Pages

August 31, 2015

Ayam Goreng Kunyit

Lauk ekspress hari ini..


Akak selalu lupa akan menu ayam yang ni.. Asyik2 kari, sup, kurma, rendang... Sebabnya nak memikirkan selera hero terpilih yang sorang tu. Mana yang dia suka, itulah yang mak ulang2 masak. Kalau tak masak pun, ulang2 beli.. hehe. Hero tu tak suka masak kicap.. jadi dah tak pernah buat masak kicap. Tak macam mak dia masa kecik2, apa2 pun nak dengan kicap... sampailah ke tua.

Biasanya en abe akan request daging masak kunyit. Memang akak akan kembang kuncup tengok dia selera makan. Kita kuis2 seketul dua dah cukup sebab kenyang makan kembang..kehkeh.

Pagi tadi tak semena2 dapat whatsapp dari cik kazen yang dia nak ke Kangar dan nak singgah sini. Jenuh memikir menu sebab dah agak siang. Hari ni pulak tak berapa plan nak masak sebab en abe takda. Tetiba en abe muncul, terus kita pi kedai yang banyak tutup hari ni. Paling senang beli ayam laa.. dah nak masak tetiba dapat idea nak buat ayam kunyit. Plan asal nak buat ayam masak merah.. Bolehh.?! Walau tak pasti bila orangnya sampai, akak bersiap sedia je lah.. sebelum datang angin malas tu. Dah siap boleh layan blog ka apa ka..



AYAM GORENG KUNYIT

Bahan2:
(Anggaran semangkuk)

Ayam secukupnya - ambil bhg daging dan potong kecil
1 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 ulas bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - hiris kasar/bulat
1 biji cili merah - potong serong
5 tangkai kacang panjang - potong 2 inci
Sedikit garam dan gula

Cara2:

Lumur ayam dengan kunyit dan garam. Biarkan sekejap.
Goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Kurangkan sedikit minyak menggoreng dan masukkan bawang putih, tumis sekejap.
Masukkan bawang besar, cili, kacang panjang dan ayam. Tambah dengan sedikit serbuk kunyit jika perlu (atau nak lebih cantik)
Goreng sehingga bawang agak layu.
Perasakan dengan sejemput garam (jika perlu) dan juga sejemput gula.

August 30, 2015

Di Balik Rimbunan Pohon Nipah

Cerita tengahari semalam..

Bukan senang nak ajak hero yang sorang tu keluar dari rumah waktu hari cuti. Kebiasaannya kami berdua akan memerap je kat rumah.. layan la apa yang ada. Anak main game sambil tunggu Ultraman, mak pula sibuk dengan house chores.

Semalam en abi ajak ronda2 lepas tu cari makan. Senang la pulak nak pujuk hero keluar. Cuma bila dah sampai satu pit stop, dia pun mulalah ajak balik. Tak jalan mana pun.. Asal nak ke Alor Setar tapi melencong ke Gunung Kriang. Tu pun duk kat dalam kereta je. Kemudia terus tukar haluan, jalan sampaila ke Perlis. Sampil melayan mulut budak pengkaji peta dan pencatit masa hehe..

Akhirnya terjumpa signboard Kipli ni... Walau asal nak makan di tempat lain, kami tukar haluan. Ladang Nipah Kipli di Kuala Sanglang, Perlis.. bagi akak memang kreatif la sapa yang mencetuskan idea ni. Teringat akak pokok2 nipah kat belakang rumah di kampung tu. Tak pernah pun ambil peduli kecuali zaman dulu-dulu arwah nenek selalu buat atap nipah.

Menu di Kipli tu pun simple je. Antaranya laksa, mee rebus, mihun sup... lepas tu ada cendol, laici kang beberapa jenis minuman lain. Akak pun tak study betul-betul apa lagi yang ada. Kalau Fawwaz si hero, memang takdalah menu dia di situ kecuali milo ais. Memandangkan dia pun tak mau duduk di spot yang kami pilih dan cuma berlegar2 di ruang depan, takdalah halnya sangat. Asalkan dia boleh menunggu dan mau minum. Sebabnya en abi berkeras nak juga makan di situ. Ummi terpaksa follow... On the way balik rumah, dah sakit perut.. Tak tau di mana silapnya. Padahal tak makan sangat pun dan abi yang tolong perabis mee rebus tu.. huhuhu.


Meja dan ruang makan (ala2 pondok) berada di celah2 rimbunan pohon nipah

Menu pilihan - laksa untuk abe dan mee rebus akak punya

Nikmatnya dapat minum cendol waktu cuaca panas..


August 28, 2015

Mandai

MANDAI ni sebenarnya adalah kulit cempedak yang diperam dengan garam..

Tiba2 teringin nak makan mandai, makanan klasik orang banjar.. Tengah musim cempedak ni kan.. Pulak tu member lama sekampung duk tayang kat whatsapp. Macam sedap walau tak pernah makan.. Tapi sebelum tu pernah juga tengok kawan2 lain pos gambar kat fb. Jadinya ambil resipi dan tips dari Anit (kawan yg sebenarnya dah lupa siapa ahkak di zaman silam tapi sekarang hari2 berhubung di WA.. huhu), maka dapatlah merasa juga apakah itu MANDAI.


MANDAI

Bahan2:

Kulit cempedak (yg telah diambil isinya)
Garam kasar
Air secukupnya
Bekas atau balang berpenutup

Cara2:

1) Buang/potong nipis kulit luar cempedak yang berwarna kehijauan tu (bahagian yg seperti berduri). Tinggalkan bahagian yg berwarna putih dan ada rambut2 tu.
2) Potong kecil2 kulit tersebut dalam 3 inci.
3) Cuci bersih.
4) Masukkan ke dalam bekas atau balang.
5) Tuang air garam hingga penuh ke dalam balang tersebut.
6) Biarkan ia kulit cempedak terendam dalam air garam selama sekurang2nya 3 hari.
7) Bila nak guna, keluarkan mandai tersebut. Cuci dan perah airnya. Potong nipis-nipis.


CARA MEMASAK

Bahan2:

Mandai yang telah dipotong nipis
Bawang besar - hiris (saya suka kalau bawang banyak)
Bawang putih - hiris
Cili padi - ikut citarasa
Bilis
Minyak untuk menggoreng

Cara2:

1) Panaskan minyak dan goreng mandai sehingga separuh garing
2) Masukkan bawang merah dan putih juga bilis. Goreng sehingga garing.
3) Masukkan cili padi. Gaul dan matikan api.
4) Bila memasukkan ke dalam mangkuk atau pinggan, pastikan minyak dibuang terlebih dahulu 

Gambar ihsan Google (alijohan.wordpress.com)

First try menggoreng..


August 27, 2015

Cucur Nasi

Tak abis2 dgn coq nasi..

Yang sebenarnya bukan cerita baru.. Dah makan tahun cucoq ni menjadi sebutan makcik2 ku.. tapi tak berapa ingat makannya. Sebab hat biasa coq udang tu yg lebih mendapat tempat.. Cuma seminggu ni tekak rasa teringin pulak. Mungkin masa musim raya haritu tak puas makan kott.. iyalah, dah jemu ngan rendang sekali hidang cucoq nasi utk breakfast memang laku laa..

Dua hari berturut-turun akak blend nasi. Yang kelmarin buat yang macam selalu orang buat. Letak bawang dan bilis.. kemudian tambah ngan hirisan cili kasi pedas sket. Yang semalam pula akak buat jadi lemak manis.

Walau dah lama dipopularkan, masih ada kawan2 yang hairan dengan wujudnya cucur nasi. Hehe.. sapa juga yang kreatif mencipta ya. Tapi kejadiannya memang lembut di dalam. Mungkin fungsi nasi tu macam ragi kot.. (akak katalah..heee).


CUCUR NASI LEMAK MANIS


Bahan2 (anggaran 2-3 orang makan) :

1/2 cawan nasi
1/4 cawan kelapa parut
2 sudu gula
Sedikit garam
3/4 cawan tepung gandum
Air secukupnya

Cara2:

1. Masukkan nasi, kelapa, gula dan garam ke dalam blender. Tuang air cukup2 untuk nasi boleh dikisar atau separas dengan nasi. Blend sampai halus.
2. Tuang ke dalam bekas.
3. Masukkan tepung dan kacau sebati. Kalau adunan lembik, tambah lagi tepung sebab adunan sebaiknya pekat supaya jadi bulat/gelembung.
4. Goreng macam biasa sehingga kekuningan.



CUCUR NASI LEMAK MASIN


Bahan2 (anggaran 2-3 orang makan) :

1/2 cawan nasi
1/2 labu bawang besar
Sejemput bilis
Garam secukup rasa
3/4 cawan tepung gandum
Cili hijau/merah dihiris halus
Daun bawang/kucai dihiris halus
Air secukupnya

Cara2:

1. Masukkan nasi, bawang, bilis dan garam ke dalam blender. Tuang air cukup2 untuk nasi boleh dikisar atau separas dengan nasi. Blend sampai halus.
2. Tuang ke dalam bekas.
3. Masukkan tepung dan kacau sebati. Kalau adunan lembik, tambah lagi tepung sebab adunan sebaiknya pekat supaya jadi bulat/gelembung.
4. Goreng macam biasa sehingga kekuningan.


Nak lagi sedap makan secara jemaah di luar rumah sambil menghirup kopi dan menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.. hihihi


August 24, 2015

Semekut Ulangan

Memang tak boleh stop.. cuma boleh perlahankan mengunyah je...
Kemarin petang buat lagi sekadar utk stock up di rumah..



Tapi kak ni kan tak pandai sangat bab2 kukis, biskut dan yg sewaktu.. Masih kurang cantik di pandangan mataku..


Kot ada jiran jemuran teringin nak merasa dan menempah, jangan segan2 PM akak nahh...  :)




August 20, 2015

Ketupat Palas Cicah Susu

Hehe.. ni kalau buat tajuk novel sedop jugak kan..
Petang tadi akak korek2 chest freezer ajaib akak tu, dapatlah 2 plastik yang berisi ketupat palas beku. Ada lima biji ketupat kesemuanya. Memang cantek..! Akak ambik yang berisi 3 biji dan kukus dengan pengukus comel hadiah masa kawin dulu. Pengukus elektrik yang banyak sungguh jasanya dan hampir hari-hari dia bekerja..

Stok gambar ketupat  airtanganku untuk raya lepas..
Jadinya, atas permintaan, terhidanglah ketupat pulut aka palas yg dicicah dengan creamer manis semasa minum petang. Sebenarnya sedap juga ketupat tu bila dimakan cara gitu. Akak ingat sebelum ni makan dgn rendang atau lauk je.. Rupanya orang2 belah Utara ni ada pelbagai cara nak menyedapkannya.. hehe.

Tak sabar nak tunggu raya haji nk buat cara lain pula.. nak letak kacang atau jagung dan bungkus ikut macam biras akak, Kak Peah buat.. baru versatile kann..

Demikianlah kisah ketupat daun palas..

Harini, awal2 pagi nak hantar anak ke sekolah tayar kereta pancit.. mujur abe ada. Kenalah dia hantar dengar keta separa antik tu. Mengaumm.. Dan kenalah akak belanja dia roti canai mutalib untuk memberi tenaga menukar tayar...hihi. Dapatla akak testing menu baru iaitu roti pulau. Alhamdulillah kenyang banget.. bisa kumpul kolest lho...

Paku punya panjang... lebih 3 inci kot..
Menghirup kari di pagi hari..huhu
Gambaq stok lama.. saja nak tunjuk hat lagu ni pun ada..

Itu sajalah akak nak tulis... mataku semakin layu dan sayu.. bantal menunggu2. Banyak lagi nak tulis tak kurang daya.. Bon nuit..

August 18, 2015

Bila teringin...


TAUHU BAKAR... yg popular di Johor.
Tak pasti camna boleh tetiba keinginan tu datang.. Agaknya tertengok kat TV la kot sebab selalunya kalau setakat gambar je tak berapa besar tarikan gravitinya..

Dulu masa selalu balik negeri nak chop passport, JB lah tempatnya.. Selalulah nampak orang makan tauhu bakar kat restoran berdekatan Puteri Pacific tu, tapi akak jarang tertarik. Yang selalu buat akak teringin tu ada kat Restoran Hjh Maimunah di Geylang. Memang spesel sangat. Pernah beli sekali.. memang sedap tapi tak habis. Tu yang malas order sbb tak boleh habis..

Semalam akak nekad pi market semata2 beli tauhu 3 keping.. dengan timun. Hehe.. Tak boleh beli lebih sebab biasanya makan sekali je. Lain2 barang dah ada kat peti sejuk ajaib akak.. Tapi kali ni akak takda nak tulis resipi.. Sebab bukan originally dari tangan akak. Sos tu akak guna je sos rojak yang besan makcik bagi lama dulu. Duk hibernate dalam fridge. Sebab akak pun bukan jenis cicah2 buah aka rojak buah. So, senang banget tuh..

Mula2 bakar tauhu rupa gini atas magic pan.. Asalnya akak bakar kat oven.. tapi dah setengah jam tak perang2, akak masuk kan pan ni.. kejap je dah tukar color.

Dah siap bakar, potong dadu dan sagatkan timun juga carrot.. Lupa pulak nak beli sengkuang.. 
Lepas tu tuang sos dan tabur kacang.. tadaaaaa..


ITULAH KISAHNYA... ALHAMDULILLAH.. 

Rupa ni lah tauhu bakar di Restoran Hjh Maimunah @ Geylang tu bila dah dibelah makan..
(Gambar ihsan google)


Puding Roti dengan Sos Kastad

Kejadian kelmarin demi nak menyelamatkan roti sambil-sambil melayan kerajinan yang tengah melanda. Memang best bila dapat peluang bersenang-senang sambil memikir apa nak hidang kat en abe masa tea time. Macam nilah akak masa dulu2.. asyik layan tekak je.


Sejak masuk syawal dan sampai habis pun akak memang takde mood sangat nak bisnes. Macam blank tak boleh nak fikir.. Masa mula2 balik dari kampung ramai juga tanyakan kek tapi semua kena tolak. Rasa sangat-sangat tak bersedia.. Sambal goreng ada tu tapi tak juga akak packing sampai dah lebih seminggu. Lalu lalang akak jeling je.. Ngapa ye? Angin el nino gamaknyerr..

Akak potong roti jadi 4 dan susun berselang seli macam ni..

Resipi bread butter pudding ni dah pernah akak siar lama dulu... Tapi takpalah, akak letak balik. Biasanya akak tabur serbuk kayu manis, tapi kalini akak taburkan milo sikit sebab cinnamon nya nggak ada.  Sampai petang tadi akak dah habiskan lebih separuh bekas. Abe makan seciput je semalam.. harini akak tak bagi sebab ada menu lain pulak.. hehhh.



RESIPI PUDING ROTI

Bahan2:

6 keping roti sandwich/Gardenia
4 sudu besar mentega - cairkan
2 cawan susu segar (akak campur 1/2 cwn susu cair sebab tak cukup)
1/2 cawan gula
2 biji telur
1 penutup esen vanilla
1 sudu teh serbuk kayu manis (boleh guna taburan milo ikut citarasa)
Kismis atau buah campuran secukupnya

Cara2:

Potong kecil roti atau carik2 dan letak dalam bekas casserole atau loyang.
Tuang mentega cair ke atas roti tersebut.
Dalam bekas lain, campurkan susu, gula dan telur. Pukul sebati hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla.
Tuang adunan susu ke atas roti dan tekan2 hingga roti tenggelam atau diresapi susu.
Bakar dalam ketuhar dengan suhu 170C selama 45 minit. Puding akan mengembang naik dan kalau nak cantik tunggu sampai warnanya bertukar keperangan baru keluarkan dari oven.
Tuangkan sos kastad keatasnya sewaktu hendak dimakan.


SOS KASTAD

Bahan2:

400g susu cair
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastad

Cara2:

Masukkan kesemua bahan dalam bekas, kacau sebati dan tapis.
Tuang ke dalam periuk dan masak di atas api perlahan sambil dikacau sehingga mendidih dan agak pekat.



August 12, 2015

Stim Ikan Siakap




Huwaaa... memang stress betul bila dah post entry elok2, tetiba buka gadget lain dan terbuka hat draft version.. terus suka2 je auto saved.. terus suka2 je hilang yg original tu.. Mujo ada kukis sedap depan mata.. jadi pengubat duka.

Kisah ikan stim tengahari tadi... Dah tak ingat apa yang akak tulis yo. Jadi memandangkan akak takdo kojo musim2 ni, jadinya naklah jugak tinggal foot print kat sini. Sebelum dia kembali bersawang. Resipi ikan siakap stim yang sebenarnya akak tak pernahla nak stick pada satu resipi. Kadang putih, merah, perang.. Haa.. yang ini hitam plop. Ikut suka hati den kekdahnya..

Sebagai memenuhi permintaan en abe, menjadi lauk tengahari tadi..



IKAN SIAKAP MASAK STIM

Bahan2:

1 ekor siakap (anggaran 2 orang makan)
3 ulas bawang putih - mayang
2 inci halia - mayang
1 batang cili - hiris halus
2 batang cili padi - belah dua
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
Sedikit sos ikan
2 sudu jus limau/lemon
Daun sup/bawang

Cara2:

Bersihkan ikan, kelar2 sikit dan lumur dengan sedikit garam. Letak dalam bekas/pinggan
Tabur dengan bahan hiris diatasnya
Satukan semua bahan sos (masukkan sedikit air jika perlu) dan tuang ke atas ikan.
Didihkan kukusan dan kukus ikan selama 10 minit.
Angkat dan tabur dengan daun sup/bawang.

******************************************

Sayur sampingan - peria goreng bersama telur

Biskut Mazola Kacang Hijau


Nama lainnya GREEN PEAS COOKIES.

Memang sedap kukis ni.. walaupun akak tertinggal keretapi ETS dr Padang Besaq. Masa adik beradik cerita kat WA akak baca dengar blur.. sampailah akak termakan kat rumah mak pada hari raya ke 4. Barulah terfikir "oohhh... inilah biskut hijo tu kott..".

Dari haritu dah cari bahan. Tapi sempatnya baru semalam di kedinginan petang yang mendung. Ada sikit part tak pass sebab akak baca tak pakai spek. Mata dah rabun, tapi jenuhla nak pakai spek sepanjang masa.. huuu. Jadinya akak bakarle sampai lebih 15 minit pada suhu 140C, padahal tulisnya 160C.. Belum kira topping telur kuning yg terlebih sapu.. tak cantek la sket ghope semekutnya yong..

Jom check resipi... TQ sisters yg share kat hakak resipi ni deh..



MAZOLA KACANG HIJAU
Sumber : Resipi Iza Akma SSK.
Menghasilkan 60-64 biji

Bahan2:

120g tepung kacang peas
180g tepung gandum
20g santan serbuk
100g gula aising
1/8 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
120g minyak mazola

Hiasan
1 kuning telur + sedikit susu cair + sedikit minyak mazola

Cara2:

1. Sangan sebentar tepung kacang kemudian biarkan sejuk
2. Masuk semua bahan ke dalam bekas, tuang minyak mazola dan uli sehingga membentuk adunan
3. Biarkan selama 10 minit
4. Sukat 1 sudu teh penuh adunan, kemudian dibentuk bulat. Sapu kuning telur di atasnya.
5. Bakar dengan suhu 160C selama 20 minit.



August 8, 2015

Mihun Sup Bebola Daging


Kejadian semalam..
Teringat pesanan Ustaz Amri dari Jakim.. jangan panggil BAKSO kerana dengan panggilan nama je yg halal boleh bertukar ke haram. Sebabnya asal usul perkataan bakso ialah bebola daging bxxx. Macam bak kuteh tuuu... huhuhi. Tak caya cuba baca wikipedia pasal bakso. Selebihnya terpulang kepada diri sendiri samada nak guna idak sebab sekian lama pun itu panggilannya di negara asal..

Resipi sup ni memang sempoi baq ang. Sebab bebola daging tu akak guna hat readymade saja. Tak cukup rajin nak memproses daging menjadi bola.. huuu. Makan masa tengah hujan lak tu. Akak buat ni nak jamu ipar2 dan anak buah yang datang petang semalam. Hidangan lain adalah roti jala, kari ayam dan kek pisang.

Jom check resipi akak..



MEE SUP BEBOLA DAGING

Bahan2:

Bebola daging (meat ball) secukupnya. (Saya guna yg dalam peket sahaja. Untuk lebih 'feel' boleh buat sendiri. Search saja resipinya ya.. ;) )
Bihun - celur
Tauge
Daun salad
Bawang goreng
Daun sup & bawang

SUP

Semangkuk tulang rusuk lembu (anggaran 500g) untuk dibuat stok
1/2 labu bawang besar - dihiris halus. Boleh juga guna bawang merah kecil
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sudu kecil lada sulah *
1 batang serai - ketuk
Air secukupnya
Garam
Minyak untuk menumis
Optional - saya tambah 1/4 kiub ayam adabi ke dalam sup dan letak 2 biji kurma semasa merebus tulang supaya cepat lembut

Cara2:

1. Rebus tulang lembu dengan air secukupnya untuk dibuat stok.
2. Tumbuk bahan bertanda *
3. Tumis bawang sehingga layu. Kemudian masukkan bahan tumbuk iaitu halia dan bawang putih diikuti serai. Tumis sehingga naik bau. Saya masukkan juga sedikit lada sulah masa menumis ni..
4. Tuang air stok. Masukkan lada sulah ikut citarasa, kiub dan garam secukupnya. Kalau saya lebih suka letak garam waktu dah nak matikan api.
5. Masukkan bebola daging dan biarkan sup sehingga mendidih dan bebola terapung serta mengembang sedikit, baru matikan api.
6. Taburkan daun sup dan bawang goreng.

SAMBAL KICAP
Untuk lebih sedap, saya tumiskan sambal kicap terlebih dahulu.

Bahan2:

Segenggam cili padi (ikut nak pedas mana)
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar - hiris, goreng dan kisar (boleh juga guna bawang merah/kecil)
Gula secukup rasa
Kicap manis secukupnya
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2:
Tumbuk/kisar cili dan bawang putih, seterusnya ditumis sehingga terbit minyak.
Tuangkan kicap dan sedikit air.
Masukkan gula dan bawang goreng yang telah ditumbuk/kisar.
Boleh juga tambahkan sedikit asam jika suka atau sesudu cuka.
Masak sehingga agak pekat.



*********************************************

GAMBAQ PERISTIWA.. ehehh

Geng umrah kami.. :)





August 7, 2015

Mee Kari Sempoi Cik Siti


Lama tak buat mee kari.. Atau senang cakap memang tak pernah buat pun sejak berlegar2 di bumi Malaya nih.. sebab beli lagi senang setakat nak makan sendiri atau berdua. Kami pula jenis tak berapa suka mengulang makan terutama makanan bersantan ni.

Tapi hari tu tetiba teringin nak buat sendiri. Bila adik yang duduk di Perlis beritahu nak datang beraya, terus akak proceed. Cumanya sebab panggilan tu dibuat masa cuti sekolah dan bukan turn abe di rumah ni, susahla nak keluar ke market atau yang sewaktu. Dapat ke kedai runcit dan pasar tani berdekatan dah kira untuk. Cumanya agak mengecewakan sebab tak semua yang dicari berhasil.

Apa pun jua yang melanda, mee kari tetap menjadi. Bahan utama ikut apa yang ada kat dalam freezer atas tuh. Ada udang sikit dan ayam kira dah cukup baik la tu.. Yang akak cari tak dapat tu ialah kerang, fish cake, fish ball dan tauhu kering huu..

Kejadiannya boleh tahan laa... walau kira first time. Akak campak2 je. Tapi nampak abe dan adik makan sedapp je haritu.. dan selepas hampir seminggu akak menikmati lagi tadi dengan bahan2 dan kuah yang tersimpan rapi kat refrigerator, terasa akan umphh nya. Yakinlah akak, boleh buat lagi sekali akan datang. Sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.



MEE KARI CIK SITI

Bahan2:

I. Kuah.

Ayam secukupnya - bahagian bertulang
Udang secukupnya
Stok udang (rebus kulit dan kepala udang dan ambil airnya)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar
1 inci halia
1 batang serai - ketuk
Secubit halba
1 peket serbuk kari Babas
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 keping asam gelugur
1 sudu kerisik (opt)
Daun kari
Santan secukupnya
Garam dan gula
Minyak untuk menumis - guna minyak yang banyak

Cara2:

1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia
2. Panaskan minyak dan masukkan kayu manis, bunga lawang serta halba.
3. Masukkan pula bahan kisar (termasuk cili) dan tumis hingga layu dan sedikit garing.
4. Masukkan serbuk kari serta daun kari. Tumis hingga terbit minyak baru tuangkan sedikit air. (Minyak sebaiknya banyak supaya bahan benar2 masak dan garing. Bila kuah siap nanti, boleh dibuang minyak tersebut.)
5. Masukkan ayam dan masak sehingga lembut.
6. Masukkan udang. Kacau rata dan tuangkan stok udang.
7. Masukkan santan, asam keping, garam dan sedikit gula. Bila mendidih masukkan kerisik (jika suka). Biarkan seketika dan matikan api.

Nota - sebaiknya garam dimasukkan terakhir sekali atau selepas api dimatikan untuk mengekalkan khasiatnya.


II - Bahan utama dan aksesori

Mee basah/Bihun - celur
Tauge, salad, sawi, kacang panjang, telur rebus, cili hiris, daun sup, bawang goreng, tauhu basah (digoreng)/ kering, kerang, fish cake, fish ball, dll


August 6, 2015

Biskut Badam



Sesatunya biskut raya yang akak buat tahun ni. Kena tulis juga untuk rujukan akan datang. Akak pun dah tak rajin celoteh panjang2.. mungkin faktor usia kot.. ehehhh!

So, kita layan je resipi dia.. Akak dapat dari blog Yatimemories. Cuma tulisan ikut sesedap akak lah asalkan ingredient sama. Kiranya sedaplah biskut ni untuk tekak akak.. Itu je yang akak dapat katakan ya.. :)

Gambar tak berapa cun.. ikut kualiti hape murah akak tu ler..

BISKUT BADAM
Sumber: Yatimemories

Bahan2:

1 1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan gula halus
2 butir kuning telur
1 sudu teh vanilla
1 cawan serbuk badam
2 cawan tepung jagung *
2 1/2 cawan tepung gandum *
Kuning telur secukupnya utk sapuan
Almond nibs secukupnya untuk hiasan
* Ayak tepung bersama

Cara2:

Pukul mentega, gula, kuning telur dan esen vanilla hingga sebati.
Masukkan serbuk badam, tepung jagung dan tepung gandum. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Canai dan terap doh mengikut bentuk kesukaan. Letak atas loyang.
Sapu permukaan biskut dengan kuning telur dan tabur dengan hiasan (nibs).
Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 160C selama 10 minit.
Bakar selama 20 minit atau sehingga biskut masak dengan elok.

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...