November 19, 2012

Karipap Durian n Cleanser

Hehe.. petang ni akak mabuk sikit selepas makan keripap berintikan durian.  Alaa.. tadi akak buatlah karipap sardin untuk memenuhi tempahan kawan yg tak siap2 tu.  Pastu ada kulit extra.. Teringat lak balance  isi durian masa gila2 buat DC hari tu. Sikit je.. Daripada tak sudah2 membaukan petisejuk, akak tenyeh je masuk dalam kulit karipap.  Lepas tu goreng.. Makan waktu masih panas. Inilah hasilnya... Gambar blur, sebab pakai kamera hp cap ayam je :P


Lepas tu akak mandilah.. Sebelum mandi, cuci muka dulu.. Macam nampak jelas tube yg akak picit tu.  Tapi bila tenyeh2 kat muka tak berbuih lak, lagi berangin... Muahahaaa.. rupanya itu adalah UBAT GIGI.  Cuci muka dengan ubat gigi memanglah berangin muka tu...  Haaa!!! Makan lagi karipap durian!!

No comments: