Pages

April 28, 2015

Tiwul a.k.a. Ketiwul

Hari ni akak nak share satu jenis makanan orang2 Jawa.. Namun tak semua Jawa kenal akannya..


NAK CERITA DULU..

Tak taulah akan salah silah makanan ni. Tapi yang pasti, dibawa oleh orang2 dulu yang berhijrah ke sini dari Tanah Jawa. Akak pernah rasa masa zaman akak kecik2 dulu.. dah besar panjang dan menuju setengah abad ni akak dah tak pernah jumpa walau kadang2 sangat teringin nak rasa. Masa akak kecik2 dulu, arwah nenek & atuk ada tanaman ubi yang berbatas-batas kat rezab tepi parit. Dah macam ladang.. Campur dengan adik beradik punya lagi. Kalau nak ke situ, samada jalan ikut kebun orang yg semak samun, meniti parit melalui batang kelapa atau tibai je sampan cina yang bayar sewa tanah kat nenek RM50 setahun tu... hahaha. Punya baik tuan tanah kedaung.. tu pun kadang tak terbayor walau titlenya toke.

Bila ke kebun ubi macam piknik kekdahnya.. bawak bekal bagai. Selalunya selepas zohor. Akak yang masih comel tapi legam terbakor masa tu ikut sekadar main2 je.. Kadang bentang tikar, tidur bawah pokok ubi. Kadang main2 tepi parit atau kumpul batang2 daun tu buat kraftangan. Wahhhh... indahnya bernostalgia. Nak nanges ghase.. Pastu habis bersihkan kebun, balik bawaklah sesampan ubi.. atau seguni ka.. haha. Punya banyakk... mmg banyak!!!!  Orang2 dulu rajin.. akan diproses ubi2 tu untuk macam2 bentuk makanan termasuk makanan ayam kampung. Ada keropok ubi, kerepek, ompak (tak tau nama melayunya apa...), tapai, ubi sagat, cakar ayam, dll.

Antara makanan tu ialah TIWUL ni.. yang juga nama lain sebelum jadi tiwul iaitu gaplek. Kikiki... kelakorkan nama tu.. Mau bibik2 tu nanges kalau dengar aku sebut nama2 makanan nih..




TIWUL UBI

Bahan2:

1 - 2 batang ubi (saiz sederhana besar)
Sedikit air
Gula melaka/perang/merah/putih
Sedikit garam
Kelapa parut

Cara2:

1. Potong kecil ubi tersebut dan cuci bersih. Rendam selama 4 - 5 hari sehingga kembang dan toskan. Untuk mengelakkan bau 'busuk' keterlaluan, tukar air rendaman setiap hari (step ni sebenarnya hakak lupa nak buat.. hehe)
2. Jemur pula ubi tersebut selama 4 - 5 hari sehingga betul2 kering. Zaman moden ni ada kot yang keringkan guna oven saja.. tapi takut kurang sedap hasilnya.
3. Tumbuk ubi yang telah kering sehingga menjadi tepung. Ayak dengan penapis untuk menghasilkan tepung yang agak kasar (ikut citarasa nak halus atau kasar).
4. Tuang tepung tiwul ke dalam bekas dan gaul dengan garam.
5. Kemudian tabur di atasnya gula dan renjis dengan air, gaul sehingga menghasilkan adunan yang berbintil kasar (seperti sagu)
6. Tuang ke dalam loyang pengukus yang dilapik dengan daun pisang. Letak simpulan daun pandan jika suka.
7. Kukus selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dan ketiwul menjadi kenyal.
8. Kelapa parut digaul dengan garam dan kukus sekejap. Kemudian di gaul bersama tiwul.
9. Siap untuk dimakan...

Saya tabur dengan gula merah sewaktu mengukus..

SEKIAN.. ;)

April 26, 2015

Kisah Malam ni..

Assalamualaikum..

Bersiaran kembali akak malam ni.. Sambil melayan mata yang dah nak mengantuk sementelah akak mula mengetik keyboard nih.. Rasanya akak ni dah terkena sumpahan laa hihi.. Pegang je laptop, tak dia mati mengejut, mata akak yg terus mengantuk. Kat rumah ni ada 2 laptop.. Tapi 2-2 walau kategori belum nak obsolete dah kuat meragam masing2. Yang akak punya ni walau bateri kata masih 90% memang takleh percaya... tak lama kong la tuh..

Sebenarnya petua nak gadjet termasuk laptop tahan lama, jangan duk charging lama2. Full je terus cabut plug atau the otherwise cabut bateri dan on plug. Kebelakangan ni akak selalu lupa.. kadang seharian akak lupa cabut. Terutama bila Fawwaz duk mengadap tu je dan akak ada projek di dapur.


Sebelum nak tido, akak nak hapdet aktiviti sikit.. Baru tak sat duk packing 6 kilo SAMBAL GORENG.. Kadang terlajak laris, kadang tak cukup pelaris ehehhh... Minggu semalam ni akak banyak juga rehat menggoreng. Terrrlalu packed dengan aktiviti rumahtangga, my no 1 priority. Asyik berlegar2 di dapur je.. lepas tu appointment Fawwaz ada 2 hari.. Hujan dah selalu ni pulak tiap malam ada serangga pelbagai jenis tumpang lampu.. Jadi tak boleh cilok tak menyapu. Habis menyapu, nak sidai kain, buat tu buat ni, tgk jam dah kena keluar ambil anak.


Gitulah kan.. koje surirumah. Bukan senang nak jadi isteri solehah dan ibu mithali. Tambah hujung2 nak semuanya perfect.. Apapun, kena ikhlas dan niat baik2 supaya tak muflis pahala.. hehe! Bila dah seharian mengurus rumahtangga, memang dah takda tenaga nak buat yang lain. Temanlah abe sembang kat luar rumah sambil minum petang. Dia pun suka sebenornya tengok kita layan dia mencangkul2 tanah tu walau kita ni sambil berwhatsapp.. Kan lebih afdal gembirakan suami.. tetttt. Signal muktamad.


Bila dapat order sedepuk, tengok stok tempe tak cukup. Dah lama tak order sebab takut tak sempat nak buat nanti rosak pula. Bila terdesak, cari2 kat kedai dan pasar tani, langsung tak jumpa.. Order kat supplier pun tak dapat seperti waktu dijangka.. Sampai begitu sekali kan bila dah takdirnya TAKDA. Mungkin kena berbalik kepada priority tadi.. Family first! Ohhh... dah lama tak ajar anak matematik, menulis, main2, bla bla... Sibuk sangat nak bisnes huhu.

ANAK AUTISTIK SAYA



Kisah selingan... Tadi petang akak rasa nak nangis bila buat soalan matematik simple.. tambah2 je yg dulu Fawwaz dah mahir, tiba2 dia tak tau jawab. Nak tulis no 7 pun dia tak tau.. tercari2 contoh.. ditulisnya 16 la, ntah apa lagi.. Mula akak marah dia, sebab dasar cikgu cap singa.. Lama2 akak bangun pergi mandi dan fikir mak la yang salah sebab dah lama terabai kat pelajaran anak ni. Dia dahlah anak istimewa.. lambat pickup, cepat lupa.. Tapi rupanya bila selesai mandi, dia dah dapat jawab semua betul. Back in track.. Alhamdulillah.. terus cikgu ummi bagi 4 stars as requested.

Sebenarnya dah banyak juga achievement dia sebagai autistic child. Small achievement pun OK la.. Slow but steady. Tiap malam mak jadi ustajah.. baca Iqra' dah sampai tahap 4 walau terkial2 nak sebut. Takpalah takda lagu, janji kenal huruf dan sebutan. Dah hujung2 ni memang semakin mencabar.. Hafazannya pulak dah mula Surah Maun. Solat belum nak ikut pergerakan betul2 tapi tau step dan bacaan. Ustajah stress kan pada bacaan dan rukun dulu. Masih terkial2 nak hafal tasyahud akhir tapi progress sangat baik. Wudu' pun tau step tapi paksa juga umi buatkan semua. Dia sibuk nak lap mata je.. tak nampak! Tak nampak!! Sudah pandai mengeja, membaca atau membunyikan ayat2 pendek dah mudah. Kalau dalam kereta, permainan kami ialah mengeja. Apa yang nampak di depan mata, kena eja. Mengeja memang dah tak digunapakai pada kanak2 tipikal rasanya.. Tapi akak guna juga sebab lebih mudah untuk dia..

Macam2 jenis stars ada.. star gajah pun hade! hehe

Itulah serba sedikit... Rupanya masa berlalu pantas melangkaui waktu tidurku.. heee. Alhamdulillah... gud nite everybody. Sleep tight.. dont let the bugs bite you... hehehh


Chewy Goey Brownies.... 
yg sering ditempah oleh customer merangkan teman yang tabah, Fizah dan kawan2 serta keluarga (TQVM ya..). 
Hat ni je akak masih boleh open for order... ;)



April 17, 2015

Daging Goreng Kunyit dengan Kacang Panjang

Assalamualakum.. dan salam Jumaat nan barokah! Innahu sobahul jameel..

Tapi sebenornya menjelang tengahari ni mendung sudah berarak. Alhamdulillah.. suka akak kalau hujan petang ni. Biar sejuk sikit bumi Jitra. Kami dah berbulan2 fanas di sini.. Namun ingatlah, panas ke hujan ke semua rezeki Allah. Jangan nak merungut.. ingat tu! Bila rasa panas tu, ingatan akak akan terus pulang ke Bahrain di musim panas yang kadang hampir mencecah 50C. Memang negara tu banyak mengajar akak erti bersyukur dan redha.. dan tak mungkin dilupakan kenangan dan saat2 merantau di sana.

Dah sungguh lama akak tak tulis resipi. Tengahari ni akak sangat free walau ada dua bekas kentang yang belum pun disagat untuk digoreng petang ni. Jadi akak nak share resipi simple yang semua orang lebih pandai buat dari akak la rasanya.. Akak je jarang masak lauk2 macam ni. Akak biasa masak kat kedai Tok Keramat atau warung tak bernama kat taman ni... hehehh! Resipi ni akak main agak2 je sebenarnya.. dan campak2.

Lauk ni En Abe yang request beberapa hari lepas. Akak tengok sungguh berselera dia makan. Ditambah dengan ulam-ulaman dan sambal belacan. Alhamdulillah... Akak sendiri menahan diri dari makan daging byk2.. Masa tu akak makan nasi kerabu sdn bhd juga.. :D



DAGING GORENG KUNYIT

Daging secukupnya (anggaran semangkuk lauk) - kalau daging batang pinang lagi sonang!
1 - 2 ulas bawang putih - tumbuk
1 labu bawang besar - mayang
Sedikit kunyit
Kacang panjang - potong 1 inci
1-2 biji cili merah - potong ikut citarasa
1 sudu besar sos tiram (opt)
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Lada sulah (akak guna ajishio)
Sedikit minyak masak

Cara2:

1. Daging dipotong nipis dan bersihkan. Perap dengan bawang putih tumbuk, garam dan kunyit dalam 30 minit ke 1 jam (akak perap sepagian).
2. Panaskan minyak dan goreng daging yang telah diperap sampai kering air daging. Kalau belum lembut, tambah air sedikit, tutup kuali dan masak/rebus sehingga lembut. Biasanya kalau daging batang pinang tak mengambil masa yang lama.
3. Taburkan bawang besar dan cili diikuti sos tiram (jgn banyak takut termasin sebab dah letak garam). Boleh juga masukkan kacang sekali jika suka sayur yang lembut, gula dan lada sulah.
4. Kacau dan tutup sebentar sehingga bawang layu dan daging secukup rasa. Matikan api dan hidang.



All time favourite akak... nom nom!!

April 13, 2015

KISAH BLOG BERSAWANG..

ASSALAMUALAIKUM...

Dah bersawang blog akak nih nampaknya! Sampai tak tau kat mana nak mula..
Hati memang rindu nak menulis dan merapu. Cuma masa tak mengizinkan. Bila mula menulis, akan berhenti sekerat jalan.. sudahnya tak jadi nak post.

Alhamdulillah.. banyak juga akak menerima pertanyaan dan order.  Terutamanya untuk kek dan cheese tart. Tapi malangnya hampir semua akak terpaksa tolak. Cuma untuk brownies je akak tak tolak. Tak tau bila akak nak mula balik terima tempahan sebab tetiba akak rasa dah putus kasih.. huhuhu!

Sekarang akak fokus pada produk SAMBAL GORENG KERING terlajak laris tu. Cukup untuk akak bekerja siang dan malam dan memang tak sempat nak mengadap laptop ni. One Man Show.. memang letihlaa.. tapi akak seronok sebab mendapat feedback yang bagus. Ada juga feedback membina dari customer untuk akak perbaiki mutunya. Tapi sebenarnya, akak masih tak berpuas hati lagi selagi akak tak dapat berguru dengan yang lebih pakar. Banyak juga yang akak reject dan masih kat atas meja tu. Nak buang sayang, nak bagi orang macam tak elok la kann..


Waktu ni, sebenarnya akak berehat panjang. Bulan lepas duk pulun hari2 menggoreng dan menyira sambal tak kira waktu demi nak penuhi permintaan. Bila dah masuk ke penghujung bulan akak kurang ambil kisah pasal kesihatan. Akibatnya kena jangkitan kencing kotor yang menyakitkan dan meresahkan. Ibu2 mengandung taulah macamana rasanya..

Abe kata akak terlalu stress. Akak tak ambil ubat cuma minum jus kranberi dan minum air kosong yang banyak. Alhamdulillah semakin pulih, sebelum datang balik waktu ikut Fawwaz rombongan ke Langkawi. Segan nak pi toilet dalam ferry, sudahnya lagi teruk akak kena jangkitan. Memang seksa sepanjang 3 hari di sana dengan jadual program yang padat. Bila balik ke rumah baru akak pi jumpa doktor. Kenalah telan antibiotik dan ubat.. huhu. Kerap benor akak menelan antibiotik dalam setahun ni dengan pelbagai penyakit. Petanda badan dah mula weak. Maklum umur pun baru meningkat setahun bulan lepas.

Jus ni elok untuk yg ada masalah kencing
Abe tak bagi akak stress dan terlalu nak siapkan kerja. Dia lebih suka tengok akak mencabut rumput kat laman tu. Bukan main memuji lagi. Menjadikan akak beralasan untuk bekerja keras lagi. Itulah punca akak slowdown untuk segalanya. Sampaikan nak masukkan sambal yg siap dalam balang pun dah malas. Lama2 lemau juga nih. Mula2 rehat tu seluruh badan terasa sakit. Masuk minggu kedua OK la ni..Tumpu pada urusan rumahtangga sepenuhnya. Kurangla rasa guilty kat suami dan anak.

Minggu ni akak panaskan enjin balik. Nak aktif sket lagi. Supaya akak tak bersalah sebab buat kerja separuh jalan. Cuma tadi, bila akak dah mula mengupas kentang dapat tak sampai 10 biji terus give up. Dengan nak siapkan stok pau bekal Fawwaz, nak lipat baju, ajar mengaji, suap nasi dan macam2. Masih tak lepas nak mengatur jadual dengan baik.. Hujung2 akak blogging hehehh.

Antara kenangan di Pulau Langkawi bersama sebahagian anak2 pendidikan khas dan guru2 serta waris. Banyak lagi gambar masih kat handphone, tak sempat nak transfer ke laptop.



OKlah... dah pukul 11 malam. Gud nite everybody! :D


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...