October 16, 2012

Kek Opera... Meletop gitu!

Hari ni hantar Kek Opera ke Mines Resort.. Tempat yg tak ada kenangan pada akak (kalau ada pun, cafenya), tapi ada organisasi yang masih lekat namanya pada akak di situ.. Yang buat melekat ialah sebahagian kakitangan dan bekas2 nya juga yang masih menjadi sahabat.. BFF dan yg paling best, customer akak leee :D

Kek ni Lynn x partner akak kat Finance Unit dulu yang order.. Dulu2 kami duk berdua je dalam bilik kecik yg konon2 confidential gitu...  La ni dia dah jadi pakar crypto lak.. Apa bendenya ni? Hehe.. akak sedang cuba melupakan segala istilah tu... jahat kan??!!
Kek ni memang manis... tp sedap!

Lepas selesai urusan kek ni, sambung kerja2 antara 2 darjat pulak - mengepau.  Kalau kek sebiji RM80, pau ni cuma 40 sen.. Tapi saya suka buat kedua2nya.  Pau ni kegemaran anak saya, jadi mesti suka buat.  Tati kawan saya tu pulak order bukan sikit, tapi 25 pek!!  Sampai tak ingat dah kali keberapa dia order, mungkin kali ke-3 kot... Esok boleh pick up ye Tati  :D

No comments: