July 18, 2014

Bangkit Cheese

Memandangkan biskut ni saya suka, dan untuk rujukan masa akan datang, maka malam ni akak nak tepek resipi Bangkit Cheese kat sini.  Kalau search kat google, memang merata resipinya... sama je. Tak pasti sumber utamanya.. Dan akak merujuk pada sumber yang akak tak ingat namanya sebab screen shot sudah potong header dan footer blog tu.. Nanti senang2, akak search dan letak link di sini.


Jom tengok resipinya..

KUIH BANGKIT CHEESE

Bahan2:

250g mentega
180 g gula aising
2 biji kuning telur
250 g tepung ubi - sangan dalam 10 minit atau hingga jadi ringan
225 g tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
70 g keju cheddar - parut halus
Sedikit parutan keju - untuk hiasan (opt)
Kuning telur - untuk hiasan (opt)

Cara2:

Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
Masukkan telur dan pukul sebati.
Masukkan bahan2 kering, pukul perlahan hingga bercampur. Kemudian uli sekejap dengan tangan hingga halus sebelum dicetak dan bakar.
Untuk hiasan, sapu dengan kuning telur yang telah dikocak dan tabur sedikit parutan keju.
Bakar dengan suhu 160C selama 15-17 minit.  Saya guna mode kipas, jadi terus je masuk ke dalam oven dan setkan suhu serta masa tanpa perlu panaskan terlebih dahulu.


No comments: