July 22, 2012

Rainbow Velvet Cupcakes

Teruja bila tengok rainbow cupcakes di website ourbestbites.. Cantik sangat.  Bila Shima, kawanku order cupcakes untuk harijadi anaknya Isnin nanti saya pun terfikir nak buat cuppies yg berupa rainbow.  Lagi pulak kalau boleh Shima nak lain dari RV cuppies.. ala2 nak yg lebih masculine gitu.. :D  Bila tunjuk gambar, dia pun suke lee...

Tapi mungkin yang saya buat, warna tu tak secantik ourbestbites punya.  Sebab dia guna Wilton gel colors.  Saya guna yang biasa ada di rumah je.. Tapi not bad lah!  Untuk resipi, saya guna resipi red velvet sebab tak nak membazir kuning telur.  Kalau resipi kek rainbow yang biasa tu, memang tak guna kuning telur.  Sebenarnya nak guna resipi mana-mana pun boleh.  Guna cake mix atau tepung kek segera pun takpe.  Yang penting warna2 pelangi...

Gambar tayangan sebelum ni... :)

Jom check resipi yang saya guna ni;

RAINBOW VELVET CUPCAKES

Bahan2:

Bahan A - ayak bersama
2 3/4 cawan tepung kek (nak kurangkan 1/4 pun boleh)
1 sudu kecil baking powder

Bahan B
1/2 cawan mentega
1 1/2 cawan gula kaster
2 sudu kecil vanilla extract
2 biji telur

Bahan C - alternatif kepada buttermilk
1 cawan susu
1 sudu besar cuka

Bahan D
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cuka

Bahan E
Pewarna ikut pilihan - saya guna merah, kuning, hijau, biru dan ungu
Cupcake/muffin liners - kalau nak nampak cantiknya dari luar, guna yang warna putih

Cara2:

1)  Ayak bahan A dan ketepikan
2)  Pukul bahan B hingga kembang.  Masukkan telur dan pukul lagi
3)  Campurkan bahan C iaitu susu dan cuka ke dalam mangkuk.  Biarkan selama 5-10 minit
4)  Masukkan 1/3 bahagian tepung ke dalam adunan dan putar sebentar hingga sebati.
5)  Masukkan pula 1/2 bahagian susu (buttermilk), putar sebati
6)  Ulangi step 4 & 5 hingga tepung habis.  Putar sebati dengan kelajuan sederhana. Jangan lama2, agak2 sebati je.  Lepas tu kaup balik guna spatula.. kot2 ada tepung tak teradun
7)  Untuk bahan D: tuang cuka ke dalam soda, ianya akan berbuih.  Kacau sikit dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan.  Ratakan dengan kaedah kaup balik.
8)  Bahagikan adunan kepada 5 bahagian.  Saya letak ke dalam mangkuk dalam 300g + setiap satu.  Masukkan pewarna ke dalam setiap mangkuk adunan
9)  Ambil kertas liners cupcake dan sudukan (guna sudu kecil) setiap satu bahagian dengan satu sudu adunan.
10)  Bakar selama 20 minit atau hingga kek masak

  Nanti2 baru nak letak topping cream cheese..


No comments: