May 10, 2012

Kek Rainbow 2


Akak memang masih taksub dengan kek rainbow ni.  Suka sangat tengok layers yang berwarna-warni.  Kalau sebelum ni duk ulang-ulang versi kek span, kali ni guna resipi lain yg bukan span.  Yang ini guna resipi Martha Stewart yang saya cnp dari blog Masam Manis (Azlita) - checkered rainbow cake. Tolong jangan bandingkan kek dia dengan akak punya huhuhu.. Dah lama nak test resipi ni, tapi asyik bertangguh.  Bila semangat nak buat, baking powder pulak tak cukup.  Tapi akak belasah je.. jadi pun! ;))

bila entah nak dapat berguru ni... :|

Bagi saya 2-2 resipi pun sedap!  Tapi kek Span Pelangi tu lebih umph.. lembut, sederhana perwatakannya, kurang manis dan amat sesuai jika dipandankan dengan cream cheese frosting.  Manakala Kek Rainbow ni agak manis dan sesuai dengan fresh cream yg manis ala2 je. Strukturnya sudah tentu sedikit kasar dari span, tetapi moist. Pendekata..mmm sedap jugak lah!!  Boleh lah nak tambah kalori sekilo dua.. ngeeee

dinasihatkan memotong apabila kek betul2 sejuk atau guna pisau yg dicelup pada air panas terlebih dahulu.. kalau tak ginilah, comot je!  :P
 
Jom kita tengok apa kandungannya ;)

RAINBOW CAKE


Resipi asal : The Martha Stewart Show
Sumber: Blog Masam Manis
Olah semula : Cik Siti

Bahan2:

226 g (1 cawan) mentega - suhu bilik
426 g (2 1/3 cawan) gula - saya guna kaster
5 butir putih telur - saya guna 6 sebab ada telur yg sikit sangat putihnya
2 sudu kecil esen vanila - saya guna 1 sk vanila extract
426 g (3 cawan) tepung - saya guna superfine
4 sudu kecil baking powder - saya cuma letak 3 sk sebab kehabisan
1/2 sudu kecil garam
355ml (1 1/2 cawan) susu segar - suhu bilik
Pewarna ikut kesukaan - saya letak pink (campur dgn strawberry emulco yg membuat ia lebih sedap), hijau, kuning, biru dan oren

Cara2:

1)  Panaskan ketuhar 170C.  Sediakan loyang 8 inci, lengser dengan butter atau minyak dan alas dengan baking paper.
2)  Ayak tepung, baking powder dan garam
3)  Pukul mentega dan gula hingga gebu atau mentega bertukar menjadi putih
4)  Masukkan putih telur dan pukul hingga kembang dan ringan
5)  Masukkan vanilla dan pukul lagi
6)  Perlahankan speed, masukkan 1/2 bahagian tepung.  Selang selikan dengan susu segar hingga habis kesemuanya.  (hmmm.... masa ni akak brutal sket, masukkan semua tepung baru masukkan susu. Tetap jadi elok juga..hehehe)
7)  Bahagikan kepada 5 - 6 bahagian.  Saya buat 5 bahagian dengan berat 260g setiap satu (1 cawan lebih).  Letakkan pewarna.
8)  Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak elok, bergantung ketebalan dan oven.  Saya bakar guna 2 loyang sekaligus..
9)  Bila dah angkat, sejukkan seketika baru keluarkan dan letak atas redai.  Kalau boleh jangan tindih2, nanti melekat tak cantik
10)  Dah sejuk baru sapu topping.  Bagi saya, utk resipi ni sedap kalau guna fresh cream atau whipping cream.  Saya guna WC Vivo yang diperkenalkan oleh tuan kedai bakeri, jenama dari S'pore yang halal.

TOPPING

Untuk topping terpulang kepada masing2.. Kalau guna fresh cream atau whipping cream, ikutlah kebiasaan, jenama apa yg kita guna.  Macam saya yg baru first time ni, pekerja kedai Edible Foods yg sangat helpful tu menasihatkan saya cuba jenama Vivo yg murah sikit dlm 2-3 ringgit dari Rich's.  Not bad juga, manis-manis buah.

Bahan2:

1/2 kotak topping ace/Non Dairy Whip topping atau yg sewaktu.  Mesti simpan di tempat sejukbeku.

Cara2:

-  Cara menyediakannya, ikut je arahan dari kotak.  Keluarkan dari freezer dalam 1/2 jam sebelum guna.  Goncang2 dulu supaya sebati sebelum dikeluarkan dari kotak.
-  Tak perlu letak gula atau apa2 tambahan sebab dah manis
-  Masukkan ke bekas yang agak2 mencukupi atau sedikit besar.  Sebab cream akan mengembang selepas dipukul.  Cukup guna separuh kotak dulu.  Selebihnya simpan balik dalam freezer.
-  Pukul dengan kelajuan sederhana sehingga membentuk 'soft peak'. Kalau diterbalikkan, tak jatuh..
-  Sapukan pada kek ikut kreativiti masing2

4 comments:

Anonymous said...

Assalam akak. macam mana kalau kita ganti toping tu dengan meringue. saya baru je nak belajar nak buat rainbow cake. tapi susah jugak nak carik cream cheese / whipping cream kat area saya utk buat deco. asyik hbis stok je. Huhuuhu.

Cik Siti Abu Sujak said...

Waalaikumsalam... sebenarnya topping tu ikut kita punya pilihan. Akak guna cream cheese atau fresh crm tu sebab mudah dan sedap bagi akak.. Ikutkan originality, selalu orang guna buttercream samada italian b/cream, lemon b/cream atau lain2.. :)

4 Icons said...

Saya guna resipi macam ni la utk buat...to customer kata terlalu padat. Tp fresh cream sgt sedap katanya..

Cik Siti Abu Sujak said...

Betul.. Resipi ni padat dan manis. Saya memang tak pernah dah guna resipi ni. Customer lebih suka jenis sponge yg saya buat tak terlalu pluffy dan manis, tapi masih lembut