August 29, 2010

Sup Ayam Special

Sejak jumpa resipi sup ayam special ni, aku dah tak masak sup guna bunjut lagi.. Memang sedap hasilnya... baunya semerbak satu rumah.. Resipi yg ni berdasarkan isi rumahku ye... credit tu Tulip..




Bahan2 (untuk 2 org):

Ayam (agak2 dapat semangkuk)
1 biji kentang - potong 6 atau 8
1 biji karot - potong tebal dlm 2 cm
6 ulas bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - ketuk
1 batang kayu manis *
2 biji bunga lawang *
2 biji buah pelaga *
4 biji cengkih *
1/2 kiub ayam (nak letak 1 pun boleh..)
Lada sulah
Garam
Bawang goreng
Daun sup/bawang

Cara2:

1) Rendam dalam mangkuk semua rempah * dengan air mendidih. Bila dah suam airnya, keluarkan dan toskan. Simpan air rendaman.
2) Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih sampai wangi.
3) Setelah itu masukkan halia dan rempah, kacau seketika dan masukkan pula ayam.
4) Kacau dan balik2kan ayam tersebut dan biarkan seketika dalam 5-10 minit.
5) Tuangkan air rendaman rempah dalam periuk dan tambah air, agak2 separas atau lebih dari ayam.
6) Bila air sup mendidih, masukkan kentang dan karot. Tunggu sampai kentang empuk.
7) Masukkan garam, lada sulah, kiub ayam dan ajinomoto (kalau suka - aku tak letak).
8) Akhir sekali tabur bawang goreng dan daun sup/bawang dan tutup periuk untuk beberapa ketika...


No comments: