February 16, 2013

Resipi Kek Coklat Kukus

Malam tadi cuba nak cari semula link kek coklat kukus Khalijah yg moist lagi sedap tu.. Bertambah sedap bila dah sehari berkurung dalam peti sejuk. Tapi dah scroll panjang2 di Buku Resipi tu, tak jumpa pulak. Mata dah kelat semacam... Jadi kalau nak mencari kepastian, kenalah cari sendiri di fb page Buku Resipi tu ye.. Tapi dalam tu dia letak atas karamel.


KEK COKLAT KUKUS

Bahan2:

Bhn A
1 cawan koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat (saya guna creamer manis je)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula

Bhn B - ayak bersama
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bhn C
3 biji telur - blend guna blender

Cara2:

1) Campurkan kesemua bahan A dalam periuk. Panaskan sebentar atas api dan kacau hingga sebati
2) Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Gaul sebati (saya guna hand whisk je)
3) Panaskan kukusan hingga air mendidih
4) Masukkan adunan ke dalam loyang atau bekas plastik tahan panas ikut citarasa anda.
5) Kukus selama 50 minit - 1 jam (sampai cukup masak). Pastikan penutup kukusan di bungkus dengan kain supaya air tidak menitik ke atas kek.
6) Bila dah sejuk, boleh disiram coklat cair atau ganache

No comments: