September 10, 2015

Kembali Seketika.. RED VELVET WITH CREAM CHEESE FROSTING

Cerita minggu lepas punya..

Setelah berbulan menepis order kecuali dari ahli keluarga terdekat, minggu lepas akak tukar status sikit.. Dari TUTUP kepada BUKA.  Order pertama diterima dari customer lama akak yang asalnya akak lupa tapi ter'recall' dalam perjalanan nak hantar kek tu. Aduhaii... memory low sket. Bukan apa, masa 1st order dulu (2013) mereka masih status bertunang. La ni dah ada anak pun.. Dan akak tak store no dia di hp terkini akak... Lagipun hat dulu communicate through FB je,.. :D

En Syukri order RV untuk birthday wife tersayang... Alhamdulillah, mampu balik akak melembutkan jari jemari yg mengeras ini.. Terima kasih ye atas ordernya.




InsyaAllah.. kalau ada rezeki akak akan buka order seterusnya bergantung kepada keadaan semasa.


No comments: