August 7, 2012

Japanese Cheesecake

Minggu ni saya perlahankan pergerakan dengan bermalas-malasan dan layan mata yg sering tersengguk2 terutama bila tadarus.  Nak kumpul tenaga sikit untuk menghadapi minggu hadapan yg telah saya tutup serapat-rapatnya tempahan kek.  Ingat minggu ni nak buat cookies, pun tersangkut dgn mindset malas tu.  Bahan macam2 dah beli, yg siap cuma sebekas Mama Carey.  Frankly speaking, saya 'kureng' sikit minat dan kebolehan buat cookies.  Minat makan je.. hehehe!  Dah saya paling suka biskut orang lama macam biskut buah, peanut butter dan sarang semut.  Semperit pula kena tengok asal usul. Apapun, tart nenas & biskut gajus makcik saya tetap terbaik.  Itu secret recipe dia yg saya pun tak pernah nak minta..hehe!

Dah 2 hari cik wan BFF saya asyik lupa nak collect pau & karipap frozen dia.  Tu sebab saya pun tak gerak nak menguli2 dan refill freezer tu.  Tengahari ni pulak saya buat delivery Japanese Cheesecake kat Ayu yg tgh demam tu.  Dia minta tolong sebab nak bagi officemate yg dah nak cabut dari ofis nostalgia saya tu. Kalau tak demam, Ayu dah tere dah buat cheesecake ni..


Alhamdulillah, kali ni cheesecake saya tak meragam macam kebelakangan ni.  Tu sebab agak lama saya tak buat, tak macam awal2 kemunculannya dulu.  Yang penting buat kek ni ialah masa nak buat meringue nya tu.  Kemudian cara mengadun, hingga cara membakar.  Saya memang tak berapa pakar dengan kaedah bain marie ni.  Maklum tak pernah belajar...

TIPS!

Cuma kek macam ni, dia akan tetap turun bila dah sejuk terutama bila masuk peti sejuk.  Membakarnya agak lama, l jam lebih untuk hasil yg menarik.  Rasanya nak lagi elok kalau guna oven yang boleh adjust api atas dan bawah (sy punya sekali atas bawah).  Untuk mengelakkan hangus permukaannya, saya tutup secara 'loose' dengan aluminium foil.  Kemudian bila dah masak, saya keluarkan dari bekas berisi air tu, dan masuk semula ke oven yg dah dimatikan suis tapi masih panas... Biarkan pintu oven terbuka sedikit.  Selepas 1/2 jam baru saya keluarkan dan telangkupkan atas redai.  Bab ni saya selalu lupa untuk bersopan, menyebabkan ada garis2 redai tu kat permukaan kek.  Tak lawa tau!!!

Kalau kat hypermarket spt Tesco atau Giant tu, nampak murah je kek ni tak macam org bisnes online ni jual.  Tak taulah camna boleh gitu ekk.  Dari segi rasa pun tak pasti sebab saya pun tak pernah beli.  Yang pasti, bahan2 kek saya ni menggunakan bahan2 berkualiti lagi halal yg tak meragukan terutama butter, cheese dan susu.

Nak tayang cookies pertama saya utk tahun ini - Mama Carey  :D


No comments: