Pages

October 30, 2014

Tempahan - Carrot Walnut Cake

Baru lepas menyerahkan kek carrot ni kepada yang empunya.. Mai jauh dari Alor Setar.. Tapi sebenarnya Alor Setar ke Jitra ni bukanlah jauh mana.. Akak kalau merempit, tak sampai 1/2 jam dah sampai ke destinasi nak dituju.. Mujurlah kadang ada pak polisi kat bawah jambatan di highway tu.. Jadi kenalah bawak berhemah 80-90kmj sementara nak sampai tol.. hihi.



TERIMA KASIH ye Amin.. sudi order kat akak yg jauh di hujung kampung. Sempat sembang dgn mereka yg datang sama2 tadi.. Rupanya yg order ni pun tukang kek dan mcm2 masakan lagi.. Akak terus jadi gementar kot2 expectation dia lebih.. Moga2 menepati citarasa nohh... hihi! 



CERITA EXTRA - SAMBAL HITAM PAHANG

Selalu skodeng insta Tg Puan Pahang yang very the humble tu.. Pakar masak lagi.. Pernah satu ketika dia tunjuk dia buat sambal hitam dan sejak tu akak duk teringin sangat. Cuma malas memikir belimbing buluh tu kalau nak mencuba sendiri. Tak ingat, rupanya adik ipar sorang dari Pahang... Sembang punya sembang dgn group adik beradik di WA, baru tau dia ada jual. Terus order 1/2 kg.. tamak kekdahnya. Semalam akak terima parcel dari Tg Malim.. wah wahhh.. ghiso akak kalau lepas ni naik kg sebab rasa nak menambah je nasik. Mujur akak ni kuat pegangan bab2 makan nasi dan yg berat2 tu.. hehe. Nanti kalau dah terlepas pandang, susah nak patah balik. Bukanlah semulajadinya kurus ye.. cuma kena tau macamana nak maintain badan sendiri sebab kita suka perasaan yang macam ni.



Sapa nak order sambal hitam ni, boleh tanya kat akak naa... 100g RM8..


October 27, 2014

Mengidam Macaron


Setelah mengidam akannya semenjak dua menjak ni, semalam akak buat juga macaron ni.. First and last buat pada tahun 2011.. Lepas tu merajuk sebab tak menjadi sangat.. campur tak ghajin lagi kann.. Tapi minggu lepas ni beria-ia benar nak buat. Agaknya perasaan sejak beli di Zoo Negara hari tu... Masa tu Fawwaz yang minta kat luar tempat panda tu. Ada 2 perisa coklat dan green tea. Akak beli 2 biji yg saiznya besarla juga (agak-agak 4.5 cm kot..) dengan harga RM4.50 sebiji. Dua jadi RM9.. Hahaha.. selalunya aku kedekut bab2 beli kuih mahal ni. Kalau akak yg jual takpe.. lalala!


Sedap pulak ye macaron tu. Sebab air tangan orang kot.. Tu yang terus ghase nak buat jugak. Tapi yg sebenornya, akak tak tahan akan kemanisan kukis orang putih ni. Kuih muih depa sokmo manis kan.. Orang kampung akak kata manih melenceh! Antaranya kek red velvet, pavlova.. Apa2 pun, percubaan kedua ni kira sedang2 je hasilnya.Taklah ditahap expectation akak sendiri.. Kaki atau skirtnya tak keluar cantik. Agaknya pasal serbuk almond tu pun lama punya. Terjumpa kat fridge. Sebelum buat bakar kejap dan keringkan juga kat bawah sinaran mentari... Selalu buatkan kek ber'almond' untuk orang, akak beli fresh from bakery shop. Tak perlu buat semua tu.

And talking about almond, sebenarnya dalam beberapa bulan ni harganya melonjak naik. Mulanya akak tak sedar.. tapi sejak aktif buat kek opera semula, baru perasan kenaikan harga yang banyak. Termasuk kekacang yang lain.

Gambar permulaan dan kesudahan cerita..


 Takde resipi di sini.. Adik2, puan2 boleh search je kat internet.. Macam akak ni, guna resipi Pn Azlita (blog masam manis). Siap ada step by step.. dan ramai lagi tukang macarons yang share cara dan tips membuat macaron. Ada banyak pantang larang membuatnya.. u follow je.. hehe!


October 25, 2014

Cupcakes Pertunangan & Kedatangan BFF

Salam Maal Hijrah 1436H...

Hari ni akak santai di rumah saja.. Dah segunung anak pakaian nak digosok tu.. huhu! Boleh menggosok sambil melopong tengok TV.. Tapi lebih baik jika kita menggosok pakaian tu sambil berzikir.. Sebenarnya banyak peluang untuk buat pahala tu. Cuma kadang kita tak sedar di mana berentinya tadi. Biasalah, otak orang perempuan ni selalunya memang bersimpang siur. Susah nak fokus satu perkara je dalam satu masa...

Ini kisah semalam dan kelmarin. Tapi sejak duk sini, akak selalu keliru penggunaan perkataan kemarin.. hihi.  Untuk semalam, set cupcakes pertunangan sudah selamat diterima oleh penempahnya dari Changlun, Pn Rozaida. Ramai juga kawan2 ahkak yang suka hasil kalini.. apalagi yang membuatnya. Maklumlah, bila penat tu, otak pun jam... tangan pun ketaq2 bila pegang piping bag. Apa2 pun kesihatan diri paling utama.

Tema majlis ialah pink dan biru. Cuma akak memang tak suka guna color sepenuhnya untuk mengekalkan 'wajah' cream cheese tu. Terima kasih Pn Rozaida.. semoga berpuas hati dengan airtangan akak... :)





********************************************************************

KISAH BFF KU YANG DATANG...


Kebelakangan ni memang dah jarang berhubungan dengan BFF yang sorang ni. Zainab namanya.. BFF dari zaman buat HRM di ITM dulu. Memang sweet zaman kami 'sekolah' dulu. Iyalah, kawan2 akak semua sibuk dengan kerjaya hebat. Akak je dapat bersara awal diusia 37 tahun.. belum sempat hebat hehe.. Masa tahun terakhir di KL memang selalu juga jumpa kawan2. Cuma sejak pindah ke Kedah, akak senyap. Bising pun kat FB dgn blog ni. Redha jelah kekdahnya...

Nab bercuti ke Alor Setar. Dah sampai sini mestilah kena ajak datang.. Cuma terkilan juga tak dapat jamu macam2.. Mujur ada kek dan kuih sikit hihi..  Akak memang jenis tak pandai buat sesuatu zup zap zup zap... siap hidangan satu meja! heeee...

Tapi yang penting, kami dua dapat sembang kat meja makan berejam juga.. hihi!  Alhamdulillah.. syukur sangat masih diberi peluang jumpa kawan2. Harapnya lepas ni ada lagi kawan2 dari KL yang datang singgah selepas Nab dan Aleng yang datang sebelum ni. Akak mampu jadi penunggu je.. >.<



SEMOGA DI TAHUN BARU HIJRAH INI, KITA MENJADI INSAN DAN HAMBA ALLAH YANG SEMAKIN BAIK DARI SEBELUMNYA...


October 18, 2014

Pau Gebu Fawwaz Punya



Hujan yang turun bagaikan mutiara.. bersinar berkilau berkerdipan... ehehhh.. terus hujan berenti! :P  Ni, adik2 gen-Y tak pastilah pernah dengar lagu Allahyarham Sudirman tu ke tidak.. Kalau nak tau, dulu zaman akak sekolah rendah, ada masa kalau cikgu dah free sangat dan nak bagi anak murid lebih gumbira, dorang akan suruh kami nyanyi. Sapa nak nyanyi ke depan, boleh balik awal.. Makanya, ahkak la yg selalu dapat balik awal.. ahaha!

Sebenarnya petang ni hujan turun mencurah2 di Taman Tunku Sarina ni.. dan pastinya di seluruh Jitra. Gelap gulita jadinya.. Akak pulak tadi tu dah mula menguli tepung secara manual. Nak buat PAU kekdahnya.. Untuk buat bekal Ahmad Fawwaz ke sekolah minggu ni. Memang paulah yang selalu menjadi pilihan dan kena sentiasa ada stok, selain dari karipap comel akak. Dia tak beli makanan di kantin.

Minggu ni cuma beberapa hari je Fawwaz akan ke sekolah. Selain cuti Deepavali, ada juga appointment dengan psikiatris. Walau rasa macam dah tak perlu nak attend session tu, akak fikir baik juga pergi. Sekurang2nya boleh membantu kajian Dr tu dan hospital tentang anak2 autisme. Fawwaz cuma mild autisme jadi tak banyak kerenahnya. Masih boleh duduk fokus kalau dalam bilik dr atau bilik darjah. Cuma kadang2 kalau datang mood dia nak menunjuk tu, maka dia akan melompat2 tak hengat kat depan sesiapa termasuk doktor. Last appointment, kami terpaksa jumpa Dr yang tak biasa, macam tu lah perangai dia.. tak duduk diam.. :D

Berbalik kisah pau, akak dah selalu pos di sini pun. Cuma hari ni, tepung pau yang baru dibuka dan expiry date lama lagi, nampaknya dah tak elok. Bila diayak, meriah le bubuk dalam tu.. huuuu. Masuk terus dalam tong... Sebab wajib juga buat, akak guna je tepung gandum biasa. Cuma warna takkan jadi putih cantik macam kalau guna tepung pau dan tepung hong kong. Janji lembut gebu... memang sedap makan panas-panas di kala hujan turun.. minum secawan nescafe sekali... ops! akak sudah tukarr.. indocafe  :D


PAU GEBU 
(20 biji x 32g)

Bahan2:

Bahan A
225g tepung gandum (sebaiknya guna tepung pau)
1/2 sb susu/creamer pekat manis
2 1/2 sudu kecil yis kering
130 ml air (saya suka guna yg suam)

Bahan B
150g tepung gandum/pau
75g gula halus
1 sb double action baking powder
1/2 sk bread softener
20g shortening

Bahan C - larutkan dalam 1 bekas/cawan
50ml air
1/4 sk soda bikarbonat
1/4 sk garam halus

Cara2:

1) Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk penguli dan uli sampai licin dan menjadi doh dalam 10 - 15 minit. Kalau rasa tak cukup air, cukup basah2 kan tangan kemudian uli lagi. Jika guna mesin pengadun, uli selama 10 minit sampai tak melekat di tepi mangkuk. Perap doh selama 30 minit.
2) Tumbuk sikit doh yang sudah mengembang untuk keluarkan angin. Masukkan bahan2 B dan C. Uli lagi selama 10 - 15 minit sampai tepung menjadi halus dan tak melekat. Perap selama 30 minit lagi.
3) Ambil sedikit doh dan bulat2 kan hingga habis. Saya timbang dalam 30 - 33g untuk setiap biji.
4) Leperkan doh dan masukkan inti lalu tutup semula dan alas dengan kertas atau cawan 'cupcakes'.
5) Biarkan selama lebih kurang 10 - 15 minit sebelum dikukus.
6) Kukus selama 10 minit. Boleh dimakan terus atau bila sejuk masukkan ke dalam bekas plastik yang sesuai untuk sejukbeku.






October 17, 2014

Tempahan - Chewy Gooey Brownies & Kek Rainbow

Salam Jumaat ya akhi ya ukhti ya asdiqa'. Ada ke akhi baca blog ahkak?

Kadang2 akak ni rindu zaman belajar bahasa Arab di TV dengan anak. Yelah, dah hari2 buka mata sampai ke waktu tidur, channel Baraem tu je yg kami mengadap. Baraem tu macam Disney Jr la.. Rancangan katun kanak2 pre-school versi arabiah.

Sekarang ni akak sebenarnya tengah tunggu lampu hijau menyala kat belah customer. Sorang customer ni order kek dan minta deliver ke tunang dia yg bekerja dekat daerah akak ni. Akak dah cuba hubungi, tapi tak berangkat call dan tak berjawab text message akak ni. Harap2 tak jadi macam hari tu, sampai ke malam baru tuan punya kek datang ambil. Bila bertemu situasi macam ni, akak doa je.. Amanah orang nak minta hantar pada tarikh dan masa yg tertentu, tapi kita cuma mampu merancang saja. Pergerakan akak ni pun agak terbatas, bukan senang2 nak keluar. Anak syurga akak tu ada mood dia untuk dibawa ke sana sini. Buat nya dia tak mau, memangla haru. Nak ditinggal, takde jiran tetangga.. Apa2 jadi, mak yang tak tertelan ayaq liuq nanti..


Brownies ordered by Aina, seorang guru yg sebenarnya pandai juga kerja bakor membakor ni... Akak selalu je intai2 apa yg dia projekkan kat dapur dia.. hehe!
TQVM Aina!





Surprised rainbow cake untuk tunang di Jitra dari tunangnya di Sarawak.. Baru sat akak bercakap dengan En Tunang ni yang nampaknya dah jadi separuh surprise je.. Apa nak buat, nak hidup senang sikit hihihi.. Berdasarkan pengalaman kelmarin, memang tak boleh cakap berkias2 atau sembunyi2 dengan orang lelaki ni.. silap2 tak dilayan kita yg tak dikenali.. Jadi lebih baik cakap terang "akak nak mai hantar KEK... ada orang kirim.."  Lalalaa...
TQVM Mira Elyana!


Alhamdulillah... nak beradu la pulak..

*****************

Nak tambah la pulak.. tadi memang tak sempat beradu lepas solat Zohor. Tetiba empunya kek hantar text minta hantarkan kek. Asalnya dia nak ambil sendiri sebab akak assumed susah la kot nak keluar dr kawasan bila dah time kerja. Doa express, terus keluar.

Ni hati tengah tak meriah.. Mujur perut rasa meriah kekenyangan sebab lepas hantar kek tadi, kelaparan yg tersangat. Maklum dah pukul 3 lebih. Tapi nak kena dulukan anak yang dapat sogokan pizza domino tadi. Kalau tak disogok, mau dia keluar? Habis juga dia 1 personal pan tu. Kucing pun duk mengiau je tadi kat dapur. Padahal mak tiri dia ni dah bagi makan sepinggan pun.. memang nak kena marah la.. Orang lapar memang mudah melenting!  Dapat mak makan nasi sepinggan, Alhamdulillah... Yang buat sendu di hati bila tengok kain baju sebakul tinggi yang basah balik tadi. Masa keluar sepatutnya dah kering, tapi sebab tergesa2 takla angkat dulu dengan harapan hujan tak turun. Rupanya hari ni hari ujian jiwa.. huhuhu! Tengah fikir nak short cut gantung terus, atau masuk mesin balik... ada jugak orang tuang segelas comforter nanti bior wangi serumah.

Lepas ni akak nak buat SOP untuk penghantaran kek surprise mode. Kena buat agreement yang surprise doesn't mean mak kena hantar sampai tempat orang tu, then baru telepon "helooooo.... akak siti ada depan ofis niiii... sila keluar ambil barangan anda".  Buatnya dia cuti ka, mesyuarat ka.. haru. Dan tak semua tempat kerja orang luar simply boleh masuk kecuali ada appointment atau staff tu kena keluar jemput kat guard house. Buatnya macam ofis CGSO tu, kena ikut laluan polis, scan bag bagai.. haru. Jadi, akak akan mention barang tu juga, cuma nama pengirim je akan diberitahu bila barang dah dapat. Timing pun sebelum pukul 6 ptg.. Kalau selepas tu penerima tak dapat dikesan, perubahan penghantaran akan dibuat ikut kesesuaian.

Eh! Panjang pula additional notes akak. Cheers,, heheh!

October 15, 2014

Chewy Brownies & Frozen Koci

Minggu nak sedapkan tekak sendiri..

Tengah2 lapang ni macam2 teringin dibuat.. Ini projek semalam. Pagi2 lepas hantar anak bujang genius ke sekolah, mak dia terus terdetik nak baking 'sesuatu'. Ingat nak buat terus, tapi rupa2nya cik abe balik nak breakfast. Jadi isteri mithali ni kenalah goreng nasi dulu. Macam tau2 je ada nasi lebih. Tapi hari2 memang kena ada nasi lebih, sebab bukan orang je nak makan, kucing2 pun nak jugak. Dr kata jangan bagi kucen makan nasi, tapi mak tengok orang lain elok je bagi kucen2 dia makan nasi. Mak follow je laa... huhu!

Lepas breakfast, baru mak selongkar gobok hijo tu. Eh cukup la suma bahan.. Makan jadilah seloyang chewy gooey brownies yang manis tu. Memang menempah kucen manis kaedahnyer.. Hehe, yg benornya kak tak berani nak menyebut itu penyakit. Na'uzubillah la kann...



Sebelah petang pulak tukar apron. Buat koci pulak.. Favourite akak koci keledek. Cuma keledek tu dah seminggu lebih kot belinya, ada yg rosak. Terpaksa lebihkan tepung pulut sebab nak buat banyak sikit.. Hahaha.. dah banyak tapi nak sikit. Mak kalau ambik PT3 ni, mampukan mengembalikan zaman kegemilangan SRP dulu ekk?


Koci ni untuk dibawa ke rumah adik ipar yg baru balik dari menunaikan haji,, landed safely, Alhamdulillah...





October 13, 2014

Semua kek ada cheese...

Ini hasil seni akak untuk semalam dan hari ni... Otak agak jammed, tak mampu nak kreatif sangat. Tapi Alhamdulillah, perjalanan tugas2 baking agak mudah dan smooth. Cuma semalam banyak sangat tugasan lain... Macam biasa, jadi sotong kurita yang banyak tangan. Baking, deko sambil buat kerja2 rumah dan benda part time lain. Kejap ketuk loyang, kejap ketuk keyboard.. pastu sidai kain yg membawa dari pagi siapnya tgh malam... huwaaaa macam ada anak 6! Macamana pun sempat masak untuk abe. Itu yang paling utama...

Customer akak yg tersenarai carta top list minta buatkan kek yg sesuai utk pesakit kencing manis. Buntu juga mulanya sebab kek akak boleh tahan la manis semuanya. Mujur dapat idea snow cheese cake yang manis sedang2. Cream cheese pun setakat manis2 manja (akak ngase laa...) campur lemak masin cheddar cheese tu. Harap2, adik iparnya boleh la makan ye..  Selain tu kawan Ain tumpang order kek rainbow.. Tima kasih Ain..


Kek pelangi kelopak bunga tak jadi... :P



Di bawah ni pulak kek pelangi tempahan Hazliza dari KL. Nak surprise kan kawannya di Jitra ni.. dan akak masih menunggu feedback kawan si empunya kek.. huhuhu! Moga2 ada sinar di hujung hari buat ku si penyimpan kek.. eheheee.

TERIMA KASIH DAUN KELADI sista2 semua... hihi!


October 9, 2014

Kari Ikan Tongkol

Dah lama kot tak tulis resipi lauk pauk.. Sebab graf kerajinan memasak lauk ni agak menurun. Kalau pun masak, menu simple saja.. cth ikan goreng + ulam dan sambal belacan. Lagi simple, mak tapau je dari kedai.. Kat Jitra ni, banyak kedai makan yang sedap2 masakannya. Setakat makan sorang dua ni, toksah susah2..

Cuma, ada ketika teringin lauk lain juga. Yang takda dijual.. Mungkin tak popular di sini.. Itu yang kena masak sendiri.

Entri akak ni cerita beberapa hari lepas. Dah lama teringin ikan tongkol masak kari. Tapi ikan tak mari-mari.. Bila pergi ke kedai runcit auntie kat luar tu, ternampak ikan ni yang sedang2 je saiznya. Terus ambik satu. Ambil juga ikan lain yang nampak lebih cantik dari yang selalu nampak kat market. Cuma nak masak tongkol ni ambil masa seminggu.. hahaha!

Akak buat kari ala pantai timur yang diletak lengkuas dan gula merah/kabung. Tak taulah rasanya sama ke, sipi-sipi ke.. sebab akak rasa macam sedap je.. hehe. Baru lepas ni akak keluarkan stok seketul yang tak habis hari tu.. panaskan dan makan dengan capati. Perghh... Alhamdulillahh rejeki! Cara2 membuat adalah main agak-agak je..



KARI IKAN TONGKOL

Bahan2:

1 ekor ikan tongkol
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 inci lengkuas - ketuk
1- 2 sudu cili kisar
1/2 sk jintan manis (kasar) - tumbuk halus
2 sudu rempah kari ikan - saya guna rempah kari giling yang dijual di pasar
1 biji tomato
Sedikit gula kabung
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugur
Santan secukupnya - agak2 tenggelam ikan
Minyak untuk menumis

Cara2:

1)  Ikan tongkol dibersihkan dan dipotong 4-5. Rebus sebentar dengan 2 keping asam gelugur hingga pucat warna. Selepas itu, ambil ikannya sahaja.
2) Kisar bahan bertanda *.
3) Tumis bahan kisar (termasuk cili), lengkuas dan tomato hingga naik bau.
4)  Masukkan pula rempah kari. Bila dah sebati dan kemerahan, masukkan jintan manis - kacau sekejap.  Saya tambah sedikit air waktu ni...
5)  Masukkan ikan, balik-balikkan sekejap kemudian masukkan santan (saya guna susu cair + sedikit air). Biarkan hingga mendidih. Tambah garam, asam keping dan sedikit gula merah (pastikan tak manis sangat..)
6)  Bila dah pekat dan pecah minyak sikit, bolehla angkat...


P/S: Kalau mengikut sunnah atau untuk lebih sihat dalam masakan, garam dimasukkan selepas api dimatikan untuk menjaga khasiatnya. Gunakan garam bukit.


October 8, 2014

Kisah Hari Raya Aidil Adha

Sebenarnya akak dah biasa beraya haji di perantauan. Terutama sejak berumahtangga dan ada anak. Selalunya raya kat jalan.. Seingat akak, raya haji yg betul2 sambut di kampung adalah sekali. Itu pun akak dengan Fawwaz yg masa tu baru berumur setahun lebih, dua2 kena chicken pox.. Masa tu kami tinggal di Singapore dan tengah balik cuti.

Tahun lepas, pertama kali menetap di Kedah, en abe pulak dapat panggilan haji. Maka, akak dan Fawwaz berlepas balik kampung masa orang tengah solat raya. Indahnya beraya di kampung sendiri sebab ada lagi mak dan orang2 terdekat yang dikasihi.

Tahun ni akak beraya dalam sikit kekalutan. Tenaga hilang sebab berbaking yg sebiji dua tu.. Tapi sebenarnya bukan tu je kerja orang perempuan ni. A to Z kena buat. Kalau boleh tengok, bersimpang siur otak ni bergerak. Kejap pukul telur, sat bakar kek, pastu cuci macam2 dalam sink.. sat nak menyapu rumah.. sidai kain, pastu anak 'hungry' nak makan, nak ke toilet (belum pandai berdikari).. urus makan minum suami... ayam pulak mari, nak kena basuh.. Oh no! ada benda jatuh bertabur atas lantai lak...hah! macam2 dalam satu masa kan.. Orang perempuan je faham.. hihi! Yang penting, ikhlaskan semua... Jangan duk stress.. Tapi sebenornya akak stress jugak.. kadang sampai lupa senyum. Habis camna nak jadi peladang jaya ni.. eh! peladang kaa...?

Alhamdulillah... hari itu sudah berlalu. Kekalutan tu dah tak timbul. Sikit kalut masa depa duk serang ramai2 masa cheq tengah deko kek hitam putih. Bukan tak ready atau tak tau... tapi mind set yg tgh mamai tu duk pikiaq 5-6 orang ja nak mai. Sekali... nahhhh! Hahaha... Tapi makcik sangat gumbira dengan kedatangan mereka ni sebenarnya. Tak susah pun nak layan.. Depa senang ja, layan diri kat rumah makcik. Kira hilang lesap le kek sebiji tanpa sempat snap gambaq... hahaha! Hangpa memang sempoi... Macam tu lain kali makcik senang nak urus.. Jangan serik nak mai nah.. Tapi makcik mmg tau, angpa memang suka kat umah makcik kennn...  Mana buleh tak singgah.. hihi!

Nasi impit kuah lodeh ni je yang sempat posing depan kamera.. Sempat juga buat rendang ayam dan serunding ayam. Takde daging sebab malas nak buat. Ketupat pulut pun dah tayang sebelum ni. Untuk pertama kali Fawwaz makan banyak. Dia kata sedappp bila makan nasi impit dengan rendang ayam. Habis satu stick tu.. Nasi impit tu akak buat sendiri, bukan beli punya.. Jadi, lembut je kejadiannya. Masuk raya kedua, kiterang dah tak lalu nak makan ni. Maka, kenalah keluar cari pizza ye...




Pose sebelum balik..






October 6, 2014

Kek & Tart Hari Raya

Raya Korban tahun ni akak tak balik kampung.. Jadi, kali ni tak boleh mengelat dari memeriahkan dapur yang comel tu. Memeriahkan dan menyepahkan serta menyerabutkan... huhu. Alhamdulillah atas rezekiNya.

Regular customer akak Shakila dan adiknya, Ain dari Bukit Kayu Hitam order 3 biji kek. Tambah satu lagi yg Ain dah promo kat kawan dia.. Kemudian kakak sepupu pun nak blueberry cheese tart. Semua nak sebelum raya.. Memang kira pulun abis tenaga ni nak menyiapkan semua tu. Setakat buat kek je tak mengapa.. Yang lebih2 ialah cuci mencuci bekas2 dan peralatan dan urusan rumahtangga yg lebih wajib didulukan. Dahla nak raya kan.. Masa ni la yang pentingnya hadir seorang pembantu..

Alhamdulillah.. hari ni selesai delivered semua. Untuk hari ni, tempahan dari Izah, yang tinggal setaman ni juga. Maka, akan nak berehatlah barang seminggu atau lebih... muahaha. Nak buat kerja ketuk keyboard barang seketika..

Shakila punya - Opera Cake

Ain punya - Kek Rainbow dan Pandan Layer. Alhamdulillah... Ain bagi feedback, semua sedap!  :)

Sarah (kawan Ain) punya - Opera Cake

Kak Ros punya - blueberry & strawberry cheese tarts

Izah punya - Russian Black & White dan chocolate cheese tarts.  Kek yang ni paling mencabar dalam batch ni.. dari kek sampai ke mendekonya. Sampai akak rasa tak nak dah ambil tempahan kek RBW lagi..


TQVM my dear customers.. Sekarang ni.. akak tengah supper dengan blueberry cheese tart tu sebelum masuk tidur... Hehehe,, byk syiok ooo....


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...