May 27, 2013

Bestnya Balik Kampung...

Sejak CNY haritu, baru ni akak balik kampung semula di Sabak Bernam. Jauh juga kalau perjalanan dari Jitra tu.. Dalam 389 km melalui Changkat Jering, Trong, Beruas.. masuk felcra Gegelung Pepuyu, Titi Gantung, Air Tawar, Sitiawan, teruuusss... ke Sabak Bernam. Hehehe... macam nak muntah jugalah bila drive sorang2 ni. 6 jam perjalanan campur berhenti sekejap2 di 3 stesen Petronas dan kedai.

Bila nampak signboard "Nasi Ambeng" je, maka hati semakin berbunga2. Tandanya dah sampai ke bumi Selangor. Menu idaman pertama yang akak makan ialah Lontong restoran Mat Sabu (bukan mat sabu PAS tu... hehe) yang terletak di Sg Besar. Memang sedap ikut tekak akaklah.. Dan rupa paras kuah lontong tu pun takde persamaan dengan tempat2 lain. Dia letak kentang dan kacang sayur (orang Jawa panggil Loto) sebagai bahan tambahan.

Pagi ni pulak dah masuk hari ke-4 di kampung. Makcik minta tolong buatkan kek untuk karnival masjid. Nak buat persembahan mewakili surau kariah kami.. Sebab diminta yang bajet, maka akak guna tepung readymade kek span untuk buat 2 kek berperisa oren dan strawberry. Lepas tu akak lapiskan kedua2 kek tu dan deko dengan buttercream. Janji siap. Tapi sebab serba kekurangan, idokle tahap rasa yang tip top... kekeke. Maklumlah, nak cover2 apa yang patut, jauh benor kedai bakeri dari kampung ni. Dalam 1/2 jam perjalanan atau lebih.. Pedalaman sungguh kampungku yang indah dan permai, daun sawit melambai ni.. Tapi sebab lokasinya di Selangor, maka kedalamannya tidak terasa... hehehhh!!

Hasil pagi ni... kek span lapis stoberi & oren.. Tak tau apa rupanya bila di potong..


4 comments:

murni said...

salam kak..klu nak oder kek opera minggu ni bleh ke?teringin nk rasa..

Cik Siti Abu Sujak said...

Salam Murni...
Tinggal di mana? Kalau area Jitra, minggu ni akak masih di kampung - Selangor.. tak dapat le buat

murni said...

actly sy duduk kat area ampang,selangor..td x view blog akk btul2..x pasan plak location kat jitra..x pe la..xde rezki kot nak try kek opera akk..

Cik Siti Abu Sujak said...

OK... :)