March 22, 2013

Pulut Kuning & Kari Telur


Cita-cita asal nak buat pulut kuning ni masa anniversary + harijadi yg lepas ni. Nak buat pulut kuning & rendang ayam. Tapi tak kesampaian... Nak baking kek chocolate indulgence pun tak jadi.. Jadual masa en abe ada di rumah, amatlah penuh kurasakan. Jadi, tahun ni, takde kek, takde apa2.. Sebenarnya, hampir setiap tahun pun macam tu jugak..hehehhh! Mana pernah nak belah2 kek bagai... Nak celebrate sama pun hampir tak pernah. Janji ada hadiah. Dan akak je selalu ngelat nak bagi dia hadiah.. Bukan apa, akak selalu kecik ati sebab dia macam tak kenan je dgn citarasa akak.. Maklum, era kelahiran tak sama.. ;)

Berbalik kepada kisah pulut kuning... Akak padankan ia dengan kari telur. Ini favourite family akak kat kampung.. Selain pulut dengan sambal, yg selalu dapat undian tinggi ialah makan dengan kari telur. Memang dari akak kecik2 dulu, inilah antara gaya kami makan pulut. Kadang2 juga makan dengan kelapa lemak masin.. nom nom nom!!

Sajalah, nak memeriahkan blog akak... kongsi resipi pulut kuning yg tak seberapa ni. Sebenarnya tak abis makan pun yg kat pinggan tu. Amat mengenyangkan hingga ke tengahari. Dan akak terpaksa bergerak banyak sepagian supaya tak rasa bersalah makan banyak.. :D


PULUT KUNING

Bahan2:
1 cawan pulut
1 sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugur - saya tak letak pun
1 cawan santan dicampur dengan sedikit garam

Cara2:
Rendam pulut yang telah dicuci dengan serbuk kunyit selama 1 jam. Setelah itu, buang airnya dan bilas sekali untuk menghilangkan serbuk2 kunyit yg tertinggal.
Masukkan beras ke dalam bekas untuk dikukus. Saya guna bekas plastik khas untuk kukusan.
Panaskan kukusan terlebih dahulu dan kukus pulut setengah masak (lebih kurang 10-15 minit).
Keluarkan bekas pulut dan tuang santan separas dengan pulut. Gaul sikit supaya rata.
Masukkan semula pulut ke dalam kukusan dan kukus selama 15 minit lagi atau hingga masak elok.


KARI TELUR

3 biji telur - atau ikut banyak mana nak guna
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawan putih  - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1/2 inci lengkuas - ketuk
1/2 sudu teh jintan manis - kisar/tumbuk
Cili kisar
Sejemput bilis
Rempah kari
Santan
1 keping asam gelugur
Garam
Gula merah - sedikit je

Cara2:
Rebus telur hingga masak. Kupas kulitnya dan goreng hingga kekuningan
Tumis bahan tumbuk iaitu bawang merah, bawang putih, halia dan cili kisar hingga wangi. Masukkan juga lengkuas dan ikan bilis.
Masukkan rempah kari dan jintan manis. Tuang sedikit air.
Masukkan telur, santan, asam gelugur, gula merah dan garam.


No comments: