July 4, 2014

Nasi Kerabu Akak Siti

Setakat ni masih belum pernah jejak ke bazar Ramadan mahupun gerai2 tepi jalan untuk beli juadah puasa. Paling malas pun akak buat bila abe takde, ialah menggoreng nasi untuk berbuka dan sahur dengan roti. Sememangnya bila takde gang makan, kita pun boleh jaga badan. Baru makan kuih seketul, dah boleh kenyang semalam.. ;)


Semalam, untuk naikkan selera, akak buat nasi kerabu yang simple saja. Pun sama macam lepat kelmarin, upacara tahunan kiranya.. Biasanya akak beli je, tak penat.. Tapi bila buat sendiri tu, nikmatnye.. walau banyak benda takda. Aksesori utama nasi kerabu kegemaran akak terlupa nak diadakan, iaitu keropok ikan. Budu? Meme kak tak make budu.. hehehe.

Memang best!! Sampai sahur pun makan nasi kerabu.. healthy dan abe saya sangat suka esp ulam tu. Hari ni dia order ulam tu semula.. Sene hidup ambe.


 
NASI KERABU SIMPLE

Bahan2:

Nasi dimasak biasa (saya letak sebatang serai)

KERISIK KELAPA

3 ekor ikan kembung 
1/2 biji kelapa parut (50 sen)
1/4 labu bawang holland (boleh tukar bawang kecil atau besar)
1 batang serai 
Garam dan gula

Cara2:
Bakar ikan dan ambil isinya
Kelapa disangan atau goreng tanpa minyak sehingga keperangan dan tumbuk sedikit biar halus (jgn sampai jadi kerisik)
Tumbuk bawang dan serai sehingga halus.
Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas dan gaul sebati.

SAMBAL LADA

3 batang cili (saya campur merah dan hijau)
5 batang cili padi
Sedikit belacan bakar
1 sudu besar cuka
Sedikit garam dan gula

Cara2:
Tumbuk semua bahan hingga halus dan tuangkan cuka. Gaul sebati.

IKAN KEMBUNG GORENG TEPUNG
(tiada dlm gambar sebab lupa, sebab x glamer :P)

Ikan kembung - saya lumur dengan garam dan serbuk kunyit mcm biasa
Tepung beras
Air sejuk dari peti ais
Serbuk perasa
Sedikit garam

Cara2:
Bancuh tepung beras dengan bahan2 lain. Bila minyak dah panas, celupkan ikan dan goreng..

ULAM-ULAMAN

Kobis, tauge, kacang panjang dan daun kesom - semua diracik halus.


p/s: selain ulam2, hari ni abe order keli bakar dgn sambal belacan ja... orait boss! Nak fikir dessert apa pulak... inti karipap ada, kulit popia ada, durian ada, hmmmm....


No comments: