October 26, 2013

Rendang Ayam Fawwaz


Pasal apa akak bagi nama Fawwaz kat hujung tu? Alaa... kalau orang sezaman akak adalah kot yang pernah baca komik "Kurma Daging Anita"... Kalau tak tau tu, takpelah.. hehehe! Disebabkan masa akak masak rendang ni, Fawwaz asyik menjenguk je dan tak sabar-sabar nak makan, maka akak bagi sikit kredit kat dia. Kata anak syurga akak tu, mmmmm.... yummy.. delicious!

Malas nak cerita banyak2, sebab ada kerja menunggu.. mehla terus akak tulis resipi. Tapi macam biasa, resipi anggaran je.. Semuanya terpulang kepada citarasa dan airtangan masing2.


RENDANG AYAM

Bahan2:

3/4 ekor ayam (sebab ni je yang tinggal kat freezer :))
2 labu bawang besar
1/2 labu bawang putih
3-4 biji bawang kecil
3 sudu makan cili giling - terpulang nak pedas mana
1 inci halia
1 1/2 ini lengkuas
2 batang serai - titik/ketuk
2 sudu serbuk kari ikan
1 keping asam gelugur
1 senduk gula pasir}
Sedikit gula merah/melaka
3 sk garam } ikut citarasa
Kerisik
1/2 kotak santan saiz kecil
Air secukupnya
Minyak
Daun limau purut

Cara2:

1) Goreng ayam sebentar sehingga sedikit kekuningan (suku masak je)
2) Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia dan lengkuas.
3) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar di atas beserta cili giling dan serai yang dititik sehingga pecah minyak atau separa garing. Tambahkan rempah kari dan kacau sekejap.
4) Masukkan ayam dan gaul rata, diikuti santan dan air sama paras dengan ayam. Biarkan sekejap hingga mendidih.
5) Masukkan kerisik, garam, gula, asam keping dan daun limau. Gaul rata dan masak sehingga kuah pekat. Seimbangkan rasa garam, gula dan asam.

*****

Sekian... Kalau nak nampak kelainan pada resipi, adalah pada rempah kari tu. Ini resipi ikut apa yang makcik akak buat. Dia pulak ikut seorang makcik pakar rendang di kampung kami...

Alhamdulillah, Fawwaz yang sebelum ni sangat picky, amat menyukai rendang ni. Bertambah-tambah nasinya. Selain rendang, Fawwaz sangat suka dengan dendeng daging yang akak buat sebelum ni. Kesemua lauk pauk kegemaran Fawwaz ni sudah mak perosokkan ke dalam chest freezer ajaib mak. Rendang tu kurang pedas sebab dibuat khas untuk Fawwaz... Semuanya demi Fawwaz buah hati pengarang jantung intan berlian umi... hihihi lebeh pulak!!


No comments: