December 14, 2013

Kek Cheese Meleleh

Resipi ni akak cnp dari fb page 'Buku Resepi'. Macam yang akak pernah tulis masa posting gambar percubaan pertama cheese leleh tu, inilah juga resipi yg akak guna. Tapi tak ingat dari sumber mana, sebab semuanya sama je. Origin tidak dikenalpasti... hehehe!

Sedap kek ni terutama bila diletak perisa dan cream cheese, dan dimakan sejuk... Resipi yang sama juga boleh digunakan untuk membuat SNOW CHEESE CAKE. Yang membezakan ialah kadar kecairan cream cheese tu nanti.

Tak nampak meleleh sebab sejuk lagi...

Versi snow cheese yg sejuk juga..

KEK CHEESE MELELEH @ LAVA CHEESE CAKE
Sumber : Cik Puan Ashikin & www.facebook.com/bukuresepi

BAHAN2 UNTUK KEK
**100 gram tepung hong kong (boleh guna tepung gandum)
**60 gram tepung jagung
100 gram gula halus
2 sudu makan ovelette (akak biasa letak 1 sudu besar)
4 biji telur ayam
2 biji telur kuning
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
75 gram mentega (dicairkan)
1 sudu teh esen vanilla

Cara:


Bahan yang bertanda* di ayak dulu...
Pukul semua bahan kecuali mentega sampai gebu, baru masukkan mentega cair. Sebatikan.
Boleh campurkan pewarna dan perasa yang anda inginkan.... spt strawberry, coklat, oren, pandan, dsb.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit (kalau akak siap bahagikan 2 loyang dan bakar dalam masa 20-25 minit dgn suhu 160C)

Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
Campurkan semua bahan di atas dan pukul hingga sebati
Adunan ini memang cair

Untuk hiasan:
Cheddar cheese, diparut
Parutla sebanyak mana yang suka....

Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping, saya buat sekeping jer... tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama. Lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek...


Perisa pandan pun sodap...

December 13, 2013

Tempahan Kek dan Kisah Hari Ini..

Sejak akhir2 ni, terasa kemalasan melanda untuk duduk di depan netbook comel ni. Selain menjadi port utama En Fawwaz, bakal IT expert tu... hihi! Agaknya sebab dulu mengandungkan dia akak masih kerja di Cybersecurity tu.. yg macam2 kepala IT experts ada. Akak je dulu duk kira bajet yg tak cukup2 :P

Adalah beberapa percubaan buat entri tu.. tapi tak pernah siap. Jadi duk selamanya dalam draft tu...zzzzz. Malam ni akak cuba juga mengaktifkan jari dan otak, walau dah mula rasa mengantuk. Maklum, sejak semalam akak ni on the move je. Tak dalam rumah, kat luar sanun.

Semalam siapkan tempahan kek customer dari jauh iaitu KL. Tapi kampungnya di sini. Pn Noor order kek RV dan snow cheese. Untuk makan dan hantaran pertunangan. Akak ni bila dengar perkataan hantaran risau juga. Maklum, masih tak cukup kreatif. Rasa kecik je bila tengok orang2 lain yang ramai sungguh bisnes kek. Cantik2 deko dorang. Tapi takpelah.. akak buat yg termampu namun penuh kasih sayang. Hanya untuk customer yang tak cerewet. Sebab kalau cerewet, hasilnya pun selalu tak memuaskan semua pihak. Tau tau kot2 ada link.. kekadang memang rasa susah sangat nak siapkan sebiji kek.

Kek tadi... Alhamdulillah, Pn Noor kata sedap dan cantik...

Snow Cheese Cake
Red Velvet
Kemudian neighbour order RV tanpa color lak... So, akak kena tukar namanya kepada brown velvet la kalau gitu. Selain tu nak frosting cream cheese yang tak penuh atau sikit2. Jadi akak siapkan ala2 je lah.. Sebenarnya plan nak buat 4 segi supaya boleh dipotong cantik macam kek opera. Tapi akak lupa, buat bulat juga..


Siap 3 kek tu, badan pun rasa sakit2 uratnya. Macam nilah dah jadi nenek ni... huhuhu! Tapi pagi tadi tenaga masih ada untuk tolong sikit hal ehwal rumah baru kami. Tengahari lepas layan makan insan2 balik dari solat Jumaat, terus akak merempit ke Jakel. Ambik langsir yang dah siap. Cantik jugalah.. sebab akak bukan pandai jahit sendiri. Nak pilih kain pun tak pandai. Memang fail sikit bab2 langsir dan perhiasan rumah ni. Sempat juga scan perabot kat Courts yang tak jauh dari Jakel tu. Macam suka je.. Tapi cerita kat abe, macam mendatar je response dia... kekeke.

Nantilah.. dah siap apa yang patut boleh tempel sikit gambar langsir pilihan akak tu. Tadi dah gantung hat bilik Fawwaz. Mula tu rasa tak puas hati sebab terlalu lembut warnanya sampai nampak ngantuk je bilik tu. Bila malam tengok sekali lagi, terasa cantik pulak. Sesuai untuk budak yang beremosi tak tentu ni rasanya. Cuma nanti mungkin boleh letak accessories sikit untuk ceriakan bilik purple lembut tu.

Apa2 pun, baru 3 kali masuk Jakel. Akak kagumla... Meriah orang duk tarik kain sana sini. Akak siang2 angkat tangan bila di usher oleh pekerjanya. Selain tak pandai jahit, akak juga tak pandai memilih.. dan kurang bernafsu tengok kain. Akan beli bila perlu je. Takda saja2 nak beli tanpa perancangan... La ni, apa2 pun suka beli online je. Senang nak pilih walau terhad.


December 6, 2013

Pelbagai Cream Cheese Frosting bhg 2

Ada yang bertanyakan akak macamana nak buat cream cheese yang elok dan tak mudah cair. Hari ni akak nak share sedikit sebanyak tentang proses penyediaannya dan beberapa tips mengikut pengalaman akak.

1)  Ini adalah cream cheese (ikut citarasa nak guna brand apa) dan mentega yang dicampur di dalam mangkuk. Kemudian pukul mula2 dgn speed minimum, dah bergaul baru guna speed tinggi sikit. Pukul sampai gebu dan keputihan macam gambar ni. Butter tu saya suka guna buttercup dan biarkan dulu dalam suhu bilik untuk memudahkan memukul. Cream cheese pula samada masih sejuk atau saya biarkan dalam 30-1 jam diluar, baru pukul. Sebenarnya takde undang-undang pun. Ikut mana sempat saya sebab kebiasaannya akak ni sambil buat kerja2 rumah yang lain. Banyak breaknya... :D

Cream cheese kalau nak ekonomi, akak guna brand Tartura atau Dairylands yg 2kg tu. Nak lebih mahal dan kata orang lebih sedap, guna Philadelphia. Akak rasa sedap je semua.. Akak jarang guna jenama Anchor sebab tak berapa cantik kejadiannya.. Ah Chai tokey kedai bakeri yang akak selalu pergi kat Sri Petaling dulu kata, lebih sesuai untuk buat cheese tart... (Jgn pulak org Anchor hambat akak nanti ye... huhu).


 2) Ayak gula aising. Masukkan sedikit demi sedikit dan pukul sebati. Maksudnya, masukkan dalam 1/3 dulu ke dalam cream cheese yg dah gebu tu, pukul kejap. Kemudian masukkan lagi sikit, dan pukul... sampailah habis.

3) Bila dah masukkan gula terakhir tu, baru pukul lagi dengan speed laju sikit sampai sebati semuanya. Dia akan jadi lebih likat dan creamy. Baru sapu kat kek. Jangan pukul lama2 takut jadi lembik. Kalau cuaca sejuk macam sekarang ni (musim hujan), adunan nampak lebih stabil dan mudah nak pipe bentuk guna nozzle. Mungkin sama juga dengan bilik yang berhawa dingin (dapur akak takde aircond.. hehe). Kalau lembik, boleh masuk kejap ke dalam peti sejuk tapi jangan lama sangat. Pandai-pandailah adjust masa ye.. :)


Lain-Lain Tips

Kalau nak lebih sedap lagi cream cheese ni, boleh tambahkan mascarpone (seperti gambar). Terutama dalam pembuatan tiramisu. Krim akan bertambah lemak. Cuma bila dah tambah mascarpone ni (resipi boleh google ye), krim juga mudah lembik/cair dan tak berapa tahan di dalam suhu bilik. Pastikan mascarpone yang dijamin halal... :)

Selain mascarpone, kita juga boleh tambahkan serbuk vanilla atau lime/lemon juice/paste untuk penambah perisa. Saya suka menambahkan perisa strawberry untuk cream cheese yang diwarnakan merah atau pink.

Insan Google

Buttercup yang selalu saya gunakan... Berbanding butter lain, ia tak terlalu lembik walau lama diletakkan di luar peti ais. Ia juga lebih sedap berbanding spread butter yang seangkatan (bukan pure butter). 
Ihsan Google

Kek yang disaluti cream cheese boleh bertahan di dalam suhu bilik selama 6-7 jam tanpa merosakkan rasa. Sebaiknya ia disimpan di tempat sejuk untuk mengekalkan rasa dan kualiti.

Itu je info akak mengikut pengalaman sendiri... :)

December 3, 2013

Tempahan RV & Pelangi..

Petang ni nak deliver kek serba pink ni ke Institut Aminuddin Baki (IAB)... tempahan cikgu berdedikasi Datin Dyuhiza. Moga-moga lulus dengan jayanya dalam program yang diikutinya tu... :)

Sebenarnya Dyu minta untuk hari esok (4/12), tapi akak nak balik kampung esok ni. So, percepatkanlah hari ni.. Yayy!! Balik kampung ye... Seminggu je balik nya. Tengah nak kumpul energy nak memandu sorang2 ditemani co-pilot kecik Ahmad Fawwaz. Lebih 400km dari Jitra ni ke Sabak Bernam. Kalau ke sana bolehlah 5 jam sampai. Tapi kalau balik sini, paling2 dekat 7 jam.. Mood tu kot yg mempengaruhi... huhu!

RED VELVET


 RAINBOW CAKE

Dah siap tabur2 baru tau yg ni pun kena tulis... hihi. 
Bilalah akak nak blajo tulis guna fondant nih.. bior kemas  :P

Akak ni selalu perasan kek akak asyik warna pink. Tapi sebenarnya ada juga guna merah.. Cuma kalau bukan red bright, ia akan jadi macam pink juga, tapi versi gelap. Yang akak ada ni carmoisine red dengan cochineal red. Kalau untuk kek red velvet tu, akak akan guna red bright. Baru merah menyala gitu..

Sekarang ni macam musim sejuk je. Hujan rintik2 tumbuh daun lalang.. hehe! Semalam akak dapat rasakan mudahnya mengelolakan cream cheese frosting tu. Sebab dia tak mudah lembik macam selalu walau akak tinggal ke sana sini. Maklumlah, sambil mendeko, sambil melayan keluarga. Memang tak boleh 100% concentrate. Disebabkan beberapa hari ni ada yang bertanyakan cara buat cream cheese yg tak lembik dan mudah dibentuk, akak rasakan jawapan mudah ialah pastikan suasana dapur atau tempat operasi deko kita tu sejuk atau tak panas. Haba di tangan kita pun memainkan peranan juga. Piping bag pun kadang mempengaruhi.

Itu saja tips akak hari ni... Perut pun dah senak sebab sambil makan semangkuk bubur kacang. Sebelum tu, makan nasi lemak kon tinggi. Kat Jitra ni lah baru akak jumpa. Dah lama teringin nak beli dan rasa. Sebab malas masak hari ni (lepas balik hospital), akak pun dapat jalan..


Rupanya ada 3 steps nak bungkus nasi ni... 1) bungkusan daun berisi nasi 2) kon daun untuk menutupi nasi 3) kertas sebagai lapik luar... kan kan.. ingat senang kee? hehehe

Rasanya? mmmm.... no comment huhuhu.

November 30, 2013

Serba Serbi Cheese & Kek..

Laju2 akak nak lekat gambar kat sini.. Sebelum ku beradu. Eh! Tapi macam tak ngantuk pulak walau sudah menjelang dinihari..

Hari ni menyiapkan kek hantaran yang ringkas, seringkas yang membuatnya.. untuk sepupu akak. Dia nak bertunang esok ni dengan orang Mergong. Yayy... esok orang kampung nak lawat akak sekali laa.. Walau umah akak tengah lintang pukang dengan kotak2, akan ku usher mereka sampai hujung dapur... hehe.

Hari ni buat RV dengan snow cheese meleleh je.. Lepas tu, ada lak carrot cake keluar dari freezer ajaib akak. Tak semena2 je.. Ingat nak baking lagi sejenis, memandangkan bunyinya macam ramai nak datang tu. Tapi kederat dah tak mampu. Maklumlah, baker cums bibik.. Bibik pun tak keja macam akak tau.. In sha Allah, cukuplah ni.. :D

Selamat bertunang Iman & Tasya..


Untuk makan2 je...


Wokeh... akak dah lenguh tengkuk ni.. :)

November 26, 2013

Pau Norain

Lama tak bercerita tentang PAU..

Malam tadi sebelum tidur, sempat study resipi pau kat page "Mari Belajar Buat Kek...". Tengok macam senang je. Dah terbayang inti coklat kat dalam fridge.

Maka, di pagi yang tak buta sangat, akak pun keluarkanlah apa yang patut dari gobok... Mengulilah pagi tadi. Berpeluh tangan kuruih ni.. Tak mampu akak nak uli sampai licin umpama pipi duta produk krim kecantikan... Tapi boleh la.. Lembut juga pau ni... dan simple je buatnya pun.

Nampak tak... nilah akibat malas nak menguli dan nak tunggu lama2 sebelum mengukus.
Sapa nak buat cantik, undang2nya kena rajin lebih... :D

PAU NORAIN
(Bagi nama ni sebab pengirim resipi bernama Norain... :D)
Sumber: FB - mari belajar buat kek & bisnes kek

Bahan2:

300 g tepung hongkong/gandum - akak guna tepung gandum. Boleh juga kalau nak guna tepung pau..
1 st yis kering
50g gula halus
150g susu segar suam - mungkin lebih atau kurang, ikut tepung
1 st double action baking powder (mesti DA, buka baking powder biasa)
1/2 st garam
1 1/2 st shortening

Cara2:

1. Masukkan yis dan 1 st gula ke dalam 1/4 cawan susu suam (ambil dari yang dah ditimbang tu..). Biarkan kembang
2. Campur semua bahan kering iaitu tepung, gula, garam dan baking powder di dalam mangkuk
3. Masukkan yis yang dah kembang ke dalam bahan kering. Gaulkan. Masukkan baki susu suam ke dalamnya dan uli hingga jadi doh kasar. (Susu tu masukkan ikit2 dan adjust samada lebih atau kurang. Kalau kurang tambah air sikit2 sehingga menjadi doh)
4. Masukkan shortening dan uli hingga jadi doh yang kenyal dan licin
5. Tutup mangkuk dengan plastik wrap dan perap hingga nak 2 kali ganda (dalam 1 jam)
6. Bila dah kembang, tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada beberapa bahagian kecil
7. Masukkan inti dan kemaskan. Lapik dengan papercup atau kertas lapik pau. Biarkan kembang
8. Didihkan dulu air pengukus. Kukus pau selama 7 - 10 minit. Balut penutup kukusan dengan kain supaya air tak menitik ke atas pau semasa mengukus.

p/s: kekadang lupa yg akak dulu jual pau frozen berlemon2... hihihi. Mmg tak mampu kederat ni sejak mesin uli tu dah bertukar jadi lemah gemalai jugak...


November 21, 2013

CHEESE MELELEH.. yg tak leleh ponn :D

Saja je nak buat tayangan gambar... ala2 kek cheese the leleh tu je. Tapi hat akak buat ni cheesenya berhati batu macam yg buatnya.. Apa pun sedap la jugak. Cuma akak ni dah hampir tak boleh nak feel sangat dengan cream cheese ni. Akak sekarang ni lebih suka makan kek togel tanpa apa2 frosting.. esp yang panas baru keluar dari oven.


Makan pelan2... entah dah berapa hari akak memulakan sesi memakan ini kek. Tak jugak habis... Mujur tak buat semua. Memang akak kagum pada dorang yang jual kek ni banyak2 sehingga menjadi kegilaan masakini.. Akak masih nak mencari feel dan rasa yg kena pada lidah ni... macam kura2 je kan... kikiki!

Sebelum nak tidur ni, akak nak tunjuk gajet baru akak... yayeyy. Yang atas 2 tu biasa... yg oven bawah tu. Dah alang2 semua baru, gajet pun kenalah baru. Terpaksalah nanti berpisah dengan oven Zanussi akak yang sangat berjasa tu. Abe tak bagi bawak sama. Harap2 nanti, oven Rubine yang cantik dari sudut padangan fizikal akak ni dapat menghasilkan kek yang sama atau lebih baik dari sekarang. Kuranglah nanti kesedihan akak. Oven Zanussi tu memang terbaik cuma tak rata je. Membuat kek ku selalu sebelah tebal dan sebelah lagi sedikit nipis. Akak beli masa gila2 buat roti yang akak belajar dari Chef Li. Sekarang Chef Li dah jadi jutawan senyap. Akak lak jadi baker senyap... orang sebelah, belakang, depan pun tak tau akak jual kek... hihi.



November 16, 2013

Mee Jawa Segera

Sebelum tidur, akak nak share gambar je... hehehe! Gambar mee jawa atau mee rebus jawa hasil dari kuah instant yang akak beli kat JM Frozen haritu. Sedap jugaklah hasilnya.. Tapi kita yang masak ni kena adjust sikit2.. derhaka sikit pada aturan yg tertulis tu.


Lepas ni kalau teringin boleh beli lagi. Hari tu dah test yang mee bandung Muar, tak berapa menarik macam yg ni.. Pandai jelah akak ni kan. Kalau tere sangat, buat le senirik.. kannn :P



Tapi.... tak taulah selain kat Jitra atau Kedah ni, kat mana boleh dapat kuah tu..

November 15, 2013

Snow Cheese Cake

Hari tu cuba resipi kedua pulak untuk kek span yang berkenaan dengan kek salji ni. Masa first time buat, guna resipi yang saya tak pasti siapa punya sebenarnya sebab semua tulis perkara yang sama. Sebenarnya resipi tu OK je. Terutama bila dah sejuk, sodap yo dan makin lama makin sedap... Kali ni akak ambil dari blog Secubit Garam yang akak rasa lebih lembut. Mungkin akan terus akak gunakan di masa akan datang. Adalah sikit akak ubah seperti berat gula tu.. Jadi yg akak tulis ni versi tulisan bebas untuk rujukan akak di masa akan datang. Kalau nak yang Kak Nor (Secubit Garam) punya boleh klik SINI.


SNOW CHEESE CAKE

Bahan2 Kek:

150 g tepung kek/superfine
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
100 g gula halus
5 biji telur A
1 sudu besar ovallette
80 ml air 
80 ml minyak/mentega cair (kali ni saya guna minyak jagung)
1 sk estrak vanilla (boleh letak pewarna dan perisa lain)

Cara2:

1) Ayak tepung dan serbuk penaik terlebih dahulu
2) Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk pengadun KECUALI minyak/mentega. Putar sehingga pekat dan gebu.
3) Masukkan minyak dan kaup balik menggunakan spatula
4) Masukkan ke dalam loyang dan bakar dengan ketuhar yang dah dipanaskan terdahulu dengan suhu 160C selama 25-30 minit.
5) Bila dah masak, keluarkan dan telangkupkan terus ke atas redai (tapi pastikan tepinya dah disisip) supaya kek tak menurun.

KRIM & HIASAN

250 g cream cheese
2 sudu besar mentega
1 cawan susu pekat manis (saya guna creamer manis)
250 g (1 buku) cheddar cheese (cth Kraft) - parut halus

Cara2:

Pukul cream cheese dan mentega sehingga bergaul.
Masukkan susu pekat dan pukul hingga sebati dan gebu
Sapu kan pada keseluruhan kek dan juga sebagai filling
Taburkan cheddar cheese yang telah diparut

******************************



Lama-lama makan, jatuh centa pula.. Mula2 macam tak berapa suka. Sekarang sukaa sangat... sebab tak berapa manis dan ada lemak masin cheddar cheese tu  :D


November 14, 2013

Span Pelangi dan Kisah Hari ni

Tempahan dari Cikgu Sha lagi... YES! lagi dan lagi ye kak... saya suka! saya suka!  Asalnya dorang nak rasa kek opera. Tapi akak kata tak boleh sebab order baru semalam.. kalau nak hari ni, nanti kejadian tak cantik sebab tak cukup beku terutama ganache tu. Maklum le, akak ni buka pro pung... semua kena slow n steady.. hihihi.  Takpa la no, nanti lain hari boleh order n bagi notice awai..

Inilah hasilnya... tangan ni gatal je nak ambik color pink atau merah. Tapi kuatkan hati ambil color violet.. Tapi macam suram lak. Udahle sejuk hujan malam tadi... :)



Ini komen kawan akak yg kelakar orangnya... Bangun2 nak sahur tadi dah dapat message dia. Memang tiap kali tunjuk gambar kek, ada je ayat spontan dia.. hahaha!


Tapi sebenarnya akak tak jadi sahur tadi. Sebab terkunci dalam bilik sendiri. Sampai sakit tangan ni memulas tombol pintu tapi benda yg lock masuk dalam tu tak boleh keluar. Akak pun tak tau namanya. Risau juga. Nak operasi ketuk2, Fawwaz tengah lena tidur. Akhirnya bila dia bangun pukul 6.30 pagi baru akak buka lampu dan umpil benda tu dengan pengorek telinga ke apa, yg satu set dengan benda2 penjagaan diri tu. Nak kena dengan benda halus baru boleh masuk kat dalam lobang tu. Nasib la, kalau tak kena panggil bomba. Satu perkara pulak nak kena pecah grill dan pintu masuk, baru naik atas bilik hahaha. Inilah dianya. Kalau abe takda, macam2 kejadian.. InsyaAllah dia sampai Kedah ni 18 Nov nanti. Berakhirlah satu penantian.. :)


Berat kek ni lebih 2 kg. Cream cheese frosting je dah lebih sekilo. Kalau nak lagi banyak dan lebih lemak, boleh letak extra cost... tp taklah pernah akak war-warkan kat customer hehe!

Alhamdulillah... tadi kawan kak sha yang dah merasa kata sedap... Berbunga hati akak.


November 12, 2013

Tempahan Cheese Cakes...

Hari ni siapkan 2 jenis cheese cake... Esok bolehlah akak rehat panjang lagi.. hehehhh. Letihla asyik cuci perkakasan je... Buat sejenis, tapi semua benda keluar dan guna. Belum kira buat kek rainbow.. Ini pun ada lagi benda nak cuci kat sink tu. Tapi buat tak nampak je...

Strawberry chilled cheesecake...
TQVM Su! Neighbour akak, family cikgu juga ni.. :D


Snow cheesecake..
Terima kasih cikgu! Esok jangan lupa ambik ye.. :)


Sekian... Fawwaz dah tertidur kat sofa. Mulalah akak kesunyian ni... huhu!


Snow Cheese Cake

Akak memang ketinggalan bas express.. Bas Ekspress Cosmic dari Jitra ke KL. Hehee.. merapu sudaaa.

Bukan apa, orang lain dah bertahun buat kek snow ni. Dah jual ribu riban. Akak baru je semalam datang seru nak buat. Sebenarnya akak tak berapa minat nak buat sebab akak serem dengan cheese yang bertaburan tu. Walau akak suka cheese, tapi macam selalu akak tulis, akak jaga pemakanan. Hahaha... iyo sangatlah kan!


Seru nak buat ni datang bila customer baru akak nak yang lain dari kebiasaan. Dorang dah cemuih RV.. dah rasa carrot cake & rainbow. So nak yg lain... Jadi, akak terus cadangkan kek yang akak tak pernah buat ni. Tengok resipinya macam simple, lagi susah kek rainbow... lagi cerewet RV. Maka semalam, akak testing dulu resipi yang popular tu.. nak tengok struktur kek tu dulu. OK, dah tau la apa nak dibuat.. Cuma yang merisaukan ni, mixer tetiba meragam. Kalau guna yg tangan punya, tak berapa nak gebu nanti...

Akak buat versi warna warni tapi 2 warna je le.. Nak kena soft color, baru cantik. Sebab asalnya pun color pale tu..




Resipi tu boleh dapat merata-rata kat tanah maya ni. Search je.. tulis keyword. Mesti jumpa resipi yang sama. Tinggal kita nak olah ikut citarasa sendiri. Macam akak ni, letak lemon paste dengan strawberry. Utk lemon paste, letak warna sikit. Tapi next time, akak ingat tak nak letak warna kuning.. biar tang rasa je ada sikit lemon... amacam?

Kalau akak rajin, akak CnP resipi tu kat sini... nak pi amik anak kat sekolah sat.. tata!


November 7, 2013

Kek Carrot Walnut lagi.... ^.^

Repeat order dari Maz dan rakan2 gurunya... Walau baru buat order semalam pagi, sempat juga akak siapkan. Namanya rezeki la tu.. Sebab kadang2 akak tak terima last minute order esp bila cuti sekolah atau takde cara nak keluar rumah. Maklumlah, anak bujang sorang ni ada angin dia nak ikut keluar ke tidak. Kalau dah terlepas shopping time tu (waktu dia sekolah), maka tak boleh janji la ye.. hehe!

Selepas merasa kek RV & rainbow, la ni giliran carrot cake pulak dorang nak rasa. Lepas ni akak tunggu lagi ye.. order laa order la... saya suka  :D







Mula deko dah malam... Semakin malam, mata pun semakin kabur. Dahlah berlampukan ala2 chandelier yang cuma ada 2 bulbs. Bukan apa, takleh letak lebih dari tu.. meletup! Dan bukan takde lampu terang kat rumah ni. Cuma akak kena selesakan diri sambil memantau Fawwaz. Kesian kalau dia sorang2 buat hal sendiri. Dahlah dia tu memang ada dunia sendiri. So, sambil deco, akak melayan dia lah... bertanya itu dan ini. Kejap break dia nak makan... nak buat puzzle.. nak hugs n kiss... nak tido.. hahaha! Tu yang akak tak berapa mampu nak serius sangat dalam bidang ni. Cukup untuk gembirakan hati dan customers yg ada..


Apa2 pun, Alhamdulillah syukur... Sebab feedback yang diterima dari para customers baru ni amat memberangsangkan. Yang kelakar, dorang takut juga naik badan nanti sebab asyik makan kek je.. Tapi apa nak buatkan... dah teringin...