November 5, 2014

Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak

Menu kampung lagi... tapi ini cerita semalam...


Sejak duduk di rumah bertanah yang luas ni, memang macam2 tanaman ada di luar tu. Hasil kerajinan encik abeku. Nak harap bini dia ni, memang takde laa.. Tapi part mencadang, mengangkut benih dari kampung, dll tu memang kerja ahkak! Cabut rumput di kawasan rumah pun kerja akak sebab rasa best je kalau dapat cabut rumput atau semak sampai ke akar tu. Terapi juga namanya, selain terapi mendeko kek. Sayangnya tanaman yang kat luar pagar tu ada banyak ancaman, terutama ancaman kerbau. Si kerbau2 tu pulak pandai memilih daun atau pucuk yang sedap.  Makan jenuhle nak hidup subur pokok2 pisang dan kelapa.. habis botak dikerjakan depa yang berkumpulan tu. Ni dah bagi pagar kawat harap2 takle lepas..

Berbalik kisah pucuk ubi, nampaknya dah meriah dedaun ubi tu.. Adalah 3 pokok kot. Pucuk muda tak macam kalau kat market atau pasar. Semalam akak ambil dalam secekak dan tanya abe dulu dia nak makan apa. Kalau dia tak kisah, akak teringin nak masak tempoyak. Sebenarnya akak ni bukanlah peminat tempoyak, cuma asal bukak freezer je, nampak tempoyak yg dah berlama bertapa dalam tu. Tu yang teringin juga nak masak..

Seleralah nampak abe makan tengahari semalam.. Padankan dengan daging goreng dan tempe sambal (favourite akak). Ada sambal belacan lagi..  Masakan kampung untuk orang kampung... :D




PUCUK UBI MASAK TEMPOYAK

Bahan2:

Secekak pucuk ubi (dalam 16 batang rasanya..)
3 ulas bawang merah
10 biji cili padi (nak pedas lagi boleh tambah..)
1 inci kunyit hidup (akak guna je serbuk kunyit sbb yg hidup takda)
1 batang serai
3 sudu tempoyak
Sejemput ikan bilis
Sejemput udang kertas (akak main bubuh je sebab dah ada..)
Santan secukupnya
Air
Opt : boleh tambah daun kunyit yang dimayang halus atau petai.

Cara2:

Rebus dahulu pucuk ubi sampai lembut.  Toskan dan potong halus
Tumbuk bawang merah, cili dan bilis
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dengan santan separas atau lebih sedikit dengan isi/daun.
Letak atas api dan masak sampai santan mendidih dan pekat. Kacau2 supaya santan tak pecah sangat.