August 9, 2012

Nasi Kabsa

Hampir 3 tahun tinggal di Bahrain, saya tak pernah kenal nasi arab ni.  Seperti yang selalu saya war-warkan, saya memang jarang order nasi arab baik beriani, mandi dll.  Yang hampir setiap minggu saya order hanyalah shawarma, satu-satunya favourite saya.  Yang buat saya malas order nasi ialah kerana tak pernah habis.  Walau makan berdua, mesti tak habis nasi tu.. Sungguh membazir!  Sesungguhnya akak ni tak boleh jadi pengacara JJCM... Kesitu lak ye! hehe..

Masa last shopping di Lulu, sebelum balik ke Malaysia, sempat saya mencapai 2 rempah segera Maggi & Knorr untuk makanan arab iaitu Chicken Kabsa dan Bichamel Macaroni.  Dah sampai sini, saya buat dek je sampailah ternampak post adik saya, iaitu Nasi Kabsa.  Baru teringat nak belek2 apa yang ada di rak rempah.  Maka terealisasilah nasi kabsa Maggi saya petang ni, untuk berbuka sorang2.  Sangat2 senang dan healthy!  Sebabnya, hanya guna sesudu minyak (saya guna corn oil) dan selebihnya air mendidih dan rempah tu.  Lepas tu bakar dalam oven... Siap!

Saya buat ikut peraturan di belakang peket ni je.  Buat pun setengah.. dan tak tau camna nak abiskan. Nak bagi jiran depan, tak pernah jumpa.  Nak bagi guard, tak cukup pula.. Mungkin saya perapkan je ke dalam fridge lepas ni..huhu!  Kalau sapa2 nak buat, adik saya kata rempahnya ada dijual di kedai arab di Gombak.  Saya pun tak bertanya samada sama atau tidak kaedah masaknya dengan hat yang ni..

NASI KABSA SEGERA MAGGI

Bahan2:

500 g dada ayam - dipotong kecil2
350g beras basmathi (beras biasa pun takpe...)
3 cawan air mendidih
1 peket rempah segera chicken kabsa Maggi (kat sini takde tau.. hehehe)
2 sudu besar minyak masak (saya guna corn oil)
Bahan tambahan/cadangan : carrot dan cashew nut (hari ni saya tak letak)

Cara2:

1)  Susun kepingan daging ayam di dalam bekas tahan panas (saya guna bekas kaca tahan panas)
2)  Dalam mangkuk lain, isikan beras yang telah dicuci.  Masukkan air, rempah dan minyak.  Gaul rata.
3)  Tuang ke dalam bekas berisi ayam.  Tutup dengan aluminium foil.
4)  Panaskan oven dengan suhu 210C.. Bila dah panas, masukkan bekas berisi nasi dan bakar selama 40 - 45 minit.
5)  Hidangkan panas bersama salad sayuran atau acar.  Kalau di Bahrain tu, cukup sekadar tomato, carrot dan kubis mentah dan diracik halus.  Simple je!

Walau guna instant mix, terasa juga kesedapannya.  Untuk pertamakalinya saya rasa nak tambah2 nasi, tapi cepat2 sedar diri... takut tak selesa nak ruku' dan sujud.. hehehe!

No comments: