December 3, 2012

Bahulu Pelangi


Alkisah akak nak buat kek rainbow semalam... Sebab pemesan kata kek pelangi, automatically akak buatkan span pelangi. Sedap sikit, boleh salut dengan cream cheese yg lemak berkrim. Amboi.. sukanya benda2 creamy ni kan..

Everything went smoothly.. pergh, terus nak cakap London! Tapi kan... dah siap titik2kan color dan perasa, dan satu batch (2 loyang) dah masuk oven, baru perasan akak lupa nak bubuh baking powder dan butter cair. Lepas tu rasa nak buang je semua. Frust sangat!! Tapi, bila fikir2, teruskan je lah.. Mana tau boleh makan. Dahlah Encik Fawwaz, supervisor kecik tu asyik checking ke dapur je. Kek..kek.. Penuh sabar dia tunggu kek masak. Tandanya nak la tuuu... sebab dah lama tak buatkan dia pun.

Akak bakor 5 loyang je.. Patut ada 6 bahagian/colors. Bila keluar oven tu, rasa macam lembut pulak. Jadi, dengan yakin bakarlah 5 warna.. Maka macam nilah kejadiannya. Sedap.. tambah akak letak perasa stoberi, oren dan honeydew. Sebab dah ada ganache sejuk kat dalam peti, filling kan itu jelah. Alangkah sedapnya kalau guna krim vanilla.. macam swissroll tu. Nak fillingkan cream cheese, cukup2 untuk buat tempahan je.. huhu! Nak lagi sedap, masuk petisejuk dulu..


BAHULU PELANGI (RAINBOW BAHULU.. ahaks!)

Bahan2:

6 biji telur A
180g gula halus
1 sudu besar ovallete (pastikan ada cop halal ye..)
200g tepung low protein (tepung kek) - ayak
100 ml susu full milk/segar - saya guna Dutch Lady Full Milk
1 sk esen vanilla - saya guna jenis serbuk
Pewarna pilihan - merah, oren, kuning, hijau, ungu dan biru
Perisa tambahan - optional
Krim mentega, vanila, chocolate, dsb - ikut kegemaran sebagai filling

Cara2:

Masukkan telur, gula, ovallette, esen dan tepung dalam mangkuk adunan. Pukul sampai gebu dalam 5 minit dengan  speed maksimum.
Masukkan susu dan pukul lagi sampai adunan ringan.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Letakkan pewarna.
Masuk ke dalam loyang yg telah dilenser dengan majerin/mentega dan dialas dengan kertas baking.
Bakar dengan kepanasan 160C selama 10 minit.
Bila dah sejuk, lapiskan dengan krim kegemaran anda.

No comments: