June 12, 2012

New Page, Rainbow dan Cotton Soft Cheesecake

Sejak balik bercuti dari kampung agak rancak dapur comel saya.  Dapur yang kadang2 membuat akak tak sabar nak berpindah.  Namun sabarlah... Alhamdulillah ada juga dapur kan.. ;)

Bermula dengan kek harijadi Cik Kakak (my cousin), demo buat Russian Black & White.  Semalam pula siapkan 3 biji cheesecake (2 Shima tempah, 1 saja buat extra) dan kek rainbow utk dihadiahkan kpd anak buah yg comel dan gebu, Fateh.  Anak2 buah yg lain jgn jeles, mak2 korang pun pandai buat kek kannn... ;))  Agaknya tanpa sedar kita ni memang keturunan suka makan kek kot.. hahahh!

Sekarang akak dah letak konsep, rupa biarlah tak seberapa asal dalamannya best!  Biarpun ada sorang chef tu kata 'sedap' tu sangat subjektif, yang penting rupa dan bau (kalau ada), saya takut orang menyesal bila dah beli dan merasa.  Kalau percuma tu lain cerita... Cuba tengok Secret Resipi.. deco kek dia simple, tapi rasanya amat menyeksakan sedapnya! Seksa sebab teringat2 je..
****************************
Kek untuk Aula a.k.a. Cik Kakak (nama manja utk Fawwaz panggil)

Russian Black & White

2 biji Cotton Soft Cheesecake untuk Shima.  Dia order sekali karipap frozen..

Rainbow Cake untuk si kecil Fateh (anak cousin ku Anis)

Ahhh... semakin seronok baking.  Dan makin seronok melawan kedai bakeri Edible Food kat Sri Petaling tu.  Barang2 dia lebih murah dari kedai2 yang lain termasuk Yummie yg dulu selalu saya lawat.  Pekerjanya walau tak ramai, dalam 3 orang je termasuk boss dia (merangkap cashier), tapi sangat helpful.  Termasuklah bila ditanya cara2 nak buat itu ini.. Kiranya dia tahu apa yang dia jual dan macamana nak pakai.  Ehehe.. akak bagi promo percuma pulak!

Dan saya juga dah buat FB Page.http://www.facebook.com/airtanganciksiti  Manalah tau bisnes boleh berkembang kan...InsyaAllah.  Sat lagi nak lekat iklan kat board Anjung Hijo ni ha.. Nak tengok ada tak sambutan.  Maklum je, mereka ni mostly bangsa lain.  Ni pun kiranya orang Melayu dah nampak ramai.  Masa mula-mula dulu, payah nak jumpa.

2 comments:

Unknown said...

Assalam kak nak tanya Edible Food tu kat sri petaling kl ke?

Cik Siti Abu Sujak said...

Wsalam... ya, Sri Petaling KL