Pages

September 29, 2013

Kek Pelangi di Kala Hujan..

Hari ni bumi Jitra hujan hampir disepanjang hari.. Walau ada henti-hentinya dan adakala matahari macam nak muncul, menjelang petang hujan agak panjang. Membuat Fawwaz anak bujang akak kebosanan sebab TV tak boleh pasang. Biasalah Astro tu... hujan lama sikit, terus 'services currently not available'. Nak pergi main kat rumah baru pun tak boleh. Terperuklah dia kat dalam rumah.. Terpaksa mak biarkan dia mengadap game dari petang sampai malam sebab mak sibuk siapkan kek.

Inilah hasil seni tangan akak dimalam yang sejuk ni. Mendeko di bawah kesamaran lampu ala2 chandelier tapi cuma 2 mentol yang hidup. Hat lain dah meletup! Bukan terbakar lagi.. huhu...! Tahankan aje sebab bukan akak pemilik itu lampu... :P


Sebenarnya ini idea spontan selepas selesai je melepa cream. Bila tengok kat bekas, cream tu dah nak habis dan malas nak memutar lagi. Rupa-rupanya ada yang suka dengan idea ni... kikiki! Tau jelah, walau dah setahun agak aktif membuat kek, skill akak masih letak kat laut. Peluang belajar pulak belum ada.. Takpelah, bior simpan dulu ye... :D

Tuan punya kek ialah Datin Dyuhiza atau nama manjanya Dyu. Kawan sekolah akak yang sekarang duduk di Kelantan. La ni dia kursus di IAB Jitra. Kursus cikgu berpangkat kaedahnya.. Jadi ambil kesempatan mengorder kek... TQVM in advance Dyu!!! Esok baru nak hantar... :))


September 27, 2013

RV Jiran Ku.. dan kroniknya aku


Red Velvet hari ini yang tolong order ialah Kak Ros, kakak sepupu akak yang sama-sama duk Jitra ni. Katanya, kawan tu duduk setaman dan sama nama jalan (tapi lain lorong) dengan akak... Dan akak yang agak ignorance semenjak dua menjak ni, baru tadi perasan (masa nak hantar kek) yang jalan dimaksudkan Kak Ros tu adalah jalan didepan rumah ni haa... Nampak pun nama jalan tu dari tingkap bilik akak ni. Adusss... teruk betul tahap ambil tahu akak ni. Kenapa entah jadi macam ni. Nak kena jumpa pakar la kot... pakar jiwa ke pakar gembira.. ehehhh nama pakar baru.

Dalam hujan, dan bercakap2, tak sempat nak bertanyakan namanya. Dah on the way ke kedai baru ingat, napelah tak tanya nama. Udahlah kami ni duk sepelaung je.. Selang beberapa rumah. Ohhh.. apa sudah jadi?? Nak kena buat azam baru nih...

 


September 25, 2013

Japanese Cheesecake

Seperti yang diangan-angankan, akhirnya terbuat juga kek keju Jepun selembut kapas nih! Sambil buat entri ni, akak dah makan dengan penuh keindahan sepotong kek dari lebihan adunan yang masak dulu. Panas2 dari oven. Sambil tunggu kek yang sebenar tengah dalam proses masak di dalam oven. Adalah lagi 15 minit kot..

Hari ni akak rajin nak re-post entry ni dengan gambar-gambar terbaru dan bahan2 dengan jenama yang akak guna harini. Lagi pun akak dah kurang ada resipi baru memandangankan akak semakin tak rajin mencuba. Selera pun tak berapa nak ada. Kalau setakat selera makan nasi panas dan lembik dengan ikan goreng, takkan nak tepek sini kennn... :P

Meh ulang tayang resipi deh...!

 Maafkanlah ye akan pemandangan yg tak berapa mulus.. 
tepi kek kerepot sesangat sebab alas paper tu akak tak kemaskan pun
sebelum masukkan adunan... bukan pasal kek mengecut.
Tapi bila sejuk, tetap akan mengecut sedikit..

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE

Bahan2:

Bahan A
250 g cream cheese - guna Tatura
50 g mentega - guna Bakel's
100 ml susu segar - guna Magnolia full cream
6 butir kuning telur (saya guna gred A)
1 sudu besar jus lemon - guna lime juice premium yang dalam botol
1/2 sudu kecil garam
60 g tepung kek/superfine
20 g tepung jagung

Bahan B
6 butir putih telur (gred A)
3/4 sudu kecil jus lemon - guna lime juice
140 g gula kaster

Cara2:

1)  Adunan A - Satukan cream cheese, mentega dan susu segar dalam bekas dan cairkan dengan teknik 'double boiler'.  Proses ni mudah jika guna bekas stainless steel.  Setelah cair kesemuanya, sejukkan.  Kacau gunakan hand whisk jika adunan berbiji-biji supaya jadi halus dan sebati.
[Nota: Bila dah selesai buat step 1 ni, terus lompat ke step 3. Dah siap meringue, baru proceed step 2]


2)  Masukkan kuning telur dalam adunan cream cheese dan kacau guna hand whisk hingga sebati.  Selepas tu masukkan pula jus lemon, diikuti campuran tepung dan garam sedikit demi sedikit.  Kacau hingga halus dan sebati.


3)  Adunan bahan B - dalam bekas lain yang kering (saya gunakan bekas s/steel), pukul putih telur dan jus lemon sehingga berbuih (foamy).  Tuang gula sedikit demi sedikit gula sambil memutar dan bila habis maksimumkan speed hingga menghasilkan tanduk (soft peak).  Maknanya bila bekas diterbalikkan, adunan telur itu tidak jatuh.


4)  Ambil 1/3 adunan B, masukkan ke adunan A dan kacau dengan hand whisk hingga sebati.

5)  Masukkan pula keseluruhan adunan tersebut (step 4) ke dalam adunan B dan adun hingga sebati menggunakan senduk atau spatula.  Sedia untuk dibakar.

6)  Sebelum membakar - panaskan oven dgn suhu 160C.  Lenser dasar dan tepi loyang berukuran/diameter 8 inci (saya guna yg bulat) dengan mentega.  Alaskan dengan baking paper di dasar dan tepi loyang.  Sediakan juga loyang lain yang lebih besar dan isi dengan air panas mendidih.

7)  Masukkan adunan ke dalam loyang.  Alas keliling loyang (luar) dengan aluminium foil.  Masukkan loyang tersebut ke dalam loyang/bekas yang berisi air panas dan masuk ke dalam oven. Untuk loyang 8 inci, berat adunan yang sesuai ialah 650g. Akan ada lebihan adunan dan boleh tuang ke bekas lain yang lebih kecil.


8)  Bakar selama 50 minit (jika permukaan telah jadi warna coklat, boleh test samada kek dah masak tau belum).  Jika belum masak, tambahkan masa dan tutup permukaan dengan aluminiu foil secara 'loose'.

Ku sumbat2 semua loyang dalam oven.. :P

Ni versi extra, dlm bekas kecik tanpa steam bath.. Sedap je kalau dah masuk mulut hihi..

Kalau dapat macam yang ni, memang senyum sehari akak... lately skill ke laut sket huhu!


September 22, 2013

Kek Rainbow, DC dan Pasar Malam

Cousin akak order kek rainbow dan durian crepe. Tapi, agak merata akak cari durian dari petang Khamis (Kepala Batas - Jitra) hingga ke petang Sabtu di pasar malam, tak dapat durian. Memang bukan musim kan.. Tak macam hari tu. Lagi satu, benda kalau kita cari last2 minute, memang selalu buat hal..huhu! Jadi, tak dapatlah buatkan DC tu hari ni...

Malam ni lalu pasar malam Jitra, jumpa pulak.. Terus minta hubby turun belikan. Akak lak tunggu dalam kereta sebab takde parking. Lepas tu, akak buat aksi stunt kat pasar malam tu. Sebab akak bawa kereta meredah masuk ke pasar walau tak yakin boleh lalu ke tidak. Sebabnya akak silap adjust timing, bila nampak abe dah bawak durian tu akak jalan ke depan. Rupanya dia singgah stall buah lain pulak. Ada pulak sebuah lagi kereta kat belakang duk follow. Orang kat situ dah toleh-toleh kat akak. Nampak sangat kami dua kereta ni tak pernah ke pasar malam tu. Nasib baik abe perasan dan selamatkan keadaan... kikiki!

Inilah kek rainbow versi span yang akak dah pass kat Kak Ros. Dia siap2 minta belah dua, sebab setengah lagi nak bagi adiknya.
 


Esok nak buat Japanese cheesecake pulak! Khas buat rumah sendiri... :)


September 19, 2013

RV n Strawberry

Hasil seni seorang baker suam-suam kuku pada hari ini... hahaha!!

Asalnya macam taknak buat sebab last minit order.. Tapi time management agak baik menyebabkan akak mampu menghantar mengikut permintaan asal customer iaitu petang ni. Ikut persetujuan bersama, nak hantar esok pagi.. Akak kalau notis kurang 2-3 hari, memang akan beri banyak alasan. Tu sebab tak jadi jutawan.. hikhikhik!!

 

Apa-apapun, terima kasih Azmira sebab order dari kejauhan utk surprise tunang tersayang di Kedah ni. Masa kawan2 tunang tu ambik, dah siap khabar kat akak, depa nak makan sikit ja.. selebihnya nak tepek kat muka birthday boy! Huhuhuu... sayangnye kek. Akak buat penuh kasih sayang tau!!


September 15, 2013

Steamed Red Velvet

Akak sebenarnya dah agak jemu dengan RV.. Tapi bila dah bermula dengan hat yang steamed ni, rasa tak jadi nak jemu.. hehehh~

Yang ni akak bawa ke rumah kakak ipar semalam... Sambil buat testing berat paling sesuai untuk setiap cup kecil ni.. Kalau untuk yg berpenutup macam topi angkasawan ni, sedang elok kalau beratnya (sebelum kukus) dalam 40-45g. Kalau yang selalu orang buat isi tapai pulut tu, cukup sekadar 30g sebab kek ni akan naik tinggi. Sama macam kalau jenis bakar guna cup 2.5 oz tu. Berat afdal nya ialah 30g..




September 14, 2013

Mee Bandung Muar

Alhamdulillah... Dapat juga makan mee bandung yg diidam. Walau tak setara dengan yang dulu selalu saya makan di JM Beriani, atau food court Tesco Puchong dan Carrefour Subang Jaya. Itupun zaman dulu2 sebelum ada Fawwaz. Tak tau ada lagi ke tidak hat yg kat food court tu. Tapi kat JM Beriani, confirm ada lagi... Rindunya daku akan Kuala Lumpur. Tiba-tiba la kan... :P

Semalam petang, lepas hantar cousin beli tiket bas, singgah kejap kat JM Frozen. Asalnya nak beli benda lain. Tapi ternampak paket kuah segera mee rebus jawa dan mee bandung Muar. Akhirnya pilih le mee bandung. Rasa dulu.. Sepeket RM6.

Inilah rupa dan hasilnya... Boleh laa... buat ubat rindu  :))


Nak kena double sukatan baru dapat yg pekat macam gambar atas. Second time buat betul2 ikut sukatan jadi cair dan kurang rasa... :)


September 7, 2013

Red Velvet Cuppies & Kukus

Hasil tangan minggu lepas.. Yang order duk di Ipoh. Hantarnya ke Kodiang.. Alhamdulillah... akak pun tak berapa nak kisah hantar menghantar ni kalau keadaan mengizinkan. Sambil2 update kat kepala ni kawasan2 di negeri Kedah terutama yang berdekatan. Tapi kalau ikutkan, sebenarnya ada juga kadar tempahan minimum untuk penghantaran jauh yang melebihi 10km ni.. :)  Cuma kadang2 akak guna timbangrasa.

Setakat ni akak dah lepas sikit kawasan Alor Star, walau tak ingat habis. Lepas tu Kodiang & Changlun. Tapi bolehlah.. tak perlu dah bawa pemandu pelancong hehehh!


 

Sambil siapkan hat tempahan, akak kukus sikit lebihan adunan. Dah lama nak buat, tapi tak jugak buat dan akhirnya terbuat. Hehe.... berapa banyak buat daa. 


Ikut pendapat akak, RV versi kukus ni lebih sedap, lembut dan moist! Menggunakan resipi yang sama.. Akak masukkan dalam bekas plastik yang kecik tu dengan berat yang sama. Cumanya, yang dikukus kadar kenaikannya agak kurang berbanding yang dibakar. Bila dah sejuk, terus letak cream cheese dan makan. Walla....!!!! Speechless gitu :D



September 2, 2013

APA...???

Apa? RON95 naik 20 sen? Aduss... memang beratlah. Naik terus banyak tu.. Meraung satu Malaysia malam ni.. Baru kejap ni abe balik dari balik dari surau dan kedai menggunakan keta akak.. Katanya nak isikan minyak kat kereta tu, tapi stesen minyak semua penuh.. tak jadi. APA? Makin kuranglah minyak kat kereta tu... spontan akak jawab. Terus timbul perasaan kedekut! Hahaha....

Terpaksa pasrah dalam paksa keadaan macam ni. Nak lari mana hanya pasal minyak? Negara atas, bawah, kiri kanan pun lagi mahal minyak depa.. Nak murah macam Bahrain dulu, air depa pulak mahal dari minyak.. Ni Amerika nak serang Syria, ada harapan minyak naik lagi sedunia.. Redha. Harap2 semakin terbuka luas lah ye pintu rezeki kita agar tidak terasa akan sebarang kenaikan yang bakal berlaku selepas ini. Barang, servis, dll pasti ada yang tunggu masa nak naikkan. Kena kerja kuat nehh!!!

Takpelah.. nak pujuk diri, meh tengok kek akak hujung minggu semalam yg tak seberapa ni. Walau penat memandu beratus kilometer dari Jitra ke Ampang, sempat jugak siapkan deko 2 biji kek. Satu RV, satu lagi rainbow. Satu untuk saja2 bagi rasa di majlis perkahwinan sepupu (bukan untuk dibelah depan meja makan) pada 31 Ogos, dan satu lagi untuk belated birthday anak buah. Dapat tidur tak sampai 4 jam, petang Sabtu tu patah balik ke Jitra dengan Fawwaz dalam hujan lebat hampir di sepanjang highway. Bajet memang tak larat nak teruskan perjalanan, maka akak singgah bermalam di Ipoh. Itupun sesat barat juga tak jumpa jalan ke hotel sebab dah gelap. Pakai GPS pun tak guna sebab tuan punya memang kuat melawan kikiki.. Mujur juga jumpa Balai Polis untuk bertanya. Alhamdulillah... selamat hingga la ni  :))

Kadang-kadang akak ni kena beraksi brutal dalam menempuh kehidupan harian. Walau macam tak mampu, kena berani menghadapi segala macam kemungkinan. Hidup tak sentiasa indah.. itulah kaedah nak pujuk diri. Walaupun kadang tu tak puas hati, akak tak pandai nak mengeluh panjang. Ia umpama angin lalu je. Itu pasal akak sedikit rimas kalau tengok orang berkeluh kesah ni. Bukan tak simpati, tapi sebenarnya semua orang ada kisah tersendiri. Nak kongsi atau tidak je.. Ingat labu, kita jangan tunjuk lemah...!!! (ingatan utk diri sendiri).

*********
RV dengan idea sumbangan sepupu (Yun) yang menjadi peneman projek malam tu..

Masa deko kek ni, empunya kek duk legar2 je menengok makyang dia buat kerja.. Teringin tapi simpan dalam hati hehe.. Makyang dan mummy dia nak bagi surprise.. Mummynya pun boleh buat tapi tak larat pembawakan budak dalam perut :D
Sebab ngantuk sangat, tulis pun dah tak betul. Happy belated je.. 
 

Wedding my cousin.. Kapt Aufa & Kapt Dr Syakirah. 
Semoga bahagia membawa ke syurga.. Amin.


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...