tepung. Masa nak bermula tu waktu minum petang dah dekat. Tau jelah kalau abi n anaknya bergabung order minum petang..hahaha pengsan mak nakkk..


 

RESIPI PIS/PAIS JAGUNG

Bahan2:

3 tongkol jagung muda (sebaiknya jagung pulut)
Sedikit gula/secukup rasa - saya guna gula perang
1 sudu tepung ubi (saya tambah)
1 sudu tepung jagung (saya tambah)
Secubit garam - (saya tambah)
Kulit jagung secukupnya - ambil yg belah2 dalam, tak kotor

Cara2:

1) Sagat jagung. Saya sagat guna penyagat separuh dan separuh lagi potong kasar guna pisau
2) Campurkan gula, tepung ubi dan tepung gandum. Gaul sebati. Resipi asal adalah 100% jagung dan sedikit gula.
3) Sudukan ke atas kulit jagung dan lipat. Boleh dilipat macam lepat biasa tu atau diikat dengan tali atau semat guna lidi/stapler.
4) Kukus selama 20 minit.
5) Sejukkan sebelum makan.

*******

Gambar kejadian yang lebih cantik dan kemas di atas adalah pais yang ditambah sedikit tepung, sementara yang di bawah ini adalah tanpa tepung.
Dah sejuk
Masih panas

 RESIPI LEPAT JAGUNG OLEH MAS COTEK


November 11, 2016

Peristiwa Bergambar

Saja nak memeriahkan blog sendu ni.. hehehe.

Bertahun lamanya, tak berubah pun layout, setting dll.. Tak reti akak dan memang tak ambik tau pun pasal tu. Yang penting, contents nya.. Sebab, tiap kali nak masak sesuatu yg tak biasa, akak akan refer ke blog sendiri juga.

Takpalah.. saja nak letak gambau benda2 yang lepas.. sebelum akak padam yang kat gallery, bior letak sini. Adalah nak ditengok kala takda apa nak dibuat..

Brownies dan blueberry cheese tart di bawah adalah tempahan Cik Nurul, yang tak jemu order kat akak. Terima kasih sangat2 ya! :)

Walau dah tak aktif, masih ada beberapa regular customers yang order brownies ni. Harga masih sama dengan tahun2 yg lepas walau harga bahan ada yang meningkat..

Cheesetart shhh... sorang dua jer tau akak buat cheese tart ni balik sebab cuma untuk melepaskan rindu jer.. Kalini dgn lebih cheese.. tapi takla kategori bolat muncit dan berhias macam yg jadi trend sekarang ni..

Akak try buat kek resipi ni.. depa panggil harimau malaya. Tapi, sebab terlalu manis dengan topping ganache + cheese tu, akak tak berapa suka.. Pada orang lain yg suka mesti sedap kan.. Tekak tua ni dah tak suka rasa ganache kot..

Mimpi apa entah.. tetiba angin nak buat kuah rojak.. Macam ni lah kejadian selepas dicampur buah yang dibeli di R&R haritu..

Lama sangat akak tak buat Japanese cheese cake ni. Bila buat tu, abe suka sangat.. duk ulang2 request nak makan. Padahal dia tak suka dan tak hirau pun kek2 lain yang selalu akak buat.. So, ini kiranya the ONLY yg dia suka.
Bila adunan yang banyak disumbat semua dalam loyang walau dah hampir penuh. Api pula akak besarkan sikit sebab nak kasi cepat masak kononnya.. Maka adalah rekahan di situ.. Tak pass kalau nak jual hehe!

November 10, 2016

Masak Lemak Kacang Sayur (Tolo)

Ini sayur syok sendiri.. Sebabnya, bukan ramai yang tau kewujudan lauk seumpama ini. Lauk orang tua.. orang Jawa.


Akak pandai makan lauk ni sebab akak membesar dengan arwah nenek dan banyak sangat memori lauk nostalgia yang akak simpan. Sesetengah tu, mak akak sendiri pun tak pernah buat kot sebab tak lama tinggal dengan nenek.  Yang pandai masak lauk2 nostalgia ni makcik bongsu akak laa dan sorang lagi kakaknya (adik mak).. sebab dorang terus tinggal di kampung dan selalu join rewang kenduri. Akak pula akan belajar dengan makcik2 tu. Mudah-mudahan tak hilang resipi warisan.

Kacang sayur ni kami panggil LOTO. Tapi bila akak google balik, di Indonesia panggilnya TOLO. Ehh..terbalik pulak hihi. Takpalah, kita layankan jer.. Uniknya kebanyakan lauk tradisi kaum Jawa ni, kena ada LENGKUAS. Contohnya sambal taun, sambal goreng baik basah atau kering, sayur lodeh dan lain2.


Masak Lemak Kacang TOLO (LOTO)

Bahan2:

1 bungkus kecil kacang sayur (Tolo/Loto) (200g)
4 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
Sejemput udang kering - tumbuk
2 inci lengkuas - ketuk
1-2 batang cili merah - hiris
Suhun - rendam dulu
Santan secukupnya
Garam secukup rasa

Cara2:

Rebus kacang sehingga lembut, setelah itu buang airnya
Rebus bahan tumbuk dan lengkuas sehingga layu dengan sedikit air.
Masukkan kacang dan cili, kacau rata.
Masukkan santan dan suhun. Masak hingga mendidih.
Perasakan dengan garam.

Sedap dimakan dengan ikan goreng dan sambal belacan..
Makan dengan nasi impit macam akak buat hari ini pun okay.. ;)



October 13, 2016

Dessert Sagu Longan

Dessert untuk buka puasa 10 Muharram yang lepas..

Sedap dan nyaman je makan benda2 macam ni untuk berbuka.. juga waktu musim panas kan.. Tambah ais dan buahan, tambah la sodap eh..

Idea buat ni akak dapat dari MAHN, gedung resipi2 istimewa di FB...hihi!


Resipi Sagu Longan

Bahan2:

250 g sagu
500 ml air (saya tambah lagi sikit ikut kesesuaian)
150g gula pasir
Daun pandan
Pewarna/sirap ros
Buah longan dalam tin

Kuah santan
250 ml santan - boleh guna kotak atau fresh
1/2 sk garam

Cara2:

1) Cuci sagu dan tapis
2) Masak air, gula dan daun pandan  sehingga mendidih. Tuang sagu dan masak terus sambil dikacau .sehingga menjadi pekat dan warna sekata (tiada bintik2 putih). Tambah air jika perlu atau biarkan bertutup sebentar sehingga masak sekata.
3) Angkat dan sudukan ke dalam bekas ikut keperluan dan citarasa
4) Masak bahan kuah sambil mengacau supaya santan tidak pecah. Bila sudah mendidih, matikan api.
5) Tuang kuah santan ke dalam bekas berisi sagu dan tambahkan dengan longan.

Nota:
Boleh tukar kuah dengan susu cair.. dan untuk lebih sedap, makan sejuk atau diletak beberapa biji kiub ais ke dalamnya. Boleh juga ditambah sedikit sirap gula melaka jika suka.





October 9, 2016

Lepat Liat Kuih Tradisional

Dah lama akak teringin nak makan. Tapi macam takda jual pun.. Lagipun akak ni mmg tak rajin beli kuih di sini. Takut nanti akak banding membanding dengan rasa dan saiz kuih di kampung akak Sg Air Tawar tu. Maklumla.. Saiz kuih kat kampung tu bersamaan 2 - 3 kuih kat taman ni.


Sedap juga lepat liat. Bila akak tunjuk kat FB, orang2 Selatan (Tengah) yakni geng kampung akak ingatkan lepat ubi.. hanya orang2 Utara dan bau2 utara je tau apa sebenar lepat liat nih. Kuih lejen depa nohh.. eheh! 

Puas juga akak makan bersama2 en abe. Abe kita tu walau orang sini, tak taula dia tau ke idok sifat dan asal usul kuih ni..hahaha!  Akak siap simpan yang tak habis tu dan kukus balik. Rasa macam makan dodol kukus pun ado.. Manis.. agak termanis sikit adunan akak sebab campur dengan gula putih. Tapi OK je.. Takla manis macam dodol tu..


RESIPI LEPAT LIAT

Bahan2:
Menghasilkan <>13 biji

2 cawan tepung pulut
1 cawan gula merah
3 sudu gula putih (tak letak pun boleh..)
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
Sedikit garam
Kelapa parut + garam
Daun pisang
Sedikit minyak

Cara2:

Masak gula merah & putih, garam, santan dan air hingga mendidih dan gula larut.
Tapis dan sejukkan.
Masukkan santan sedikit2 ke dalam tepung sambil mengacau sehingga menjadi adunan yang likat. Jangan pekat sangat nanti lepat jadi keras dan tak liat katanya..
Sapu permukaan daun dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
Ambil 1 - 1 1/2 sudu adunan dan ratakan di atas daun tersebut.
Letak kelapa parut di tengah2nya, dan mulakan membalut dengan kemas. Lakukan sehingga habis.
Kukus selama 20 minit atau hingga masak.




October 5, 2016

Mee Kicap Yang Sedap


Menu beberapa hari lepas.. Mencuba resipi yang disarankan oleh adik bongsu.

Ini juga merupakan pertama kali akak makan mee kicap yang khabarnya popular di Ipoh. Iyalah.. bila akak google, memang kebanyakan mee kicap serupa ini boleh didapati di Ipoh. Walau akak ni selalu juga ke sana, tak pernah pula mencuba. Biasa ke Ipoh sebab en abe dulu bersekolah di STAR. Tau2 jelah semangat STAROBA nih.. lain macam tau! hahaha..

Mengikut pencarian akak di google, mee kicap ada 2 penampilan. Ada yang jenis kering dimana kicap digaul terus dengan mee (macam mee kering) dan jenis basah macam yang akak buat ni. Yang basah ni lebih kepada yang dipanggil Mee Kicap Ipoh.

OKlah.. Resipi ni diambil dari Blog Masam Manis yg sohor itu. Rasanya sedap juga.. Kenalah dengan tekak ni. So, bertambahlah menu mudah akak kot2 ada tetamu nak datang dengan tetiba. Maklumlah, sekarang ni akak part2 masak lauk pun macam fail jer..huhuhu.

Ni mee kicap + sup keret hahaha

MEE KICAP
Untuk hidangan 2 orang
Rujukan : Blog Masam Manis (Azlita)

Mee Kuning
Taugeh

(I) Kuah:

Bahan2:
2 ulas bawang putih - racik halus
1 sudu besar minyak masak
1 inci halia - ditumbuk
3 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap pekat (sy guna kicap mudim, letak lebih sikit..)
3 sudu besar sos tiram
1 sk serbuk pati ikan bilis  (sy guna 1/3 kiub)
Sedikit lada sulah
Garam dan gula secukup rasa (rasa dulu baru letak garam...)
* Minyak bijan

Cara2:

1) Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga garing (keperangan). Angkat bawang dan ketepikan.
2) Menggunakan minyak gorengan bawang putih, tumis halia hingga naik bau
3) Masukkan kicap manis, sos tiram, air dan kicap pekat. Biarkan mendidih
4) Masukkan lada sulah dan pati ikan bilis.
5) Perasakan dengan garam gula
6) Renih hingga pekat.

Mee ini biasa dihidang bersama sup bebola atau kek ikan..


(II) Sup Bebola & Kek Ikan

Bahan2:
1 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
3 cawan air
1 sk pati ikan bilis
Fish cake dan fish ball
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa

Cara2:
Tumis bawang sampai naik bau.
Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih
Masukkan fishball dan fish cake.
Perasakan dengan garam dan lada sulah. Biar hingga mendidih.


Penyediaan:

Celur mee dan tauge (akak suka tauge mentah je). Toskan.
Letak mee dan tauge dalam pinggan.
Tuangkan kuah kicap.
Tabur dengan bawang putih yang diasingkan tadi, dan daun bawang.
Boleh juga ditambah hirisan cili padi atau sambal ikut selera kita.
Mee ni dimakan bersama dengan sup fish ball.

* Saya tambah beberapa titis minyak bijan untuk menambahkan keenakannya semasa menggaul mee dengan kuah kicap. Boleh juga titiskan minyak bijan tersebut semasa memasak kuah kicap.


Terima kasih kepada che 'Iza (pemilik asal resipi) dan Ita.. Sedap!!


October 1, 2016

Kek STRAWBERRY Cheese Meleleh

Hari ni akak siapkan satu order SNOW CHEESE setelah sekian lama tak buat. Fokus pada order yang satu ni je sebab akak rasa nak buat benda lain. Nak buat tart shell la.. nak buat mee kicap la.. adoi memacam yang nak nye!

TQVM Pn Jue...

Tapi pagi2 hari macam terbayang2 kek coklat larva yang berhantu katanya tu la.. teringat kek pandan cheese meleleh dari FB Azlina Ina yang femes di kalangan sisters yang masing2 graf rajin tak macam akak ni... Aishhh!! Tak boleh jadi. Sementelah tengah nak buat kek cheese juga, baik la tumpang semangkuk. Akak pun buka la resipi chocolate larva Azlita Masam Manis.. Pastu resipi kek pandan Ina tu.. Tengok2 nak buat kek ceklat bahan tak cukup korum lak.. So, second option la jawabnye..huhu!

Mai la tengok resipi kek pandan kukus Ina ni macamana buatnye.. Kek ni dapat belasan ribu shares di FB as per todate.  Tapi.. tapi.. akak tetiba potong stim bila nampak paste stoberi di kotak pewarna akak. Terus capai hat tu dan tukar jadi kek stoberi pink kukus.. hihi!


RESIPI KEK SPAN (STRAWBERRY) KUKUS
(Perisa boleh diubah ikut citarasa)
Resipi asal: Azlina Ina (Kek Pandan Kukus)
Olah sikit2: Akak Siti

Bahan2:

(I)
4 biji telur (akak guna B je.. biasanya utk kek guna A)
1 cawan gula halus/kastor
1 sb ovalette
1 sk emulco/paste strawberry (atau lain2 ikut citarasa)
1 sk pewarna pink

(II) - ayak sekali
1 3/4 cawan tepung (akak guna 1 cawan self raising flour + 3/4 cawan tepung gandum)
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 sk cream of tartar (tak letak pun takpa)

(III)
4 sudu besar minyak masak

Cara2:

1) Masukkan semua bahan (I) kedalam mangkuk dan putar sehingga kental (bukan gebu), dan jika diangkat adunan akan jatuh perlahan2..
2) Masukkan bahan ayak (II) dan putar hingga sebati. Matikan mixer
3) Masukkan minyak masak dan kacau laju. Ini untuk membuang angin dan mengelakkan adunan mendap di tengah2.
4) Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas plastik untuk kukusan. Tutup permukaan bekas kek dengan plastik. Boleh je gunakan plastik biasa yang dapat waktu membeli belah tu ya.. Asalkan bersih. hehe!
5) Didihkan air kukusan terlebih dahulu.. Kemudian kukus kek selama 20 minit atau sehingga masak bergantung kepada saiz bekas. Jika kecil masa lebih singkat dan sebaliknya. Kecilkan api terlebih dahulu, baru buka penutup dan periksa kek samada sudah masak atau belum dengan menggunakan lidi, tester atau pisau. Jika lidi bersih tandanya sudah masak, jika melekat pada lidi tanda belum masak, perlu teruskan mengukus lagi.
6) Keluarkan kek yang sudah masak dan terus terbalikkan di atas papan kek, kemudian balikkan semula bagi mengelakkan kek mendap atau kecut.
7) Bila dah sejuk, baru boleh potong dan tuang dengan krim cheese. SIAP!



RESIPI CREAM CHEESE LELEH.

Bahan2:

250g cream cheese
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan whipping cream/susu cair
Cheddar cheese - sagat

Cara2:

Mix semua bahan sehingga kembang dan pekat.
Tuang pada kek sebagai filling dan topping. Untuk topping boleh dicairkan lagi dengan menambah susu cair ke dalam adunan.
Tabur dengan cheddar cheese yang disagat.

September 25, 2016

Kuih Angkoo

Pulut memang kegemaran akak.. termasuk kuih yang berunsur pulut...

Projek akak beberapa hari lepas. Selepas tergoda tengok akak Mas Cotek promo kuih angkoo dia yang merah menyala tu di FB. Jadi, akak pun gagahkan diri mencari kacau hijau tanpa kulit dulu. Mujo jumpa di Giant Alor Staq tanpa perlu mencari sangat. Tak mahal sangat pun. Beli sebungkus je, cukup2 satu cawan..

Maka terlaksanalah projek kuih angkoo a.k.a kuih kura-kura berintikan kacang hijau. Walau takda acu angku, akak rasa chantek la jugak kan.. ada ghope kura-kura gak.. kihkih!!  Mehla tengok camna akak buat ya.. Resipi ni boleh juga digunakan untuk membuat kuih peria. Cuma perlu tukar warna dan bentuk saja.


KUIH ANGKOO (KURA-KURA)
Resipi asal: Mas Cotek
Akak olah sikit jadi 1/2 adunan dan dapat 16 biji kuih.

Bahan2 doh:
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan labu/keledek (sebaiknya keledek putih) * tak letak pun takpa
1/2 cawan santan pekat
1/2 st garam halus
Sedikit pewarna

Cara2:
Rebus labu/keledek dan lenyek.
Satukan semua bahan kecuali santan.
Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menghasilkan doh yang lembut. Bulat2kan sebesar duit 50 sen.


Bahan2 inti putih (kacang hijau):
1 cawan kacang hijau (mung beans) dibuang kulit - rendam 2 jam
1/2 cawan gula pasir (lebihkan kalau suka manis)

Cara2:
Rebus kacang hijau sehingga lembut dengan sedikit air. Angkat dan toskan.
Blend kacang bersama gula dan air sehingga halus.
Masak sehingga kering dan sejukkan.
Bulat-bulatkan.
* Adunan ni akan menghasilkan inti yang banyak juga. Boleh disimpan untuk kegunaan masa lain.


Bahan2 inti kelapa:
Untuk peria boleh guna ini juga..

1 cawan gula merah
1 cawan air
1/2 biji kelapa parut (sebaiknya yang muda dan putih)
2 sudu besar gula pasir

Cara2:
Masukkan kesemua bahan dalam kuali.
Masak sehingga kering.
* Untuk cara akak, selalunya akak adun semua bahan (air kurangkan lagi) dan biarkan beberapa jam macam perap tu, baru masak atas api.


Penyediaan:
Masukkan inti ke dalam doh dan kemaskan.
Tekan ke dalam acu yang disapu minyak dan keluarkan atau boleh buat style akak tuu.. :)
Letak di atas alas daun, sapu sedikit minyak supaya tak melekat nanti
Kukus selamat 7 minit
Selepas diangkat, boleh disapu minyak untuk menambah kilat kuih.


Peristiwa bergambar:

Bulat-bulatkan inti terlebih dahulu bersesuaian dengan saiz tepung
Balut inti dengan tepung dan kemaskan
Akak guna alat ni untuk melorek atau buat garis2..
Sebelum dikukus 
Selepas dikukus
NOM NOM NOM... tapi tekak akak lebih suka pada inti kelapa..